loading...

28 Disember 2015

Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik

Cerita bermula. Ahad terakhir 2015. After church.
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Matahari memancar tanpa segan-silu dan pastinya dengan izin sang Penciptanya. Syukur saya tinggal dikawasan kampung yang kaya dengan hutan hijau juga, kawasan pelancongan. 
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Air terjun ? ada.  Air Terjun Kionsom namanya dan pernah menjadi lokasi reality show Amazing Race suatu ketika dahulu. Beberapa langkah sebelum air  terjun ini anda akan menemukan sebuah kawasan pelancongan yang terkenal dan tersenarai dalam Tourism Malaysia iaitu Mari-Mari Cultural Village. 
Kokol Haven Resort
Bukan itu yang ingin saya  tonjolkan hari ini. Saya mahu mengajak mata anda mencintai tulisan saya (weehaaa :D) dan terpikat pada industri pelancongan yang sedang pesat disekitar tempat saya membesar dan mengenal apa itu k-pop dan lolipop :D
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Menaiki kenderaan ke Bukit Kokol Haven Resort dari tempat tinggal mengambil masa sekitar 10-15 minit sahaja. Di sepanjang perjalanan adalah alam hijau yang pastinya memberikan pengudaraan yang segar dan nyaman. Tidak perlu melangkahkan kaki ketempat yang jauh untuk menikmati suasana ini. Di atas bukit ini terdapat banyak homestay dan kawasan pelancongan yang tidak sekadar menyajikan suasana kampung tetapi, turut memberikan pengalaman melihat kawasan bandaraya dan sekitar Kota Kinabalu dari tempat yang tinggi. Udara segar dan sejuk pasti menggamit rasa untuk datang ke dua kalinya.
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Kami datang hanya untuk menikmati udara dan pemandangannya kurang dari 1 jam. Bukan kerana tidak menarik tetapi, disebabkan jarak Kokol Haven Resort ini tidaklah jauh dari tempat tinggal kami dan bila-bila masa boleh datang. Pelawat kawasan ini ada ramai dan yang pastinya mereka hadir bersama senyuman dan aksi untuk ditancapkan pada kamera mereka. Ratu selfie ? weew. kutemukan ada ramai.... haha
Sebenarnya lokasi Kokol Haven Resort sangat sesuai sebagai tempat bergambar. Pemandangan saujana mata memandang, dari resort itu terlihat lautan luas terbentang, pembangunan pesat berlangsung dibawah sana. Petang hari boleh pula menikmati matahari terbenam sambil dibuai mesra sang bayu bukit Kokol. Fuh ! 
Kokol Haven Resort Destinasi Penggemar Gambar Cantik
Saya tidak akan menulis panjang lebar tentang Kokol Haven Resort melainkan saya dapat penginapan 2 malam percuma diresort itu (haha). Apa pun. untuk mendapatkan gambar cantik-cantik yang WOW bolehlah melawat Kokol Haven Resort. Disini ada penginapan disediakan lengkap dengan restaurant. 

Untuk menikmati perjalanan lebih ekstrem saya sarankan anda melalui laluan yang sama dengan Mari-Mari Cultural Village untuk menikmati panorama hutan dan kampung namun, jika inginkan perjalanan yang kurang tinggi anda boleh mengikut laluan Kokol Manggatal. 

17 Disember 2015

The Body Shop Malaysia MOHON MAAF

Lantaran tulisan yang diterbitkan pada 08 Disember 2015 [Pekerja The Body Shop, Suria Sabah Memalukan] ramai yang berkata mengapa tidak saya 'bom' pekerja tersebut dengan kata-kata marah dan sebagainya. Oh ya, perlukah ? Hanya seorang yang kalah akan melenting dan terbang dengan kata-kata biadap dan saya selalu terbaca sebuah tulisan dengan ayat 'diam tidak bermakna kalah dan tewas'. Saya mengikut segala prosedur yang dikehendaki oleh pekerja The Body Shop untuk diperiksa meski hakikat menyatakan saya tidak melakukannya dan tidak pernah melakukannya.
The Body Shop Malaysia MOHON MAAF
Malam itu saya menulis tentangnya sebagai sebuah rentetan kisah yang terjadi didalam hidup saya sebagai ingatan disuatu hari bahawa saya pernah mengalami sesuatu yang berkesan ketika masuk kedai The Body Shop, Suria Sabah. Bukan wangian semerbak menjadi ingatan tetapi, sikap pekerjanya menjadi kenangan. Ada hal yang tidak tidak harus dilupakan begitu saja setelah kita diperlakukan sedemikian rupa. 

Ternyata tulisan saya sampai ke bahagian Customer Service & Assistant Operations Manager, Kuala Lumpur. Mereka menghantar mesej kepada saya dan meminta nombor telefon untuk mereka menghubungi saya berkenaan dengan kes yang terjadi. weew ! ok. nombor diberi dan mereka menghubungi saya beberapa kali tetapi, saya selalu tidak berjaya menjawab panggilan mereka kerana kesibukan pekerjaan. Lalu, set time jam berapa boleh telefon. Selasa lalu mereka menghubungi saya untuk mohon penjelasan dan mohon maaf . Mr Cameron berkata bahawa mereka akan menyiasat hal tersebut dan berharap agar insiden sedemikian rupa tidak akan berlaku lagi. Saya tidak kisahlah dorang siasat macam mana saya cuma perlu kata maaf dari mereka. 

Lain kali jangan sewenang-wenangnya 'mencuri waktu' pelanggan dengan hal-hal yang membuang masa. Pelanggan bukan masuk ke kedai tersebut untuk membuang masa melainkan mahu membeli barang kesukaannya. Apatah lagi mencuri dan menjadi perhatian sekeliling. Apa pun, sikap atasan The Body Shop sangat gentleman dan berjaya meraih hatiku untuk tetap memilih produk The Body Shop sebagai produk yang selalu mewujudkan aroma semulajadi yang menggoda. 

Peristiwa itu akan segera berlalu dan pekerja The Body Shop itu juga mungkin tidak selamanya disana. Bukan kerana dia dipecat tetapi, mungkin kerana dia telah melangkah setapak lebih maju dari hari ini. Dimana pun kaki melangkah, jadilah bijaksana.

Andai ini merupakan coretan terakhir saya sebelum Natal menjelma, terimalah salam Natal dari saya untuk semua pembaca budiman dan bertemu ditulisan akan datang selepas Natal atau pada tahun 2016. 

God bless !

8 Disember 2015

Berjaya Memiliki Set Kamera Xiaomi Yi Action Secara PERCUMA

Saya rela menjadi pilihan terakhir asalkan masih dalam kategori menang daripada hampir-hampir menang tetapi, ternyata tidak tersenarai dalam kategori menang. Pilihan terakhir itu masih mampu menikmati segala rasa senyum kegembiraan dibandingkan dengan mereka yang hampir-hampir menang tetapi, tidak menikmati erti sebuah kemenangan melainkan kekecewaan. 

