30 September 2014

Hutan Lipur Kawang, Papar Sabah

Hutan Lipur Kawang, Papar Sabah terletak di Kampung Tanaki (jalan lama Papar ke Kota Kinabalu) lebih kurang 30 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu dan 23 kilometer dari Pekan Papar. Hutan Lipur ni berkeluasan 1551 hektar.

Pertama kali menjejakkan kaki di hutan ini perasaan tu agak 'eerr' juga kerana tempat itu agak sunyi dan perjalanan ke kawasan itu melalui kawasan kelapa sawit. Ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan tersebut risau jugalah mana tau tiba-tiba tersesat.
Hutan Lipur Kawang

Kami hanya berpandukan signboard dijalan utama . Jalan menuju kawasan tersebut tak lah teruk sangat. Van atau kereta kecil pun boleh melaluinya. Agak jauh juga untuk sampai kedalam hutan tersebut. Sebenarnya kami kesana hanya untuk survey kawasan tersebut sama ada sesuai untuk outing bersama keluarga dari peringkat kecil hingga besar tapi ternyata untuk piknik bersama keluarga yang besar ia bukanlah tempat yang sesuai.

Melainkan kita kesana untuk aktiviti pendidikan atau kajian. Tapi rasa-rasanya tempat ni sesuai untuk mencari ilham atau aktiviti penulisan. Tempatnya santai, sunyi dan penuh inspirasi bagi seorang pencinta alam semulajadi.
Hutan Lipur Kawang

Hutan Lipur Kawang meskipun agak terpencil namun ia turut dilengkapi dengan kemudahan untuk para pengunjungnya. Tempat ni cantik, ada challet atau penginapan, kolam renang, tempat BBQ dan sebagainya. 

Untuk pencinta alam , tempat ini sesuai untuk dilawati dan sangat sesuai untuk camping. Tapak camping turut disediakan.




Seorang Blogger - Yakin NAMUN Perasan !

Saya pasti anda sangat terundang melawat blog ini saat terbaca tajuk diatas. Mungkin ini kehadiran julung kalinya anda sampai disini. Dengan hati terbuka saya menyambut kehadiran kalian. Semoga terhibur membaca tulisan saya. 

Seperti diawang-awangan saya menaip entri ini. Entah auta, entah fakta- saya kurang tahu. Ia tertulis dari fikiran saya sendiri. Kebanyakan blogger itu perasan (kan?) tetapi, justeru itulah mereka menjadi sangat terkenal.
Blogger

Saya memuji tahap keyakinan mereka itu. Sangat ekslusif dan beriya-iya ketika mengatakan mereka seorang yang hensem, seorang yang kacak, seorang yang...... eh, kebayakan mereka itu lelaki. Lelaki memang begitukah ? haha..... contohnya Abang Ensem . Tertanya-tanya jugak, dia ni ensem kah ? ensemkaaa...terdesak dengan pertanyaan bertubi-tubi oleh kepala otak ini, saya lantas mengugel nama abang ensem dan merenungnya dari laman muka buku. 

Lalu saya membuat kesimpulan, sebenarnya............dia hanya mempunyai tahap keyakinan yang sangat tinggi. Percaya diri yang sangat tinggi, itu sebab dia glemer. Lain daripada itu, terserah pada korang mahu bilang apa. he he he

Eh, tajuk diatas itu tiada kaitan sebenarnya. Saja untuk perhiasan since saya tidak tahu nak bagi tajuk apa untuk post ini. :D

Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu 2015

Setiap tahun jika kaki ini kuat, tubuh ini sihat dan team saya mahu, saya ingin mendaki gunung Kinabalu lagi, lagi dan lagi. Perasaan ketika berada di pergunungan itu berbeza ketika berada di tanah rata. Sangat lain ! apatah lagi jika yang mendaki bersama dengan kita itu adalah orang yang memang kita mahu dia bersama dengan kita sepanjang pendakian tersebut.
Gunung Kinabalu
KM 8 - Ramai yang dah Mental disini hehe
Bukan sebagai kekasih, bukan juga sebagai kawan baik. Cukup sebagai orang yang boleh kita harapkan untuk membantu kita sepanjang pendakian tersebut. Mungkin melalui kata-kata semangatnya atau kata-kata lucu sepanjang berjalan dan lagi bagus kalau orang tersebut adalah orang yang ringan tulang untuk mengangkat beg kita. (adakah orang seperti itu)

