20 November 2015

New Zealand Malaysia : Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah


New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Tempatnya sejuk dan asal sejuk  pasti hatiku teruja. Itu belum main baling-baling salji sambil leher dililit dengan mafela ala-ala Yoo Jin dalam drama Winter Sonata. Lenggokkan kepala kekanan, kebahunya sang dia yang disamping..oooh sungguh dramatik namun tak romantik, sungguh seperti cerita drama-drama Melayu yang buat penggambaran di luar negara dikala musim sejuk. Sikit-sikit drama cinta, sikit-sikit menangis, sikit-sikit...sikit-sikit....yang pasti drama Melayu banyak yang tidak logik. 
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah

Di hujung dunia yang sedang membangun saya menulis tentang tempat ini, satu kawasan pelancongan yang sejuk. Banyak lembu tersenyum menyambut kehadiran pelawat, senyum tak pernah hilang dari wajahnya. Kadang ia bermain mata dengan lembu betina si pengeluar susu yang hebat. 

buu....

itu nama singkatan bagi lembu betina. Susunya segar dan sedap. Sekarang susunya tidak sekadar susu untuk diminum tetapi juga, telah diproses menjadi aiskrim untuk dijilat-jilat hingga hilang dari pandangan. Juga ada waffle yang sedap. Juga ada yogurt yang segar. Juga ada pekerja yang manis senyumannya.
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Buuu.... lihat manusia-manusia itu, mereka menikmati susu-susu kita sambil selfie lagi. Pasti mereka sedang memuji kita kan buuu. Pasti mereka sedang update status di Facebook, twitter dengan kata-kata yang sangat mendunia. 
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
'makan aiskrim diladang tenusu Desa Dairy Farm, rasanya ummmhp super yummy !'

'lembu melihatku memakan aiskrim dari susunya...marahkah dia?'

oh lembu Desa Dairy Farm, Kundasang ...jujur saja saya tidak pernah update status seperti itu tetapi saya pernah melihatnya dilaman sosial, iya buu ada orang lain yang teruja dengan susu kalian. Saya pun suka tapi tidak pernah memuji kalian. Hari ini saya menulis untuk tujuan tersebut, memuji betapa sedapnya susu kalian wahai lembu-lembu Desa Dairy Farm Kundasang.
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Setiap kali ke Desa Dairy Farm, saya pasti membeli susu segar berkotak-kotak dengan harapan selepas meminumnya saya terkenal seperti lembu tenusu Kundasang. Namun, minum berkotak-kotak tidak pernah menjadikan saya terkenal ...oooh tidak ! tidak tidak tidak ! 

Saya suka Desa Dairy Farm Kundasang meski ada sedikit haruman lembu yang agak hmmmmm... dan itu saya sedia maklum. Itu membuat kesan yang segar didalam ingatan walau dimana pun saya berada. Kesan yang menumbuhkan rasa rindu pada Kundasang. Pada pemandangannya yang indah, seindah ladang tenusu New Zealand. Sememangnya ia terkenal dengan jolokan itu, New Zealand Malaysia.

Bila ke Desa Dairy Farm, diri ini bolehlah berlakon seakan-akan diri ini telah sampai ke New Zealand. Tanpa perlu menaiki pesawat, tanpa perlu membayar tinggi-tinggi. Yang penting kamera....yang penting selfie.... yang penting keindahannya dimiliki dan disematkan didalam sanubari sebagai kenangan dihari depan ketika diri ini telah berhijrah ke negara sebelah. *Ceh, saja berlakon* haha. :P

Kalau kabus tidak menyeliputi kawasan, gunung Kinabalu akan kelihatan terbentang luas, membiru dan mengasyikkan. Gambar akan kelihatan sangat menarik perhatian. Tidak perlu berwajah artis, gambar akan semulajadi menjadi indah. 
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Berdiri sambil bergaya primadona sambil dibelakang lembu-lembu meragut rumput dan dibelakang lembu-lembu pepohonan hijau merimbun sambil ditiup angin pergunungan dan dibaliknya ada gunung Kinabalu tersergam indah. Boleh imagine-lah gambar itu nanti bagaimana cantiknya, aura kecantikan sejati terbit disitu. cewah ! 

upload gambar #MesilauKundasang #DesaDairyFarmMesilau

Komen 1 : wah cantiknya.....dimana tu ?