Saya pernah terpilih sebagai pemenang utama Ribena dengan wang tunai RM6,000 juga, terpilih sebagai pemenang saguhati RM750 daripada AmBank dan dari beberapa stesen radio dengan tunai RM200 serta pelbagai voucher dan gadget. Untuk semuanya saya tidak mendabik dada berbangga bahawa saya adalah yang terbaik melainkan, untuk semuanya saya bersyukur dan percaya dengan usaha serta kesungguhan pasti membuahkan hasil. 
Set Kamera Xiaomi Yi Action
Berjaya mendapat Set Kamera Xiaomi Yi Action secara PERCUMA
Terbaru, saya berjaya memenangi set kamera Xiaomi Yi Action termasuk monopod, waterproof case dan kad memori daripada Etiqa Insurance dan Takaful. 

'asyik-asyik menang, macam mana menang?'

Caranya mudah. Lupakan internet untuk  sekadar bersuka-suka. 

Proses setiap kata-kata menjadi ayat yang indah dan kreatif. Jangan menulis asal ada, sebolehnya tulis dari hati kerana apa yang benar-benar keluar dari hati mampu menggegarkan saraf si pembaca. Tunjukkan kekuatan tulisan tanpa perlu 'menciplak' dari mana-mana sumber. Pengadil selalu suka sesuatu yang asli dan bukan sesuatu yang sudah diketahui olehnya.

Jujurnya, menulis menjadikan minda berkembang secara kreatif. Ketika mendongak ke langit secara semulajadinya banyak kisah akan terbit dikepala dan itu adalah idea. Ketika melihat tanah dan merenungnya secara semulajadinya banyak cerita muncul dan itu disebut idea. Terkadang peristiwa-peristiwa yang terjadi saya syukuri dari hati yang terdalam kerana ia memberikan sesuatu didalam hidup ini. 

Untuk tahun ini saja saya berjaya meraih pelbagai hadiah termasuk benda dan wang tunai dan itu boleh dianggarkan melebihi RM10,000.00. Semuanya melalui tulisan-tulisan kecil dan idea-idea semulajadi serta peristiwa-peristiwa yang dialami lalu diolah menjadi sebuah tulisan.

Untuk apa saya menyatakannya ia disini ? 

Maaf saya bukan membuka ruangan kecil dihati orang lain untuk berasa cemburu apatah, lagi untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk dipuji (pujian selalu membuat saya berasa bahawa orang yang memuji itu tidak ikhlas walaupun, sebenarnya mungkin orang itu ikhlas). Saya lebih memilih untuk tidak dipuji kerana ia hal yang kurang saya senangi melainkan orang itu adalah keluarga saya sendiri. Terkadang kata-kata hinaan lebih mengangkat saya menjadi lebih baik dan berjaya daripada orang lain. 

Kepada Etiqa Insurance dan Takaful terima kasih untuk set kamera Xiaomi Yi Action . Terima kasih kerana menyambut baik tulisan ringkas saya. Kemenangan seperti ini selalu membuat jemariku semakin aktif menulis dan berkarya. Menyanyi pasti bukan milikku tetapi, saya pasti mampu menghasilkan sesuatu melalui tulisan dan saya bahagia dengan apa yang saya miliki.

.....dibandingkan dengan pujian dan ucapan tahniah saya jauh lebih berasa istimewa dengan ucapan sepatah kata 'tahniah' daripada seribu pujian bertubi-tubi.

Pekerja The Body Shop, Suria Sabah Memalukan !

Wangian The Body Shop memang tidak pernah mengecewakan saya. Selalu memukau, selalu buat saya jatuh cinta. Auranya selalu membuat saya ingin memilikinya. Lagi best kedai The Body Shop tidaklah jauh dengan jarak pejabat tempat saya bekerja. Sangat dekat. Terlalu dekat. Sedekat haruman The Body Shop dihati saya.
The Body Shop, Suria Sabah
Produk The Body Shop yang sempat dibeli
Tengahari kelmarin saya masuk kedai The Body Shop, Suria Sabah. Hasrat dihati mahu membeli beberapa produk yang tengah hangat sale-nya. Seperti biasa sebelum membuat pembelian, saya  (saya pasti orang lain juga melakukannya) mencuba beberapa perfume baru yang katanya terbaru dan wajib dimiliki oleh semua pelanggan yang dihormati. Lagi pula disana ada tersedia produk untuk dicuba (menyembur perfume itu biasa sebelum dibeli untuk mengetahui wangian itu sesuai pada citarasa atau tidak).

Saya mencuba menghidu beberapa wangian sebelum membuat keputusan untuk membeli beberapa produk. Dengan gembiranya saya ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sebenarnya saya masih ingin melihat-lihat produk yang lain tetapi, memandangkan jam 1pm saya harus berada dipejabat maka saya harus membayar apa yang ada ditangan saya sebelum ia disahkan sebagai milik saya. 

Ketika memilih-milih barang seorang pekerja menghampiri saya dan memberikan bakul sebagai tempat saya meletakkan barang yang ingin dibeli. Ok, terima kasih. Saya tidak memerlukannya kerana saya tidak membeli banyak sehingga tangan tidak mampu memegang. Saya mengambil bakul tersebut dan meletakkan barang yang saya pilih lalu ke kaunter pembayaran.

Tiba di kaunter pembayaran seorang pekerja bertanya  dengan loghat Sabahan yang diatur dengan kemas namun ragu-ragu.

'perfume strawberry tadi kamu tidak mau ?'

'tidak.' saya menjawab dengan yakin.

'tadi saya tengok kamu cuba, saya fikir kamu mau'

salahkah mencuba dan salahkah tidak membeli apa yang dicuba ?

'oh, tidak. Saya mahu yang ini saja' saya menjawab tanpa syak apa-apa.

'sebab tadikan saya tengok kamu macam mau, tadi perfume tu kamu letak dimana? sebab saya tidak nampak ia ditempat asal.'

Setahu saya dan seingat saya, setelah mencuba menghidu wangian tersebut saya meletakkannya kembali ditempat asal dan bukan dimana-mana. Saya menjelaskan. Pekerja itu seakan tidak percaya. Dia berjalan kearah tempat dimana perfume itu sepatutnya berada namun, setelah saya memegang perfume itu kononnya hilang dengan ajaibnya tanpa dikesan.

oh tidak ! apa semua ini. 

'saya tidak menuduh tetapi, tadi saya melihat kamu memegangnya.'

cis ! tuduhan jenis apakah ini ? adakah saya sebodoh itu mencuri sesuatu yang bernilai dibawah seratus ringgit . Oh tidak ! seribu keatas pun saya tidak akan pernah mencurinya meski ia mungkin benda yang saya harapkan menjadi milik saya. Saya punya pekerjaan tetap dan gaji tetap yang jika mahu membeli sebotol perfume boleh saja bila-bila masa tanpa menggunakan duit orang lain apatah, lagi dengan cara mencuri. 