Saya pernah melalui jalan-jalan dibawah rimbunan pepohonan sambil mendengar kicauan burung dan sesekali bunyi angin yang menghembus kita. Kadang sendirian, kadang dengan orang lain yang tidak pernah kita kenali namun, ketika pendakian bahkan selama pendakian tidak pernah saya bertemu dengan orang sombong. Semuanya mesra semesra alam dipergunungan nan indah dan sejuk.

Itu merupakan salah satu keindahan sepanjang pendakian selain keindahan alam semulajadinya. Saya tidak pasti sama ada semua orang yang saya temui itu benar-benar orang atau bukan. Namun keyakinan harus 200% mengatakan bahawa itu adalah orang. Saya bukan menakut-nakutkan. Seringkali ketika berjalan saya hanya sendirian kadang, ditemani oleh rakan-rakan. Itu kerana tahap kelajuan berjalan masing-masing adalah berbeza dan saya tidak mahu ditunggu atau menunggu. Berjalan teruslah kerana akan ada guide yang menyusul kita nanti atau yang akan selalu memantau kita. Kita akan selamat.

Saya mendaki Gunung Kinabalu telah beberapa kali dan itu tidak pernah membuat saya berasa puas. Saya mahu kesana lagi dan ingin selalu menikmati panorama gunung. Menyentuhnya dan manatapnya dari jarak terdekat . Perasaan itu seperti menaiki kereta ketempat yang jauh dan tiba-tiba kita terasa ingin kencing tetapi tiada tempat untuk kencing. Sampai satu destinasi yang ada jamban kita pun berhentilah dan melakukan pembuangan air tersebut. I tell you, the rasa is sangat puas dan lega....aaaaahhhhhhwwww ! haha.

Rugi kalau tidak mendaki Gunung Kinabalu. Sebagai rakyat Malaysia apatah, lagi penduduk Sabah, anda wajib mencuba mendakinya. Sekurang-kurangnya satu kali selama hidup anda masih bergelar manusia bumi. Ketika nafas bukan lagi milik bumi, tubuh sihat dan kamera canggih pun tiada lagi gunanya. Selagi peluang ada, milikilah ia dan pergilah melancong. Sekian, pesanan ringkas dari penaja. hahaha

Tahun 2015 saya akan membuat satu Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu lagi. Tepatnya pada bulan Januari. Bersama saya akan ada 23 orang, lelaki dan perempuan. Tujuannya hanya untuk suka-suka dan semestinya untuk menikmati salah satu pemandangan tercantik di dunia, Puncak Gunung Kinabalu.

28 September 2014

Pengalaman Pertama ke Pasar SAFMA

SAFMA atau Sabah Fish Marketing merupakan salah tempat membeli ikan yang terkenal di Kota Kinabalu, Sabah. 

Hari ni berkesempatan pergi SAFMA untuk pertama kalinya setelah bertahun-tahun hidup dinegeri Sabah. Tujuan nak membeli lobster, malangnya lobster dah abis atau lebih tepatnya ia jarang-jarang ada. 
SAFMA

Pertama kali ke SAFMA rasa macam masuk pasar ikan tempat lain juga cuma harga ikan ditempat ni lebih murah dan senang untuk tawar-menawar. Kebanyakan penjual adalah berbangsa Filipino dan perasaan masuk pasar ni macam ala-ala berada di Manila pun ada...haha. 

