11 Mac 2013

Biodata Pencipta Bendera Malaysia


 pencipta bendera malaysia
Nama : Mohamed Hamzah

Tarikh Lahir : 5 Mac 1918

Tempat Lahir : Hospital Kandang Kerbau, Singapura

Perkahwinan : Mendirikan rumah tangga sebangan empat kali, isteri terakhir dan paling lama, arwah Robangi Daud. Tidak dikurniakan zuriat, mengambil empat anak angkat iaitu Khadijah Yaacob, Mohd Seth Yaacob, Azizah Ahmad dan Mohamad Ali Maula Mohamad

Pendidikan : Sekolah Inggeris Bukit Zahrah. Menamatkan persekolahan di English College (Maktab Sultan Abu Bakar). Meneruskan pelajaran di Raffles College pada 1936. Mengikuti kursus secara pos di Press Art School, Tudor Hall, Forest Hill, London pada 1939.

Kerjaya : Menamatkan kerja di JKR pada 1 Julai 1980

Tarikh Meninggal : 19 Februari 1993

Antara Hasil Rekaan Mohamed Hamzah
- Lukisan seni bina dan pelan Dewan Jubilee Intan
- Pejabat Pos Johor Bahru
- Masjid Jamek Mersing
- Menara Mahkota
- Bendera Malaysia
- Logo atau Lambang diraja
- Lakaran Bintang ‘Dia-mond Jubilee’
- Bintang Darjah Ibrahim (Ibrahim Order) Kelas Pertama
- Kad jemputan diraja
- Pintu gerbang Mahkota



5 Mac 2013

LAPORAN AKHBAR INDONESIA DAN SIAPA KIRAM SEBENARNYA?


Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.

Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independent)?

Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram.

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR .
-baca artikel secara keseluruhan dan masuk ke blog sumber-

1 Mac 2013

Duit Masuk !



 
Hari itu bersamaan dengan bulan cinta 14.02.2013 saya telah joined GA by Qistina...Semalam bersamaan dengan 28.02.2013 GA itu berakhir dan mengumumkan pemenangnya...Drum roll** saya hanya berjaya meletakkan entry ku  ditempat ke-dua dan berjaya mendapat RM50. Bukan susah pun just buat ini dan diberikan angpow... Thanks Qistina !! God bless you.

* Ini bukan kemenangan pertamaku..saya semakin percaya akan kebolehanku (aiit, cik tak perlu angkat bakul saya....saya boleh angkat bakul sendiri...hik3 *