'kamu tunggu 5 minit'

ok tunggu punya tunggu ia mengambil masa lebih dari 5 minit. Dia check CCTV dan ternyata dia tidak menemukan apa-apa  yang menyabitkan kami bersalah. oh, ini sungguh pengalaman yang buat tulang-tulangku menua dengan cepat. Buat air muka ini dipandang serong oleh pelanggan yang keluar masuk kedai pada waktu itu. Setelah tidak menemukan tangan ini mencuri dan menyorokkan botol perfume itu didalam bag atau didalam poket atau dimana-mana celah anggota badan ini, dia keluar dan mahu memeriksa beg kami (saya dan adik saya). Dipersilakan dengan segala rasa terbuka. Juga mereka tidak menemukan apa-apa. Sesungguhnya ini pengalaman yang agak memalukan tambahan pula saya adalah wanita baik-baik dan bekerja dalam bidang profesional untuk sebuah syarikat yang mengendalikan banyak syarikat diseluruh Sabah dan beberapa syarikat luar Malaysia.

Ohhhh darah yang mengalir ditubuhku menangis beberapa saat menikmati sandiwara pekerja The Body Shop.

Setelah disahkan tidak mencuri apa-apa saya mohon kebenaran untuk keluar dari kedai itu dengan sebuah tempik sorak didalam hati 'lain kali buat kerja betul-betullah. Jangan suka-suka menuduh kerana itu menjadikan hari seseorang itu terganggu'. Syukur waktu itu mood saya sangat dalam keadaan baik 101%. Jika tidak saya pasti melenting.
The Body Shop, Suria Sabah
Kami membeli, kami membayar dan tidak mencuri
Ia tetap pengalaman yang tidak manis tetapi agak lucu kerana tiba-tiba dituduh mencuri. Diperiksa melalui CCTV, beg diperiksa dan hebatnya saya tidak marah kerana saya tahu saya tidak bersalah. Apa pun ia sangat menggangu saya dari segi masa dan air muka. Pesan saya kepada pekerja The Body Shop sila bekerja secara professional dan jangan suka-suka menuduh pelanggan seperti itu. Ia boleh merosakkan nama The Body Shop itu sendiri . Sila bekerja secara professional !

Sungguh, pekerja The Body Shop Suria Sabah memalukan diriku atau mungkin dia sedang berhalusinasi  melihat pelanggan mencuri barang-barang dikedai tempat dia menjadi kuli dan makan gaji. Bermasalahkah dia ? pada saya, dia memang bermasalah. Salahkah dia ? pada saya, dia salah dan memang salah kerana menuduh tanpa bukti dan mengatakan hala-hal yang tidak rasional, hal-hal yang tidak saya lakukan.

Pekerja The Body Shop, Suria Sabah sangat membuat fikiran saya terisi dengan hal bodoh yang menggerunkan. Jika hari kelmari saya tidak melakukan apa-apa dan merelakan ia berlaku begitu saja, ternyata peristiwa itu telah menggangu saya pagi ini. Bangun pagi hal itu terlintas kembali dalam memori saya dan ia sangat menjadikan pagi saya terganggu. Ia bagai mimpi ngeri yang direka-reka oleh orang lain untuk menjadikan hari seseorang itu menjadi tidak ceria. Kepada pekerja The Body Shop Suria Sabah sila bekerja dengan baik sebaik mungkin. Ingat semua barang-barang yang telah dibeli oleh orang lain sebelum ada pelanggan baru masuk kedai tersebut. Dikhuatiri barang yang telah terjual sebelumnya dianggap hilang dan dicuri oleh pelanggan baru yang baru muncul. Saya tidak menggunakan kata-kata biadap dan sebagainya kerana saya tahu siapa saya dan apa nilai hidup saya. Tidak semurah dan sebodoh apa yang pekerja The Body Shop Suria Sabah fikirkan.

Jika ingin bekerja lama ditempat itu, jadilah bijaksana. Jika pun mungkin saya tersilap letak kembali barang tersebut di tempat berbeza dari tempat asalnya tanpa saya ingat, pekerja harus peka kerana matanya melihat gerakan pelanggan disemua sudut kedai tersebut. Dia tetap tidak boleh menuduh.

Ketika keluar dari kedai The Body Shop itu, pekerja tersebut minta maaf kerana telah menyusahkan kami. Untuk apa sebuah kata maaf setelah menimbulkan onar ? untuk menutup rasa malu sendiri kerana menyusahkan orang lain ?

Tulisan ini saya tulis sebagai wadah memperbetulkan keadaan yang terjadi. Mungkin ada pelanggan yang melihat dan berfikiran songsang setelah melihat kami dituduh mencuri (meski pekerja The Body Shop itu mengatakan ini bukan tuduhan, justeru jika bukan tuduhan apakah nama yang tepat untuk hal itu? ). Sekurang-kurangnya ketika mereka membaca atau terbaca, mereka tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Kami tidak bersalah.  Kami tertindas oleh seorang manusia yang sedang berhalusinasi dan bersikap keras bahawa dia yakin dengan pasti dan tepat telah melihat kami adalah punca barang tersebut hilang dari pandangannya.

Berhentilah bermimpi dan lakukan tugas pekerjaan dengan tepat tanpa perlu menyusahkan orang lain.

20 November 2015

New Zealand Malaysia : Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah


New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Tempatnya sejuk dan asal sejuk  pasti hatiku teruja. Itu belum main baling-baling salji sambil leher dililit dengan mafela ala-ala Yoo Jin dalam drama Winter Sonata. Lenggokkan kepala kekanan, kebahunya sang dia yang disamping..oooh sungguh dramatik namun tak romantik, sungguh seperti cerita drama-drama Melayu yang buat penggambaran di luar negara dikala musim sejuk. Sikit-sikit drama cinta, sikit-sikit menangis, sikit-sikit...sikit-sikit....yang pasti drama Melayu banyak yang tidak logik. 
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah

Di hujung dunia yang sedang membangun saya menulis tentang tempat ini, satu kawasan pelancongan yang sejuk. Banyak lembu tersenyum menyambut kehadiran pelawat, senyum tak pernah hilang dari wajahnya. Kadang ia bermain mata dengan lembu betina si pengeluar susu yang hebat. 

buu....

itu nama singkatan bagi lembu betina. Susunya segar dan sedap. Sekarang susunya tidak sekadar susu untuk diminum tetapi juga, telah diproses menjadi aiskrim untuk dijilat-jilat hingga hilang dari pandangan. Juga ada waffle yang sedap. Juga ada yogurt yang segar. Juga ada pekerja yang manis senyumannya.
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Buuu.... lihat manusia-manusia itu, mereka menikmati susu-susu kita sambil selfie lagi. Pasti mereka sedang memuji kita kan buuu. Pasti mereka sedang update status di Facebook, twitter dengan kata-kata yang sangat mendunia. 
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
'makan aiskrim diladang tenusu Desa Dairy Farm, rasanya ummmhp super yummy !'