Kebanyakan penjual tu muda-muda cuma kulitnya hitam manggis  hohooho...itu kalau korang punya agenda lain selain membeli ikanlah haha :P 

Pasar ikan SAFMA ni biasanya beroperasi  diawal pagi yang sangat pagi seawal jam 1.00 pagi. Ikan-ikan adalah segar dan terbaik dari laut Sabah . So, kalau korang nak ikan murah lagi fresh, sillalah datang ke SAFMA.

27 September 2014

Income Dijana Dengan BLOG

Sambil menonton Generation Kill, sempat jeling-jeling mesej yang masuk. Cepat-cepat check dan ternyata itu dari seseorang. 

Yeah ! ada sesuatu yang indah disitu. Tak mewah mana pun tapi, cukup buat hati tersenyum manja dan sedikit ayu. haha :D

Terima kasih kerana berminat dengan blog ini dan percayakan pemiliknya.  Saya akan buat yang terbaik dan sentiasa melakukan yang terbaik. Seperti biasa dan akan selalu begitu, sentiasa berikan yang terbaik !
Income Dijana Dengan BLOG

Dengan sedikit kata dorongan dan semangat 'Sikit-Sikit, Lama-lama jadi everest' saya akan memberikan khidmat 'review' untuk yang mahu di review produknya ^^  

Malam yang indah untuk tidur, berkat datang seperti sungai mengalir ..........  terima kasih buat jemari gendutku dan Dia yang memberi hikmat pada diri ini. Hobi menulis perlahan-lahan menampakkan warna gemilang dan itu membuat hatiku bangga pada hobiku. 

Syukur punya hobi menulis kerana hobi ini memberikan pendapatannya sendiri. yeaaah ^^ 

26 September 2014

Tulisan Santai dari Seorang Precious Cla



Hola , Precious Cla is here (kalau bukan saya, siapa lagi?). Hari ni saya agak busy. Menerima panggilan cina itu, cina ini. Ramai sekali Cina yang memanggil saya hari ni. Terlalu ramai ! mahukan itu, mahukan ini….hampir-hampir menjadi sakit hati dan membenci kerja ini. Syukur saya seorang yang sangat positif didalam hidup. :P

Saya bekerja dalam firma secretarial ^^ bertemu dengan ramai orang yang berbilang bangsa dari seluruh dunia. Ini bukan kerja yang saya idamkan. Tetapi, bertemu dengan orang berbilang bangsa, itu kegemaranku. :D

EH, tiba-tiba seorang Manager Cina datang berasal dari Penang. Katanya orang Sabah terlalu baik dan katanya dia malas nak balik Sabah. (oh, begitu sekalikah? Hahaha) Thanks, for loving my state !

Ini hanya  tulisan santai dari saya si jemari gendut, berotak bijak. Saya sebenarnya tengah menyiapkan Memorandum And Articles Of Association  untuk sebuah company (saya penat menaip dan review benda yang saya taip) . Makanya, saya perlukan sedikit rehat. Untuk relax saya pun menulislah sedikit diblog ini. Blog ini peneman jemari gendutku. Kala menaip, hatiku tersenyum. Penat hilang serta merta. Bahagia mengalir menguasai organku.

Begitu sederhana untuk bahagia. Begitu sederhana untuk hidup. Tak perlu wang ringgit berjuta ^^

Ishhh..jemari gendutku tak pandai kurus-kurus. Memangkah ia ditakdirkan gendut untuk selamanya ?

Ok. Saya pasrah.

Biarlah gendut yang penting dia rajin menulis. Rajin berkarya. Rajin berusaha. Terima kasih wahai jemari  gendutku yang comel-loteh-secomel senyuman pemiliknya.  

Hmmm… tulisan ini tidak penting dan tidak perlu dibaca dengan berhati-hati. Cukup melihat tulisan ini sepintas dan kemudian lihatlah senyumanku pada headerku itu. Hehe….itu istimewa untukmu, wahai pembacaku yang lahir dengan 1001 maksud.


Preious Cla


Sehingga bertemu ditulisanku yang seterusnya. Andai esok ku tak mampu menulis disini, anggaplah ini tulisan hujung mingguku.

