24 Januari 2014

Trip pertama 2014 : Tg. Aru - Beaufort


Menyambut 01.01.14 di Pekan Beaufort

Mengawali tahun ini dengan trip ala ‘kampung-kampung’ dengan Keretapi zaman British , dari Tg. Aru ke Beaufort. Sepatutnya cerita ini tertulis lebih awal dari post-post saya pada tahun ini. Namun, kerana waktu untuk itu terlalu kurang. Makanya, kisah pembuka tahun 2014 berpetualang ke Beaufort itu saya tulis sekarang. Terlalu lama ? rasanya untuk yang namanya tulisan didalam blog ini tidak ada yang terlalu lama untuk diceritakan. 

31.12.2013 , mengakhiri  tahun itu dengan cinta dan kasih bersama keluarga dan teman-teman. Namun, bukan itu kisah yang hendak saya bawa disini. Saya senang bercerita tentang trip pertama 2014 saya with my sibling and family from Sarawak.  Dalam keretapi tu bukanlah best sangat . Tidak seperti komuter atau LRT atau sebagainya yang moden dan hebat. Yang diagung-agungkan oleh orang lain. Yang menjadi kebanggan orang lain. Well, saya sebenarnya bangga dengan keretapi Borneo ni. Ia merupakan peninggalan British dan kini ia turut menjadi tarikan pelancong kerana ia keretapi lama dan sukar ditemui di Malaysia. Tak kau bangga ?  hehe….keretapi orang laju  dan WOW ! keretapi Borneo perlahan dan WEW ! Namun, suka saya mengingatkan bahawa keretapi ini memberi seribu satu kisah sentimentalnya yang tersendiri. 

Mata memandang ke luar. Melihat perkampungan penduduk Sabah. Menikmati pemandangan disepanjang perjalanan.  Tanpa perlu mata terkejar-kejar apa yang mahu dilihat kerana keretapi ni tidaklah terlalu laju. Kalau mahu naik keretapi lama tanpa penghawa dingin juga ada. Lagi asyik dan wow ! keluarkan kepala anda melalui tingkap dan nikmati angin lembut menyayangi anda. Pejamkan mata dan bebaskan perasaan yang membelenggu. Keyakinanku tinggi bahawa anda pasti akan datang lagi. Hehe…. 

Sumandak Sarawak datang Sabah
P/S : Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 / VMY2014 anda dialu-alukan datang kenegeri Sabah dibawah Bayu.

6 Januari 2014

06 Januari



Demikianlah putaran waktu 365 hari setiap tahun. Tiap kali munculnya 06 Januari, yang terlintas dikepala adalah perginya dia yang pernah tidur bersamaku. Bercerita hingga tidak terasa bila waktunya kami terlelap dibuai mimpi masing-masing. Bila bangun hari dah siang. 

4 tahun telah berlalu dan ingatan itu masih segar diminda. Tak terasa waktu begitu cepat berlalu dan pergimu ke alam sana cukup membawa seribu satu macam pengalaman baru didalam hidup ini. 

Kini 4 tahun telah  berlalu, namun saya masih merasa, ada kepingan-kepingan peristiwa yang masih tetap membeku, mengkristal di dalam sana, terkubur dalam sel kelabu otak saya, dan sesekali menguapkan nelangsa yang hanya mampu saya pendam dalam hati. Terlalu bererti hadirmu untuk kami. Adakalanya, Pemandangan di bilik wayar berbau ubat-ubatan itu masih jelas dalam pandangan mata saya, ketika saya memejamkan mata.

 Diani Dervent
My late sister in law, tenanglah dalam dakapan Pencipta. R.I.P.