'lembu melihatku memakan aiskrim dari susunya...marahkah dia?'

oh lembu Desa Dairy Farm, Kundasang ...jujur saja saya tidak pernah update status seperti itu tetapi saya pernah melihatnya dilaman sosial, iya buu ada orang lain yang teruja dengan susu kalian. Saya pun suka tapi tidak pernah memuji kalian. Hari ini saya menulis untuk tujuan tersebut, memuji betapa sedapnya susu kalian wahai lembu-lembu Desa Dairy Farm Kundasang.
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Setiap kali ke Desa Dairy Farm, saya pasti membeli susu segar berkotak-kotak dengan harapan selepas meminumnya saya terkenal seperti lembu tenusu Kundasang. Namun, minum berkotak-kotak tidak pernah menjadikan saya terkenal ...oooh tidak ! tidak tidak tidak ! 

Saya suka Desa Dairy Farm Kundasang meski ada sedikit haruman lembu yang agak hmmmmm... dan itu saya sedia maklum. Itu membuat kesan yang segar didalam ingatan walau dimana pun saya berada. Kesan yang menumbuhkan rasa rindu pada Kundasang. Pada pemandangannya yang indah, seindah ladang tenusu New Zealand. Sememangnya ia terkenal dengan jolokan itu, New Zealand Malaysia.

Bila ke Desa Dairy Farm, diri ini bolehlah berlakon seakan-akan diri ini telah sampai ke New Zealand. Tanpa perlu menaiki pesawat, tanpa perlu membayar tinggi-tinggi. Yang penting kamera....yang penting selfie.... yang penting keindahannya dimiliki dan disematkan didalam sanubari sebagai kenangan dihari depan ketika diri ini telah berhijrah ke negara sebelah. *Ceh, saja berlakon* haha. :P

Kalau kabus tidak menyeliputi kawasan, gunung Kinabalu akan kelihatan terbentang luas, membiru dan mengasyikkan. Gambar akan kelihatan sangat menarik perhatian. Tidak perlu berwajah artis, gambar akan semulajadi menjadi indah. 
New Zealand Malaysia :  Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah
Berdiri sambil bergaya primadona sambil dibelakang lembu-lembu meragut rumput dan dibelakang lembu-lembu pepohonan hijau merimbun sambil ditiup angin pergunungan dan dibaliknya ada gunung Kinabalu tersergam indah. Boleh imagine-lah gambar itu nanti bagaimana cantiknya, aura kecantikan sejati terbit disitu. cewah ! 

upload gambar #MesilauKundasang #DesaDairyFarmMesilau

Komen 1 : wah cantiknya.....dimana tu ?

Komen 2 : Bila pergi New Zealand..tak ajak pun 

ceh.... biar komen banyak sikit, baru reply

ala...pergi hari tu. Tempatnya cantik weh ! sejuk lagi... 

Mahu tau lebih, pergilah ajak kekasih hati pengarang jantung korang tengok lembu di Desa Cattle sambil kongsi makan aiskrim, sambil cerita-cerita betapa comelnya lembu-lmbu disana..ceh, walhal semua lembu sama saja senyumannya :D

Oh, terlupa...lembu-lembu di Desa Dairy Farm, Mesilau diimport khas dari New Zealand, wajahnya rupawan sama seperti lembu-lembu di New Zealand sebenar. 

18 November 2015

Tiba Waktunya Saya Ke Italy

Italy.

Apa ?? kita akan ke Italy ?

Oh, terima kasih , terima kasih, terima kasih.

Iya. Kita akan ke Italy, bercuti disana. Pusing-pusing kota romantika itu. Jalan-jalan sambil melihat matahari terbenam dan berpakaian gaun panjang bertopi ala-ala ratu England. Tersenyum miring tanpa mengeluarkan semua gigi yang ada.
Tiba waktunya saya ke Italy
Menarik nafas lega kerana akhirnya mampu menginjakkan kaki di kota idaman sejak azali. Di kota dimana hero filem Meteor Garden lakonan Jerry Yan A4 berkejar-kejaran dengan kekasih hatinya yang bodoh dan lurus bendul. Aaah, kota Italy sangat indah pada pandangan mata kasar ku. 

Berapa ya pakej pelancongan ke sana ? setahu saya agak mahal tetapi, semahal apa kah itu. Kalau ia percuma atas tajaan atau mungkin lebih indah disebut sebagai hadiah, saya tidak mahu tahu berapa jumlah tersebut. Cukup sekadar menikmati segala pemberian tersebut.

2015 bukan tahun yang tepat untuk melawat Italy. Sekurang-kurangnya itu kata kewangan saya. Ikutkan rasa, bila-bila pun saya mahu. Malangnya, saya belum menjadi seperti orang lain yang bila mahu boleh terus dapat. Ciss ! terkadang saya iri dengan mereka tetapi untuk apa iri ? kerana mereka kaya ? eh, tidak. Pastinya tidak. errr mungkin sedikitlah . Apa pun, saya bahagia dengan keadaan sekarang atau sebenarnya saya sedang berpura-pura bahagia ? 

Tidak !

Saya sedang bahagia juga sedang belajar membangun diri kepuncak jaya atau mungkin ia lebih tepat jika kita sebut sebagai ke Italy. Eh, sungguh inginkah saya ke sana, kenegeri cinta itu ?

dia : marilah ke Italy. Saya belanja.

Hati melonjak setinggi awan kota Jesselton. Saya lebih dari mau jika kau benar-benar maksudkannya.

aarrhh....tewas dalam bayangan pintu semata-mata. Ternyata ia bukan kenyataan. Ternyata ia hanya 'andainya...' 'jikalau...' dan yang sama maksudnya.

Harusnya saya berusaha sendiri dan berbicara pada hati sendiri dan berharap Tuhan juga turut merasakan keinginan hati ini. Jika Ia berkenan, suatu hari saya pasti melawat Italy.

Pasti !

Pasti, pasti, pasti !

Yang pasti setiap tahun saya harus melawat satu negara yang bukan kelahiranku. Yang namanya luar negara harus kujejaki minima satu negara dalam satu tahun.

Saya malas bermimpi yang bukan-bukan. Saya mahu bermimpi dan mampu menjadikan mimpi itu bukan lagi tanda tanya ~~~ sudah pergi Italy ?

Indahnya jika jawapannya adalah

........ya, beberapa minggu yang lalu.

haha..mimpi itu siapa pun boleh cuma menjadikannya realiti sungguh harus ada komitmen yang tinggi.

Untuk yang satu ini saya belajar untuk berkomitmen, menabung dan mencari orang kaya itu. haha. Maksud saya kaya moral dan ..........