Sampai disini dulu. Saya sayang pembacaku ^^ kita tercipta dari sebuah cinta ibu bapa kita. Mereka bercinta dan bergabung kuasa mencipta seorang kita.

Seorang kita yang kini hendaklah hidup menjadi manusia sejati. Salam petang Jumaat, 26 September 2014 – 4:44 petang, Jesselton Borneo.

24 September 2014

5 Filem Travel Yang Memberi Inspirasi



1. Into The Wild (2007)

Into The Wild


Filem ini diadaptasi daripada kisah benar seorang pemuda bernama Christopher McCandless yang ditemui mati di dalam sebuah bas lama (magic bus) di sebuah kawasan belantara di Alaska pada September 1992. Kisahnya bermula apabila dia mengambil keputusan untuk mengembara dan meninggalkan segala kesenangan hidup serta keluarganya. Dia keluar tanpa wang ringgit. Wang simpanannya $25,000 didermakan kepada sebuah badan kebajikan, baki wang tunai yang masih ada dibakar dan kad kreditnya dipotong dengan gunting. Dengan hanya membawa kelengkapan diri yang dimuatkan di dalam 'backpack', dia pun memulakan langkah dari Virginia, Washington D. C. ke Alaska dengan menggunakan nama baru, Alexander Supertramp. Antara plot menarik di dalam filem ini adalah semasa dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya (dia ketika itu nazak kerana termakan tumbuhan beracun) di dalam sebuah bas lama yang dijadikan tempat tinggalnya sehinggakan bas itu digelar 'magic bus' sehingga kini.

2. The Art Of Travel (2008)

The Art Of Travel

Conner Layne memulakan pengembaraannya dengan berbulan madu secara solo selepas dia meninggalkan majlis perkahwinannya kerana mendapati tunangnya berselingkuh dengan sahabatnya sendiri. Dia yang ketika itu masih naif tentang dunia pengembaraan, membawa diri ke Nicaragua, sebuah negara di Amerika Tengah yang merupakan bekas jajahan Sepanyol. Pertama kali tiba di negara asing, banyak masalah yang timbul. Di situ dia mengalami pelbagai pengalaman perit sebagai orang baru dalam dunia pengembaraan seperti ditipu, dirompak, berhadapan budaya jenayah kecil dan kemudahan-kemudahan yang tidak memberikannya keamanan. Lama-kelamaan dia mula dapat menyesuaikan diri, pengalaman memberinya ilmu yang berharga. Antara petikan menarik dalam filem ini adalah, "... I have so much left to do for myself. And if i don't go and seek that out, maybe i'd end up regretting it for the rest of my life".

3. The Way (2010)
The Way
 
Kisah seorang bapa, Thomas Avery yang menjejak semula perjalanan anaknya yang mati terbunuh dalam tragedi ribut di banjaran Pyrenees semasa membuat ekspedisi Camino de Santiago (The Way of St. James). Thomas pada mulanya hanya berhasrat untuk ke Sepanyol bagi menuntut mayat anaknya, namun dia kemudiannya terfikir untuk mengikuti semula jejak yang dilalui anaknya untuk merasai sendiri pengalaman dan apa yang difikirkan anaknya itu. Dalam perjalanan klasik Camino itu, Thomas berjumpa dengan beberapa individu yang sama-sama mencari erti kehidupan dengan pengembaraan yang akhirnya menjadi rakan kembara (travel mate) kepada pakar mata itu.