Komen 2 : Bila pergi New Zealand..tak ajak pun 

ceh.... biar komen banyak sikit, baru reply

ala...pergi hari tu. Tempatnya cantik weh ! sejuk lagi... 

Mahu tau lebih, pergilah ajak kekasih hati pengarang jantung korang tengok lembu di Desa Cattle sambil kongsi makan aiskrim, sambil cerita-cerita betapa comelnya lembu-lmbu disana..ceh, walhal semua lembu sama saja senyumannya :D

Oh, terlupa...lembu-lembu di Desa Dairy Farm, Mesilau diimport khas dari New Zealand, wajahnya rupawan sama seperti lembu-lembu di New Zealand sebenar. 

18 November 2015

Tiba Waktunya Saya Ke Italy

Italy.

Apa ?? kita akan ke Italy ?

Oh, terima kasih , terima kasih, terima kasih.

Iya. Kita akan ke Italy, bercuti disana. Pusing-pusing kota romantika itu. Jalan-jalan sambil melihat matahari terbenam dan berpakaian gaun panjang bertopi ala-ala ratu England. Tersenyum miring tanpa mengeluarkan semua gigi yang ada.
Tiba waktunya saya ke Italy
Menarik nafas lega kerana akhirnya mampu menginjakkan kaki di kota idaman sejak azali. Di kota dimana hero filem Meteor Garden lakonan Jerry Yan A4 berkejar-kejaran dengan kekasih hatinya yang bodoh dan lurus bendul. Aaah, kota Italy sangat indah pada pandangan mata kasar ku. 

Berapa ya pakej pelancongan ke sana ? setahu saya agak mahal tetapi, semahal apa kah itu. Kalau ia percuma atas tajaan atau mungkin lebih indah disebut sebagai hadiah, saya tidak mahu tahu berapa jumlah tersebut. Cukup sekadar menikmati segala pemberian tersebut.

2015 bukan tahun yang tepat untuk melawat Italy. Sekurang-kurangnya itu kata kewangan saya. Ikutkan rasa, bila-bila pun saya mahu. Malangnya, saya belum menjadi seperti orang lain yang bila mahu boleh terus dapat. Ciss ! terkadang saya iri dengan mereka tetapi untuk apa iri ? kerana mereka kaya ? eh, tidak. Pastinya tidak. errr mungkin sedikitlah . Apa pun, saya bahagia dengan keadaan sekarang atau sebenarnya saya sedang berpura-pura bahagia ? 

Tidak !

Saya sedang bahagia juga sedang belajar membangun diri kepuncak jaya atau mungkin ia lebih tepat jika kita sebut sebagai ke Italy. Eh, sungguh inginkah saya ke sana, kenegeri cinta itu ?

dia : marilah ke Italy. Saya belanja.

Hati melonjak setinggi awan kota Jesselton. Saya lebih dari mau jika kau benar-benar maksudkannya.

aarrhh....tewas dalam bayangan pintu semata-mata. Ternyata ia bukan kenyataan. Ternyata ia hanya 'andainya...' 'jikalau...' dan yang sama maksudnya.

Harusnya saya berusaha sendiri dan berbicara pada hati sendiri dan berharap Tuhan juga turut merasakan keinginan hati ini. Jika Ia berkenan, suatu hari saya pasti melawat Italy.

Pasti !

Pasti, pasti, pasti !

Yang pasti setiap tahun saya harus melawat satu negara yang bukan kelahiranku. Yang namanya luar negara harus kujejaki minima satu negara dalam satu tahun.

Saya malas bermimpi yang bukan-bukan. Saya mahu bermimpi dan mampu menjadikan mimpi itu bukan lagi tanda tanya ~~~ sudah pergi Italy ?

Indahnya jika jawapannya adalah

........ya, beberapa minggu yang lalu.

haha..mimpi itu siapa pun boleh cuma menjadikannya realiti sungguh harus ada komitmen yang tinggi.

