4 Ogos 2015

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand

Kota ini kaya dengan senyuman dan keramahan, malang sekali sedikit bahasanya pun saya tidak fahami. Bicara seungkap kata Thailand membuat lidah seakan membeku tak berfungsi. Hanya seketul perkataan yang difahami iaitu 'sawadika(p)' yang bermaksud hello atau hai. Selebihnya hanya senyum dibibir yang kurang merahnya sebagai ganti keramahan sebenar.
 Chiang Mai Thailand
Sebelum masuk, sila bayar dulu
Tempat paling terkenal di Chiang Mai tentulah Mae Taeng Elephant Park. Sebut Chiang Mai, ingat gajah ! ingat gajah, sebut Chiang Mai ! Taman gajah yang terkenal tu sebenarnya terletak agak jauh dari bandar Chiang Mai tapi  tak lah jauh sangat. Naik bas pun boleh sampai, naik teksi pun boleh sampai, naik tuk-tuk saya kurang pasti .........boleh sampai tu mungkin bolehlah, tapi ongkosnya kena sedia ribu-ribu duit Thai lah.
Mae Taeng Elephant Park
Betapa kecilnya saya diatas belakang gajah gendut
Selalunya menunggang gajah ni cuma dilihat melalui dokumentari khas dalam tv, baca artikel berkaitannya tetapi, pada waktu yang ditakdirkan untuk saya berada di Chiang Mai ternyata ia bukanlah mimpi lagi. Kali ni tanganku benar-benar menyentuh sang gajah yang terkenal dengan kegendutannya namun, comelnya tetap ada. Dulu selalu bermimpi naik atas badan gajah yang montel dengan kaki berjuntai penuh releks sambil menikmati panorama alam sekeliling yang tenang. Ternyata baru kini ia terealisasi dalam dunia nyata dari angan dan mimpi semalam.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Menyeberang sungai , bestnyaaa
Perjalanan tidak sekadar diatas tanah yang kering tetapi juga di dalam sungai yang tiada jernihnya. Namun, khuatir tidak perlu dibenarkan bermain difikiran kerana gajah yang dinaiki adalah gajah yang terlatih sambil dituntun oleh sang pemandu gajah yang memahami makna setiap gerakan gajah. Tenang saja dan nikmati keseluruhan keadaan yang ada.

Untuk apa menaiki gajah jika perasaan penuh cemas. Untuk apa susah-susah membayar sewa gajah jika takut menemani sepanjang ekspedisi ? Nikmati keadaan yang ada dan anda akan bahagia sepanjang percutian tersebut.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Tengok orang tu, ehem ! haha
Kedai menjual makanan gajah turut disediakan disepanjang perjalanan tersebut. Tidak perlulah tamak dengan TB200 atau RM2 , belilah pisang atau tebu yang ada. Sekurang-kurangnya sang gajah tersenyum bila dihulurkan makanan. Kalau pun tidak melihat gajah tersenyum sekurang-kurangnya bahagia ada didalam hati sendiri kala memberi kepada mereka yang telah berkhidmat mengangkat kita. weew ! RM2 apalah sangat jika dibandingkan dengan rasa gembira yang kita alami dan pengalaman yang kita dapat. Tak gitu ?

Oh tidak lupa saya ingatkan anda yang ingin ke Mae Taeng, Chiang Mai ketika anda naik gajah tersebut akan ada jurugambar yang mengambil gambar anda. Biasalah tiap kawasan pelancongan pasti ada taktik bisnes tu, diakhir jelajah bersama gajah, anda akan menerima gambar anda semasa diawal perjalanan tadi. Gambar tu bukan free tetapi kena bayar. Makanya, anda kena pandai bajet. Sebenarnya gambar tu tidak wajib untuk dibeli tetapi, rugilah jika tidak diambil. Lagi  pun tidaklah mahal sangat, hanya RM10 atau TB100.
Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Kedai Cendera kenangan, harga murah-murah
Jelajah bersama gajah berakhir disatu kawasan yang mana terdapat juga kedai cenderahati, dinasihatkan korang belilah apa-apa yang menarik, harga sini lebih murah berbanding di kedai terakhir yang korang temui. Untuk sampai ke headquarter kami naik kereta lembu pula. fuuh ! terasa bagai puteri Hang Li Po dizaman Sultan Mansor Syah, naik kereta lembu sambil tangan melambai-lambai kepada para pelancong (haha).  Jika di Jakarta, Indonesia saya menjelajah Kota Jakarta dengan menaiki kereta kuda namun, di Mae Taeng, Thailand saya berpeluang menaiki gajah dan lembu. Sungguh sebuah pengalaman yang tak terlukiskan, yang tercoret disini pun tidak selengkap apa yang saya nikmati sebenarnya. Korang kena pergi mengalami pengalaman ini sendiri.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Menaiki kereta lembu, terasa kembali kezaman dahulu
Setelah usai aktiviti menaiki gajah dan kereta lembu, tiba masanya menikmati persembahan gajah-gajah yang bertaraf dunia. Bermain bola mungkin biasa bagi sesetengah binatang terlatih, menari juga mungkin tidaklah begitu luar biasa tetapi, hatiku terangkat untuk mengagumi betapa hebatnya ciptaan Tuhan ini. Sedetik fikiran terlintas betapa binatang lebih bijak dari sesetengah manusia yang tidak tahu apa-apa. Gajah Mae Taeng, Chiang Mai tahu melukis dan lukisannya lebih cantik dari lukisan seorang saya dan juga lebih indah dari lukisan kamu (mungkin?). Tahu mengeja dan menulis namanya dengan sempurna....dan saya teruja akan apa yang saya lihat di sini.

Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Cukup menginspirasikan
Sungguh, Thailand merupakan negara gajah yang mahu saya lawati lagi dikemudian hari. Jom, ke Chiang Mai, Thailand. Banyak tempat menarik yang boleh di jelajah. Pssstt lupa bagitau, dikawasan ini juga ada disedikan rafting menggunakan rakit. Saya tiada mencubanya kerana saya terikat dengan percutian dalam pakej. Mungkin lain hari, mungkin.
Mae Taeng Elephant Park , Chiang Mai Thailand
Hasil karya gajah-gajah
 Kota berhati nyaman dengan banyak kenangan, Mae Taeng, Chiang Mai Thailand.