27 Oktober 2012

Entry tanpa perenggan

Tidak semua orang  menyukaiku. Dan tidak setiap orang  membenciku. Saya disukai. Saya juga tidak disukai.  Saya mungkin baik tetapi kebaikanku tidak memuaskan semua orang. Saya mungkin bertindak salah sehingga ada orang sangat terluka akan sikapku. Hari ini mungkin saya telah melukai seorang manusia. Rasa serba salah bukannya tidak pernah ada dalam jiwa ini . Kadang-kala sikap 'sengaja' itu sengaja saya lakukan sekadar  untuk melihat sejauh mana kesabaran seseorang itu terhadap peristiwa-peristiwa yang disengajakan. Bereaksi jahatkah dia? kecewa sangatkah? terbitkah rasa benci dan muak dalam dirinya terhadapku? Itu naluri biasa seorang manusia. Bukan sengaja menduga air yang tenang tetapi, bukankah air yang tenang itu lagi banyak buayanya. Sekali-skala ketenangan itu perlu diganggu agar terlihat sesuatu yang jarang dilihat oleh mata kasar . Bukan untuk mempertikaikan sikap semulajadinya cuma mungkin sikap itu perlu ditimbulkan seawal musim perkenalan. Tak perlu bermuka-muka. Tak perlu berlakon. Tak perlu hipokrit. Cukup sekadar menjadi diri sendiri. Bagaimana hidup sebenar dikala orang lain tidak melihat, demikianlah seharusnya sikap ketika berada di khalayak umum. Tak perlu terlalu baik dengan seseorang itu jika disebaliknya ada udang galah sedang berselindung dibalik topeng  kepura-puraan. Saya mungkin aneh dan berbeza dengan orang yang pernah anda kenali. Jika perbandingan itu menjadi persoalan dibenakmu, sila hentikan keinginanmu untuk menjadikan saya sebagai pendampingmu. Jika saya tidak pernah menjadi orang yang benar-benar anda impikan, mengapa masih meneruskan cita-cita untuk berkata manis-manis kepada diriku. Ataupun saya yang terlalu alpha akan kehidupan ini. Terlalu menarikkah kata-kataku sehingga terbitnya cinta didalam dirimu terhadapku ? ataupun diriku ini yang terlalu perasan sehingga kasih yang tak pernah terwujud telah diwujudkan oleh imaginasiku sendiri ? Mungkin kita sama-sama sedang tertewas oleh perasaan sendiri. Inginkan kemenangan sendiri. Mahukan kejayaan sendiri. Terpengaruh oleh jiwa yang selalu bermonolog kosong. Atau kita terlalu memanjakan keinginan diri sendiri sehingga sukar menepis hakikat bahawa kita sebenarnya bukan pasangan tulang rusuk yang ditakdirkan bersama ? Saya tidak pandai menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat yang indah. Tetapi, kata-kata yang ada sesungguhnya membawa maksud indah jika dihayati dan direnungkan. Jika anda adalah kekasihku yang telah dianugerahkan kepadaku, siapakah diri ini untuk berkata tidak mahu. Saya sesungguhnya bertuah dan bersyukur akan anugerah terindah itu. Saya manusia yang sangat biasa sehingga mungkin agak sukar difahami oleh anda yang agak luar biasa. Saya hanya seorang perempuan kampung yang terlahir dengan penuh kasih sayang walaupun, tidak semua yang diimpikan terealisasi. Saya tidak kecewa akan  keadaanku kerana  dibalik kewujudanku ada rencana Tuhan untuk diriku.

p/s : saya ingin menaip panjang tetapi malam sudah larut. Saya sebenarnya sedang menunggu hp ku penuh charge. and now me as a human pula perlu di recharge...zzzzzzzzz good nite