Untuk yang satu ini saya belajar untuk berkomitmen, menabung dan mencari orang kaya itu. haha. Maksud saya kaya moral dan ..........

Ciao ! 

17 November 2015

Terima Kasih Fly FM

Saya mungkin seorang pemimpi kerana saya suka tidurlah maka saya mengatakan demikian. Kadang mimpi itu sangat membuat hari saya terganggu luar biasa sekali. 

Pernah ketika saya masuk kamar mandi, sempit lagi dan dinding-dindingnya kayu dan ada rumah labah-labah...TIBA-TIBA sesuatu sepertinya berjalan-jalan dibelakang saya. Kaku seketika. Jantungku antara organ paling setia didalam tubuhku terhenti seketika.

Gulp !

Apa itu ? 

Saya tidak melihat hidupan itu. Saya undur hingga benar-benar tersandar di dinding berusaha membunuh hidupan itu. krek kreek kreeeek ...bunyi tulang hidupan itu patah dan kurelakan ia pergi selamanya kerana itu memang niatku.

...untuk pertama kalinya dalam hidupku, kurelakan tubuhku tersentuh dengan hidupan itu. Satu ciptaan Tuhan yang paling saya tidak sanggup untuk bersentuhan dengannya. Tidak dalam mimpi apatah, lagi dalam alam nyata.

Tidaaaaak sekali ingin ku sentuh. Cicak, bersentuhan dengannya mampu membuat saya mati strok. :D

Syukur, ia hanya mimpi. 

Saya benci mimpi jenis itu.

Tapi mimpi jenis ni saya suka, menang duit , dapat duit ! beberapa hari yang lalu Fly FM sebuah stesen radio ada buat kontes, tanya-tanya jika saya punya RM200 apa yang saya lakukan dengan duit tersebut. 
Fly FM
mmmm..... ok, saya duduk memandang dinding sambil jari bermain-main dengan pen Faber-castell buatan Malaysia. RM200 ? zaman sekarang RM200 itu apalah sangat nilainya. Masuk kedai plastik pun tak penuh dengan hasil belian. 

Melihat dinding ternyata tidak mendatangkan inspirasi. Ok, mari bermimpi dan jadikan mimpi itu sebagai sesuatu yang indah dan kreatif.

Cak!

Eh, itu bukan cicak maksudnya. Maknanya sesuatu terlintas dikepala ini dan ia adalah kata-kata yang indah untuk dicoretkan dan diberikan kepada Fly FM. 

...dan ternyata Fly FM suka akan tujuan RM200 itu digunakan lalu saya terpilih sebagai salah satu pemenangnya. Yahooo.... ini menjadikan kemenangan kali ke-2 saya bersama stesen radio Malaysia. 

Terima kasih Fly FM !

11 November 2015

Kg. Taginambur, Pekan Nabalu : Tersenyum Dalam Kabus Pergunungan

Persekitarannya masih sangat bersahabat dengan alam hijau, udara lembut membelai kulit. Sejuk tak menusuk tulang, panas tak membakar wajah. Penduduknya masih kaya dengan nilai kampung - mesra dan saling hormat sesama insani.
 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Saya selalu ingin dan selalu mahu ikut serta bilamana ada ajakan untuk ke suatu tempat yang kaya dengan alam dan disayangi kabus pergunungan. Kesegaran terasa hingga ke paru-paru tanpa,  perlu menghirup udara asap-asap kereta, asap-asap rokok dan banyak asap lainnya :D Saya ingin punya kampung seperti ini. Segarnya hingga ke tulang sumsum . 

 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Kg. Taginambur merupakan kampung lelaki pertama pemilik wanita bernama saya. Dia membesar disini, menjadi budak nakal disini sebelum dewasanya berhijrah ke kampung lain dan menjadi penetap tegar dikampung lain lantaran, rajinnya ibubapanya yang juga merangkap datuk dan nenek saya mencari tanah sebagai dijadikan aset meneruskan hidup dinegeri tercinta ini.
Minggu lalu berjaya menjejakkan kaki di kampung ini sekali lagi kerana ramainya kerabat bapaku masih disini dan salah seorang darinya menamatkan zaman bujangnya. Sebagai kerabat kami sekeluarga dijemput. Sebagai menghormati, kami hadir.
 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu

Bersalam dan saling membagi senyum diantara sesama sebagai tanda 'lama tidak berjumpa' 'gembira bertemu denganmu disini'..............terkadang kata dari bibir tidak diperlukan, cukup tersenyum sebagai  ganti bicara.