4. Last Stop For Paul (2008)

Last Stop For Paul

Charlie begitu sukakan pengembaraan dan sentiasa mencari jalan termurah (bajet) untuk pusing satu dunia. Manakala sahabatnya, Cliff sentiasa mencari alasan untuk tidak berjauhan dengan rumahnya dan apabila dia berjanji untuk mengikuti Charlie keluar mengembara, dia tidak pernah menepatinya. Bagaimanapun, satu hari Charlie mengajak Cliff untuk ke parti bulan penuh yang diadakan setiap bulan di Ko Pha Ngan, Thailand.  Kali ini Cliff tidak dapat menolak. Dia mahu memenuhi hasrat seorang rakan lamanya yang baru meninggal dunia, Paul untuk menjelajah dunia. Cliff mahu memberi penghormatan kepada rakannya itu dengan menabur abu mayatnya di empat sudut dunia (the four corners of the earth) iaitu Amerika (barat), Eropah (utara), Asia (timur) dan Afrika (selatan). Dalam msa dua minggu sebelum parti itu bermula, Charlie dan Cliff menjelajah ke beberapa negara dan menimba pengalaman yang berharga selain tidak lupa menaburkan sedikit abu mayat Paul di setiap hentian mereka.

5. A Map For Saturday (2007)

A Map For Saturday


Filem dokumentari arahan sendiri oleh Brook Silva-Bragga ini memaparkan kisah menarik tentang dirinya ketika mengembara ke Australia, Asia Tenggara, India, Nepal, Eropah dan Amerika Selatan selama setahun. Produser di rangkaian televisyen HBO itu sanggup meninggalkan kerjayanya demi menimba ilmu di dunia yang lebih luas di luar sana. Filem itu memaparkan tentang para backpacker yang perihatin dalam membantu mangsa tsunami di Thailand, menerangkan kenapa rumah tumpangan di Nepal tiada pelanggan dan kenapa lampu berhenti di Brazil tidak dihiraukan. Dalam perjalanan, dia bertemu dengan ramai backpacker yang rata-ratanya turut meninggalkan karier mereka untuk mengembara. Satu perkara yang dia temui semasa pengembaraan adalah, "As we delve more into the idea of buying the Round The World or RTW ticket, it becomes clear that it’s not about being lucky; it’s about the attitude to actually do it...".

Air Terjun Kionsom, Inanam



Air terjunnya memang indah luar biasa. Itu dimata saya. Dimata kamu ? saya tidak tahu. Saya memuji bukan kerana itu tempat saya bermain-main dahulu tetapi itu memang realitinya. Ia indah dan nyaman.
 
Kionsom Waterfall
Hujung Minggu ~ selalunya kami ada disini
Jarak Air Terjun Kionsom dengan rumah saya tidaklah jauh bahkan, dengan berjalan kaki pun boleh sampai dalam masa 15 minit. Tertakluk pada kelajuan kaki anda. :) Suatu ketika hampir disetiap minggu, kaki ini pasti ke air terjun itu. Lagi pula untuk masuk ketempat itu ia adalah percuma bagi orang kampung sekitarnya.
Orang luar, kena bayar ^^ hoho.

Air Terjun Kionsom ini telah diwartakan sebagai hutan simpan dan memusnahkan atau merosakkannya dalam apa cara sekalipun adalah dilarang sama sekali. Ia adalah khazanah alam yang perlu dipelihara dan dipulihara sebagai warisan anak cucu generasi akan datang.

Sekarang kawasan ini banyak kemudahannya berbanding beberapa tahun dahulu. Jika dahulu tangga-tangga simen tidak ada, tapi itu lagi menarik rasanya. Lebih mencabar  dan lebih terasa alam semulajadinya. Namun, memandangkan air terjun Kionsom dilawati oleh semua peringkat umur, maka kemudahan-kemudahan seperti tangga adalah diperlukan demi menjaga keselamatan pengunjung. 

Air Terjun Kionsom mempunyai tujuh tingkat semuanya. Paling best tingkat paling atas tetapi perjalanan ke tingkat itu harus melalui denai jalan yang agak curam dan masuk hutan. Tempatnya agak sunyi dan jarang orang sampai kesana. Kalau mahu privacy atau malas bercampur dengan orang ramai, bolehlah mencuba air terjun tingkat paling atas. Airnya lebh sejuk dari air yang ada ditingkat bawah. Kenapa ? kerana air diatas belum tercemar dengan daki-daki mandian orang ramai....hahaha... saya suka tingkat paling atas tapi, perjalanan menuju tingkat itu bermakna anda berpotensi untuk ditemani pacat.