 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Seperti biasa, dimana ada destinasi baru disana ada yang namanya sesi bergambar. Kampung Taginambur, Pekan Nabalu sebuah kampung lembah yang permai dan penuh kehijauan.

6 November 2015

Saya Bukan Lagi Pengiklan Nuffnang

Nuffnang pergerakan duitnya terlalu perlahan dan lambat nak banyak. Macam kura-kura atau macam siput ? dua-dua boleh disamakan.

'ala, sikit-sikit lama-lama jadi bukitlah'

Masalahnya, saya kurang sabar menunggu pergerakan yang begitu lambat. Hari ini saya dengan yakinnya membuka iklan-iklan nuffnang dalam blog saya. Mahu tunggu berapa lama ? 

'alaaaa, tunggulah kejap lagi'

Kejap lagi, kejap lagi. Maaf saya malas menunggu yang 'sekejap' itu. Lebih mudah mengatakan selamat tinggal daripada bertahan tanpa hasil. Yang sudah dapat beribu-ribu lemon lain ceritalah....pasti cakap saya salah strategi. mmm salahlah sangat (haha).
Saya Bukan Lagi Pengiklan Nuffnang
Kini saya bersama Adsense pula. Yeah ! setelah agak lama mengintai peluang Adsense, hari ini saya diterima. 

'oooh, rupanya dah ada yang lain'

Lebih baik menerima yang lain daripada bertahan untuk sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Semoga ikatan bersama Adsense membuahkan hasil yang lebih daboom !! 

Saya tidak memburuk-burukkan Nuffnang tapi, bagi mereka yang sedar hakikat betapa kedekutnya Nuffnang maka anda tahu mengapa mengucapkan selamat tinggal itu adalah tindakan yang rasional dan berbaloi. Eh, sebenarnya sudah ramai yang beralih arah meninggalkan Nuffnang. Saya bukan yang pertama, mungkin orang terakhir yang meninggalkan Nuffnang...ooh betapa lambatnya saya bertindak ucap 'bye-bye Mr Nuff''.

Selamat tinggal Nuffnang dan Hello Adsense.

5 November 2015

Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG

Saya berada di negara Laos tetapi, saya kurang pasti Laos itu bagaimana. Setahu saya Laos itu memiliki banyak stupa-stupa dan jika kamu bertemu satu darinya sama ertinya kita telah melihat semuanya. Rupanya hampir sama. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Pasar Laos, seperti hidup dalam lagenda rasanya
Saya tahu satu tempat yang terkenal di Laos, namanya Air Terjun Luang Prabang. Kebanyakan pelancong ke Laos melihat ciptaan itu. 

Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Kanak-kanak Laos menyambut kedatangan kami
...dan saya ke Laos hanya sekadar menikmati pasar didalam hutan !
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
..dan saya berada di negara Laos
Jika kamu pernah melihat cerita pendekar atau pun kungfu Cina, korang pasti perasan yang pasar mereka selalunya seakan-akan berada di dalam hutan. aaaah kira-kira begitulah pasar Laos yang telah saya lawati. Dalam hutan tu ada pasar !

Pasar tu pula ala-ala pasar hujung minggu jika di Malaysia atau pasar malam. Macam-macam dijual ! ada kain, cenderamata, kedai makan, herba-herba dan macam-macam lagi. Harga barangan adalah berpatutan dan saya sempat membeli beberapa helai baju 'I love Laos because somebody love me' dan juga keychains. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Pengangkutan yang ada
Sebenarnya pasar ni berada dipinggir Sungai Mekong. Tiada rancangan pun untuk kesini, semuanya rancangan kilat sekilat-kilatnya :p syukurlah duit tidak terbang tinggi mengudara dengan pantas. Jika tidak, sekadar menjejakkan kaki sajalah tanpa membeli apa-apa. 

Namun, seringkali alasan terjadi jika duit tidak cukup pada kehadiran pertama ia bermakna kita harus datang lagi untuk kali ke dua untuk menebus apa yang kita ingini tapi tidak tercapai kerana duit tidak mengizinkan. Benarkah ? mungkin. Mungkin juga tidak. 

Menyeberang Sungai Mekong dari Thailand sangat mengujakan. Sempat jiwaku diketuk rasa andai bot yang dinaiki itu terbalik..selamatkah kami ? sungainya sangat tidak jernih bak warna milo kegemaran ramai rakyat Malaysia. Mereka suka pasti kerana slogannya ' minum, minum milo and jadi sihat dan kuat' . ok, begitulah warna sungai Mekong. Tidak jernih tapi menjadi kegemaran para pelancong untuk menuju satu destinasi ke destinasi lain tanpa menggunakan jalan darat. 
 LAOS melalui Sungai MEKONG
Antara pemandangan di pesisiran Sungai Mekong
Menaiki bot sangat hebat bagi saya. Terlalu jarang menaiki bot membuat saya selalu teruja namun, satu-satu hal yang seringkali mengganggu perasaan saya adalah imaginasiku selalu bercerita jika disana ada sekumpulan buaya maka............sesuatu yang buruk pasti berlaku. Bot terbalik dan para buaya pasti bersorak riang dalam pesta menikmati dagingku. oh, tidak !

Sungai Mekong sangat luas dan panjang sehingga mampu menghantar anda ke Yunan China...jika mahu mencuba, silakan bayar lebih dan bot akan menghantar anda sehingga ke negara China bahagian Yunan.  Jika pun duit saya banyak, laluan itu bukanlah pilihan saya. Jika pun saya menerima ajakan, laluan itu bukanlah pilihan saya. Atau mungkin saya perlu mencubanya satu kali ? saya perlu berfikir 12 kali.

Laos dan Sungai Mekong tiada dapat dipisahkan. Ia menjadi penghubung tercepat antara Thailand dan Myanmar. Berenang mungkin tidak boleh kerana arusnya deras dan mungkin ada buaya sedang menanti isi perut anda untuk dibaham... oohh, membayangkannya pun saya tidak sudi apatah lagi bermanja-manjaan dengannya. 
 Sungai MEKONG
Nikmati dan kecaplah bahagia
Oh, maaf saya terlupa fakta bahawa sebenarnya Sungai Mekong tidak dihuni oleh buaya, yang ada hanyalah buaya darat dan jauh dari pinggir sungai , mungkin ditengah kota besarnya. hehe. Sepanjang berada di dalam bot jemari ku sempat menyentuh air sungai itu. Airnya sejuk meski mentari waktu itu sangat membakar kulit.  Rasa bebas dan tenang. 
Indahnya Sungai Mekong terlihat dari Laos
Saya sebenarnya lupa yang saya merupakan seorang pekerja pejabat tiap kali berada diluar negara. Betapa manisnya rasa jika berjalan-jalan sahaja tanpa memikirkan diri berada dalam bangunan selama 8 jam setiap hari keculi sabtu dan ahad. Diri terkurung diantara konkrit-konkrit sambil pemandangannya hanyalah kertas,  fail biru dan komputer. whoaaa !! sakitnya tuh disini (hahaha).

Apa pun kehadiranku di tepi-tepi negara Laos, cukup menguatkan rasaku untuk kembali lagi ke negara itu. Melawat kotanya dan bertemu dengan penghuninya. Semoga keinginan itu tercapai pada tahun 2016 kerana tahun ini jadualku telah penuh dengan pelbagai program. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
ku ukirkan senyuman istimewa buat Laos :p
Laos adalah sebuah negara yang sebaiknya nikmati pengalamannya. Jangan pergi kesana untuk WOW tempat pelancongan atau shopping mall-nya. Lawati Laos dan nikmati.

Kerana itu untuk banyak hal saya suka perkataan nikmati saja dan anda akan bahagia. Berdiri di hujung Laos, saya bahagia kerana saya menikmati rasa itu apa adanya.