Ciao ! 

17 November 2015

Terima Kasih Fly FM

Saya mungkin seorang pemimpi kerana saya suka tidurlah maka saya mengatakan demikian. Kadang mimpi itu sangat membuat hari saya terganggu luar biasa sekali. 

Pernah ketika saya masuk kamar mandi, sempit lagi dan dinding-dindingnya kayu dan ada rumah labah-labah...TIBA-TIBA sesuatu sepertinya berjalan-jalan dibelakang saya. Kaku seketika. Jantungku antara organ paling setia didalam tubuhku terhenti seketika.

Gulp !

Apa itu ? 

Saya tidak melihat hidupan itu. Saya undur hingga benar-benar tersandar di dinding berusaha membunuh hidupan itu. krek kreek kreeeek ...bunyi tulang hidupan itu patah dan kurelakan ia pergi selamanya kerana itu memang niatku.

...untuk pertama kalinya dalam hidupku, kurelakan tubuhku tersentuh dengan hidupan itu. Satu ciptaan Tuhan yang paling saya tidak sanggup untuk bersentuhan dengannya. Tidak dalam mimpi apatah, lagi dalam alam nyata.

Tidaaaaak sekali ingin ku sentuh. Cicak, bersentuhan dengannya mampu membuat saya mati strok. :D

Syukur, ia hanya mimpi. 

Saya benci mimpi jenis itu.

Tapi mimpi jenis ni saya suka, menang duit , dapat duit ! beberapa hari yang lalu Fly FM sebuah stesen radio ada buat kontes, tanya-tanya jika saya punya RM200 apa yang saya lakukan dengan duit tersebut. 
Fly FM
mmmm..... ok, saya duduk memandang dinding sambil jari bermain-main dengan pen Faber-castell buatan Malaysia. RM200 ? zaman sekarang RM200 itu apalah sangat nilainya. Masuk kedai plastik pun tak penuh dengan hasil belian. 

Melihat dinding ternyata tidak mendatangkan inspirasi. Ok, mari bermimpi dan jadikan mimpi itu sebagai sesuatu yang indah dan kreatif.

Cak!

Eh, itu bukan cicak maksudnya. Maknanya sesuatu terlintas dikepala ini dan ia adalah kata-kata yang indah untuk dicoretkan dan diberikan kepada Fly FM. 

...dan ternyata Fly FM suka akan tujuan RM200 itu digunakan lalu saya terpilih sebagai salah satu pemenangnya. Yahooo.... ini menjadikan kemenangan kali ke-2 saya bersama stesen radio Malaysia. 

Terima kasih Fly FM !

11 November 2015

Kg. Taginambur, Pekan Nabalu : Tersenyum Dalam Kabus Pergunungan

Persekitarannya masih sangat bersahabat dengan alam hijau, udara lembut membelai kulit. Sejuk tak menusuk tulang, panas tak membakar wajah. Penduduknya masih kaya dengan nilai kampung - mesra dan saling hormat sesama insani.
 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Saya selalu ingin dan selalu mahu ikut serta bilamana ada ajakan untuk ke suatu tempat yang kaya dengan alam dan disayangi kabus pergunungan. Kesegaran terasa hingga ke paru-paru tanpa,  perlu menghirup udara asap-asap kereta, asap-asap rokok dan banyak asap lainnya :D Saya ingin punya kampung seperti ini. Segarnya hingga ke tulang sumsum . 

 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Kg. Taginambur merupakan kampung lelaki pertama pemilik wanita bernama saya. Dia membesar disini, menjadi budak nakal disini sebelum dewasanya berhijrah ke kampung lain dan menjadi penetap tegar dikampung lain lantaran, rajinnya ibubapanya yang juga merangkap datuk dan nenek saya mencari tanah sebagai dijadikan aset meneruskan hidup dinegeri tercinta ini.
Minggu lalu berjaya menjejakkan kaki di kampung ini sekali lagi kerana ramainya kerabat bapaku masih disini dan salah seorang darinya menamatkan zaman bujangnya. Sebagai kerabat kami sekeluarga dijemput. Sebagai menghormati, kami hadir.
 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu

Bersalam dan saling membagi senyum diantara sesama sebagai tanda 'lama tidak berjumpa' 'gembira bertemu denganmu disini'..............terkadang kata dari bibir tidak diperlukan, cukup tersenyum sebagai  ganti bicara.

 Kg. Taginambur, Pekan Nabalu
Seperti biasa, dimana ada destinasi baru disana ada yang namanya sesi bergambar. Kampung Taginambur, Pekan Nabalu sebuah kampung lembah yang permai dan penuh kehijauan.

6 November 2015

Saya Bukan Lagi Pengiklan Nuffnang

Nuffnang pergerakan duitnya terlalu perlahan dan lambat nak banyak. Macam kura-kura atau macam siput ? dua-dua boleh disamakan.

'ala, sikit-sikit lama-lama jadi bukitlah'

Masalahnya, saya kurang sabar menunggu pergerakan yang begitu lambat. Hari ini saya dengan yakinnya membuka iklan-iklan nuffnang dalam blog saya. Mahu tunggu berapa lama ? 

'alaaaa, tunggulah kejap lagi'

Kejap lagi, kejap lagi. Maaf saya malas menunggu yang 'sekejap' itu. Lebih mudah mengatakan selamat tinggal daripada bertahan tanpa hasil. Yang sudah dapat beribu-ribu lemon lain ceritalah....pasti cakap saya salah strategi. mmm salahlah sangat (haha).
Saya Bukan Lagi Pengiklan Nuffnang
Kini saya bersama Adsense pula. Yeah ! setelah agak lama mengintai peluang Adsense, hari ini saya diterima. 

'oooh, rupanya dah ada yang lain'

Lebih baik menerima yang lain daripada bertahan untuk sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Semoga ikatan bersama Adsense membuahkan hasil yang lebih daboom !! 

Saya tidak memburuk-burukkan Nuffnang tapi, bagi mereka yang sedar hakikat betapa kedekutnya Nuffnang maka anda tahu mengapa mengucapkan selamat tinggal itu adalah tindakan yang rasional dan berbaloi. Eh, sebenarnya sudah ramai yang beralih arah meninggalkan Nuffnang. Saya bukan yang pertama, mungkin orang terakhir yang meninggalkan Nuffnang...ooh betapa lambatnya saya bertindak ucap 'bye-bye Mr Nuff''.

Selamat tinggal Nuffnang dan Hello Adsense.

5 November 2015

Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG

Saya berada di negara Laos tetapi, saya kurang pasti Laos itu bagaimana. Setahu saya Laos itu memiliki banyak stupa-stupa dan jika kamu bertemu satu darinya sama ertinya kita telah melihat semuanya. Rupanya hampir sama. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Pasar Laos, seperti hidup dalam lagenda rasanya
Saya tahu satu tempat yang terkenal di Laos, namanya Air Terjun Luang Prabang. Kebanyakan pelancong ke Laos melihat ciptaan itu. 

Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Kanak-kanak Laos menyambut kedatangan kami
...dan saya ke Laos hanya sekadar menikmati pasar didalam hutan !
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
..dan saya berada di negara Laos
Jika kamu pernah melihat cerita pendekar atau pun kungfu Cina, korang pasti perasan yang pasar mereka selalunya seakan-akan berada di dalam hutan. aaaah kira-kira begitulah pasar Laos yang telah saya lawati. Dalam hutan tu ada pasar !

Pasar tu pula ala-ala pasar hujung minggu jika di Malaysia atau pasar malam. Macam-macam dijual ! ada kain, cenderamata, kedai makan, herba-herba dan macam-macam lagi. Harga barangan adalah berpatutan dan saya sempat membeli beberapa helai baju 'I love Laos because somebody love me' dan juga keychains. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Pengangkutan yang ada
Sebenarnya pasar ni berada dipinggir Sungai Mekong. Tiada rancangan pun untuk kesini, semuanya rancangan kilat sekilat-kilatnya :p syukurlah duit tidak terbang tinggi mengudara dengan pantas. Jika tidak, sekadar menjejakkan kaki sajalah tanpa membeli apa-apa. 

Namun, seringkali alasan terjadi jika duit tidak cukup pada kehadiran pertama ia bermakna kita harus datang lagi untuk kali ke dua untuk menebus apa yang kita ingini tapi tidak tercapai kerana duit tidak mengizinkan. Benarkah ? mungkin. Mungkin juga tidak. 

Menyeberang Sungai Mekong dari Thailand sangat mengujakan. Sempat jiwaku diketuk rasa andai bot yang dinaiki itu terbalik..selamatkah kami ? sungainya sangat tidak jernih bak warna milo kegemaran ramai rakyat Malaysia. Mereka suka pasti kerana slogannya ' minum, minum milo and jadi sihat dan kuat' . ok, begitulah warna sungai Mekong. Tidak jernih tapi menjadi kegemaran para pelancong untuk menuju satu destinasi ke destinasi lain tanpa menggunakan jalan darat. 
 LAOS melalui Sungai MEKONG
Antara pemandangan di pesisiran Sungai Mekong
Menaiki bot sangat hebat bagi saya. Terlalu jarang menaiki bot membuat saya selalu teruja namun, satu-satu hal yang seringkali mengganggu perasaan saya adalah imaginasiku selalu bercerita jika disana ada sekumpulan buaya maka............sesuatu yang buruk pasti berlaku. Bot terbalik dan para buaya pasti bersorak riang dalam pesta menikmati dagingku. oh, tidak !

Sungai Mekong sangat luas dan panjang sehingga mampu menghantar anda ke Yunan China...jika mahu mencuba, silakan bayar lebih dan bot akan menghantar anda sehingga ke negara China bahagian Yunan.  Jika pun duit saya banyak, laluan itu bukanlah pilihan saya. Jika pun saya menerima ajakan, laluan itu bukanlah pilihan saya. Atau mungkin saya perlu mencubanya satu kali ? saya perlu berfikir 12 kali.

Laos dan Sungai Mekong tiada dapat dipisahkan. Ia menjadi penghubung tercepat antara Thailand dan Myanmar. Berenang mungkin tidak boleh kerana arusnya deras dan mungkin ada buaya sedang menanti isi perut anda untuk dibaham... oohh, membayangkannya pun saya tidak sudi apatah lagi bermanja-manjaan dengannya. 
 Sungai MEKONG
Nikmati dan kecaplah bahagia
Oh, maaf saya terlupa fakta bahawa sebenarnya Sungai Mekong tidak dihuni oleh buaya, yang ada hanyalah buaya darat dan jauh dari pinggir sungai , mungkin ditengah kota besarnya. hehe. Sepanjang berada di dalam bot jemari ku sempat menyentuh air sungai itu. Airnya sejuk meski mentari waktu itu sangat membakar kulit.  Rasa bebas dan tenang. 
Indahnya Sungai Mekong terlihat dari Laos
Saya sebenarnya lupa yang saya merupakan seorang pekerja pejabat tiap kali berada diluar negara. Betapa manisnya rasa jika berjalan-jalan sahaja tanpa memikirkan diri berada dalam bangunan selama 8 jam setiap hari keculi sabtu dan ahad. Diri terkurung diantara konkrit-konkrit sambil pemandangannya hanyalah kertas,  fail biru dan komputer. whoaaa !! sakitnya tuh disini (hahaha).

Apa pun kehadiranku di tepi-tepi negara Laos, cukup menguatkan rasaku untuk kembali lagi ke negara itu. Melawat kotanya dan bertemu dengan penghuninya. Semoga keinginan itu tercapai pada tahun 2016 kerana tahun ini jadualku telah penuh dengan pelbagai program. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
ku ukirkan senyuman istimewa buat Laos :p
Laos adalah sebuah negara yang sebaiknya nikmati pengalamannya. Jangan pergi kesana untuk WOW tempat pelancongan atau shopping mall-nya. Lawati Laos dan nikmati.

Kerana itu untuk banyak hal saya suka perkataan nikmati saja dan anda akan bahagia. Berdiri di hujung Laos, saya bahagia kerana saya menikmati rasa itu apa adanya.

29 Oktober 2015

Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand

Benar, saya selalu melihat dokumentari tentangnya ! betapa terkenalnya floating Market di Bangkok dan kalau ke Bangkok tidak sah jika tidak naik perahu sambil melihat jualan disepanjang sungai tersebut. Saya mendengar tentangnya, saya membaca tentangnya..........dan akhirnya saya sendiri menulis tentangnya setelah berjaya menjejakinya.

Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Kota Bangkok terlalu banyak sajian untuk mata terutama para penggemar shopping dan sungguh, jika dilihat dimana-mana mudah sekali untuk anda mendapatkan sesuatu dengan harga yang murah. Saya membeli bila saya suka dan benda itu dianggap berbaloi untuk saya miliki dan itu cukup membuat anda tahu bahawa saya bukanlah kaki shopping. Saya lebih suka kepada alam dan bersahabat dengannya, menikmatinya dalam hadir jejak langkahku. 
Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Ini bukanlah kehadiran pertama saya dinegara Thailand, ia adalah yang ke dua selang beberapa minggu sekembalinya dari Chiang Mai bertemu gajah dan menyentuhnya untuk pertama kali dalam hidup. mmm....yang penting saya akhirnya berjaya menunggangnya dan menikmati keindahan kumpulan gajah yang bijak. 

Damnoen Saduak agak jauh dari Kota Bangkok tetapi agak berbaloi membayar perkhidmatan kereta menuju tempat itu berbanding membuang duit semata-mata untuk melihat show para pondan ditengah kerlipan malam kota Bangkok. 

Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Untuk menaiki perahu di Damnoen Saduak Floating Market, tiket harus ada. Bayaran saya kurang pasti sebabnya kami bayar lump sum RM70 seorang dan itu termasuk transport dari Hotel Baiyoke hingga ke Damnoen Saduak. Bertolak dari hotel selepas sarapan pagi kira-kira jam 7.30 am dan tiba di floating market kira-kira jam 10 am. Jauh memang agak jauh tapi, demi sebuah keinginan dan pengalaman itu bukanlah masalah besar. hehe. bukankah, jauh perjalanan luas pemandangan ? jika demikian kenapa harus difikirkan sangat soal duit dan masa ^^ . Paling penting nikmati setiap peluang yang ada sambil menebarkan senyum pada orang sekitar. Jangan biarkan senyuman kita hanya pada orang terdekat saja, sekali-sekala berikan juga ia pada orang yang kita temukan buat pertama kali...siapa tahu, dia lagi membutuhkanya. 
Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Damnoen Saduak Floating Market atau pasar terapung ni menawarkan banyak sekali pilihan sehingga rambang mata memandang. Namun, harus diingat juga bahawa kawasan ini merupakan kawasan pelancongan dan harga yang ditawarkan terkadang lebih mahal dari barang-barang yang dijual dikedai biasa. Walau bagaimanapun, jika anda bijak tawar-menawar anda pasti mendapat harga yang murah. Jangan terus beli dan berlagak seperti orang kaya yang tak pernah  habis duitnya.

Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Kawasan ini sangat sesak dengan pengunjung dan kebanyakannya adalah orang puteh, terkadang perahu dan boat bergesel diantara satu dengan yang lain. Pengalaman disini memang  sangat mengujakan ! oopss, terkadang para peniaga akan menarik perahu yang dinaiki dan menyuruh anda untuk membeli barang jualan mereka. Boleh melihat-lihat barang jualan mereka tetapi, terkadang rasa serba salah setelah melihat dan bertanya tetapi, tidak membeli barang jualan mereka. The best is, jangan bertanya dan cukup melihat dari jauh. Tak perlulah pura-pura berminat untuk membelinya jika hati memang tiada keinginan untuk membelinya. Buang masa para peniaga melayan anda dan menghalang lalu-lintas bot/perahu yang lain. Cukup sekadar senyum dan geleng kepala menandakan anda tidak minat. 
Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Apa pun, pengalaman menaiki perahu shopping di  Damnoen Saduak memang hebat ! pertama kali kepasar naik perahu (hehe). Sepanjang hilir sungai penuh sesak dengan peniaga dan bahan jualan masing-masing. 
Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Pemandu perahu kami adalah seorang wanita dan sangat mesra sebenarnya. Masalahnya dia tidak pandai berbahasa inggeris...satu-satunya bahasa inggeris yang dia tahu adalah mango dan itu ketika dia membawa kami mengelilingi kampung air Damnoen Saduak...dia terlihat mangga dan mengatakan mango ! yeahh......dia tahu berbahasa inggeris satu perkataan. :P

Makanan, buah-buahan, pakaian, cenderahati dan pelbagai jenis jualan boleh dilihat di pasar terapung Damnoen Saduak. Bagi penggemar shopping mungkin ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Silap sikit, dari pagi hinnga malam masih didalam perahu untuk shopping. Oh, selepas puas menaiki perahu mengelilingi pasar terapung, pemandu perahu akan menghantar ke stesen akhir dan jangan pernah lupa tips untuk pemandu tersebut. Suka hatilah berapa nilai yang hendak diberi tapi, harus ada. ya, itu kata orang sana TIPS harus ada sebagai tanda terima kasih. 
Damnoen Saduak Floating Market, Bangkok Thailand
Next destination, Vietnam......... tapi, sebelum tu saya akan ke Indonesia sekali lagi. Kota kreatif yang banyak cerita pastinya.

27 Oktober 2015

Bertemu Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran

Saya suka filem Everest dan ingin sekali memiliki buku-buku tulisan para pendaki Gunung Everest seperti The Thin Air, The Climb dan sebagainya, siapa pun dia dan dari mana pun asalnya tulisannya pasti menginspirasikan. 
Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran
Photo from Ravi's FB
Filem Everest jika  diamati benar, film ini memberikan banyak sekali pandangan tentang naik gunung, teknik pendakian, teknik survival, teknik persiapan sampai pengurusan pendakian. Seharusnya para penonton tidak hanya terkagum melihat bagaimana gagahnya Everest dan berbunga hati ingin mendaki, lihat juga bagaimana detail dan rapinya pembahagian tugas yang dilakukan dalam pendakian. Ya, kerana pendakian itu tak semata soal menggapai puncak. 

Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran
Kisahnya penuh inspirasi !
Pendaki Everest mungkin ramai tetapi, yang berjaya hingga puncak tertinggi boleh dikira dengan mudah. Beberapa tahun yang lalu saya berjaya bertemu dengan pendaki Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada tahun 1997 - M. Magendran , mendaki bersama sebagai satu team ke Puncak Gunung Kinabalu. Saya pernah terbaca satu tulisan berbunyi demikian : Naik gunung adalah olaraga yang paling jujur kerana tanpa penonton''. Mungkin ada benarnya. Tanpa penonton tetapi, tetap melangkah hingga puncak tertinggi. 

26 Oktober 2015, saya dan beberapa rakan menghadiri Motivational Talk oleh pendaki negara T. Ravichandran seorang pendaki solo yang  telah berjaya menakluk Gunung Everest sebanyak dua kali dan akan mendaki gunung Everest untuk kali ketiga  dan tanpa oksigen. whoaaah ! mau join ? hehe ^^ kalau mampu bolehlah cuba-cuba :P
Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran
Dalam Motivational Talk ini banyak hal yang dikongsikan bermula dari pengalamannya mendaki gunung-gunung diseluruh dunia, bagaimana dia kehilangan teman-teman disepanjang ekspedisinya menakluki puncak-puncak gunung, mountain sickness and challenge in mountaineering, risiko-risiko yang dialami ketika mendaki dan banyak lagi.  Sempat terfikir olehku, untuk apa sebenarnya seorang pendaki mendaki, bersusah-payah bahkan sehingga mengalami risiko kematian. 

Jerzy Kukuczka, seorang pendaki Poland yang berjaya menjadi orang pertama yang berjaya menggapai The Crown of Himalayas pernah berkata, ''I went to the mountains and climb them, thats all''. Hanya itu ? oh, sederhana sekali. 

Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran
YB Datuk Pang, Assistance to Minister of Tourism, Culture & Enviroment Malaysia (2nd left), Ravichandran Tharumalingam, Taib Wahab Deputy President National Tourism Council (NTC) Malaysia & Dr Jamili Nais CEO Sabah Park
Taib Wahab, Deputy President National Tourism Council (NTC) Malaysia bertanya 'apa perasaan korang bila sampai dipuncak gunung? jawapan kami adalah kepuasan. Hanya itu ? yup, hanya itu. Ingin memuaskan diri sendiri. Namun, disepanjang perjalanan menuju puncak pelbagai kisah dan pengalaman berlaku dan itu membuat diri kita semakin baik. 

Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran
antara yang sempat bergambar ^^ :D
Bertemu dengan Ravichandran merupakan pengalaman yang indah, mendengar kisah yang menginspirasikan tidak sekadar melalui media tetapi face to face. Saya tidak tahu bagaimana menuliskan semuanya disini. Seorang ikon negara yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dipuncak dunia, tidak sombong dan saya berjaya bertemu dengannya. Yeah ! Thanks Mr Ravi. God bless you.
Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran
Bersama Ice man Malaysia
Pendaki Solo Gunung Everest - Ravichandran
Kisah lanjut tentang Ravi boleh dilihat melalui fan page Challenge Your Summit - Ravi Everest  

Sejengkal lebih dekat
Menyentuh langit
Meremas awan

Jika ingin kekal positif, tetaplah bersama dengan mereka yang positif !

22 Oktober 2015

Pencabut Ubi Profesional Bakal Bertukar Status

Tarik nafas, hembus nafas, tarik lagi, hembus lagi ...sehinggalah suatu detik yang terpilih ia akan berhenti untuk selamanya. 

Kadang kita merasa hidup ini tidak selalu berjalan mulus seperti  apa yang diinginkan sesaat di dalam kesepian, tersesat tanpa tujuan, dan galau tanpa jawapan tetapi, jika kita mampu mempergunakan "sesaat" ini untuk lebih mendekatkan diri kita dengan diri kita yang terdalam maka kita akan mengerti. Cubalah untuk lebih mengerti dirimu, baca lebih banyak buku, pergi melakukan hal-hal yang bererti, lupakan orang yang perlu dilupakan maka, apa yang telah kita lakukan selama didalam "sesaat" ini akan menerangi jalan di depan kita dan membuat diri kita lebih dewasa dan bijaksana.

Jadi, apa yang kita alami sekarang ini tidak seburuk dengan apa yang kita bayangkan... kelihatan hidup ini memang sedang tidak baik, sebenarnya kita sedang dibawa menuju apa yang kita inginkan.

ooh, ternyata lamanya tidak menulis menghasilkan pula post ini, tulisan kedua untuk hari ini. Sedikit kata-kata untuk meninjau masa depan (cewah!). Ditengah 'relaxnya' hari ini tanpa kerja mengarahkan  kepala dan jemari ini untuk berfikir dan menulis. 
Pencabut ubi kayu
Dahulu saya hanyalah seorang budak yang hebat bermain 'zero point' tanpa selalu menerima kekalahan. Hari ini permainan itu hanya tinggal kenangan. Dahulu saya merupakan seorang budak kampung yang rajin mencari biji getah untuk dipertandingkan dengan kawan-kawan 'siapa pecah, dia kalah'. Hari ini ia hanya sebuah kenangan. Dahulu saya merupakan seorang budak yang hanya ingin selalu dibawa oleh ibubapa ke pekan kecil untuk menikmati betapa indahnya hidup itu. Hari ini ia bukanlah sesuatu yang menghairahkan lagi. 

Ternyata segala sesuatu punya waktunya. Apa yang menarik dan selalu membuat hati tertawa dahulu, hari ini ia tidak seperti itu lagi. Segala sesuatu mengikut peredaran waktu yang tepat untuk dialami oleh kita. 

errr..sebenarnya saya hanya ingin menulis  bahawa kawan saya mencabut ubi kayu dahulu tidak lama lagi akan bertukar status menjadi ma-ma... (weew) :D kami merupakan geng pencabut ubi dikala yang lain sibuk membuat khemah kecil untuk bermain mama-mama (haha). 

Pencabut ubi kayu profesional....haha , maafkan saya tentang tajuk diatas ia hanya satu dari beratus rahsia kita dikala jonjongot...wakakaka.... Love you ! :D

Oh Chiang Mai, Asal Dari Filipina ?

Hari ini setelah sekian lamanya tidak menulis, saya menulis kembali. Disini. Tempat yang selalu membuat saya bebas menyuarakan segala rasa, tanpa peduli. Biadap kata-kataku, tiada siapa dapat menghalangnya. Namun, saya selalunya bersikap baik pada kata-kata untuk tatapan kalian.

Mt Sutherp
Tulisan ini sepatutnya saya tulis tiga bulan yang lalu (mungkin) sebelum saya kembali untuk ke dua kalinya ke negara gajah itu pada bulan July (nanti saya tulis kisah itu, sabar). Namun, jika sekadar mencoretkannya disini, tiada makna kata cepat atau lambat. Suatu hari ia hanyalah sebuah kenangan. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menceritakan disini. Baca dengan jiwa juga ya biar segala rasa yang saya alami dan nikmati ketika berada di Chiang Mai dan Chiang Rai, Thailand meresap dalam hati dan rasa ingin bergurau-senda tawa riang di kota itu terbit dalam hatimu. gitu ? :D

Oh, Chiang Mai

Saya suka menyebut kota Chiang Mai sebagai kota yang sopan dan ramah. Penuh budi bahasa lembut dan suka tersenyum. Ia bukanlah kota yang sibuk jika mahu dibandingkan dengan Kota Bangkok. Ia sangat sentimental sesuai dengan jiwa saya yang agak romantik dan sentimental (hahaha). Part sentimental dan romantiknya jiwaku merupakan bahagian yang tidak patut dipercayai kerana ia bukanlah demikian, makanya jangan terpengaruh.

Chiang Mai terkenal sebagai tempat banyak filem difilemkan, kotanya indah dan bersih. Belum begitu banyak pembangunan. Tidak pula sehebat kota lain dengan saujana mata memandang kota dengan banyak bangunan mencakar langit. Untungnya, ia tidak seperti itu kerana jika YA saya tentu bosan. Syukur kota Chiang Mai dan Ching Rai mewah dengan alam hijau dan masih kurang pembangunan dari segi bandar dengan bangunan tinggi-tingginya.

Chian Mai Thailand
Orangnya ramah, suka menegur tetapi malang sungguh saya belum pandai berbahasa Thailand. Andai pandai sepandai mereka, pastinya banyak cerita keluar dari mulutku tentang kisah negeriku hinggalah kisah cintaku  (OooOh ha ?). Perjalanan selama hampir seminggu di Chiang Mai memberi seribu kenangan dan pengalaman yang berharga dan indah.

Backpacker ?

Tidaklah. Kami ikut travel agent yang bernama Good Season. Tour guidenya memang terbaik-lah ! itu saya belum catatkan ciri-ciri senyumannya yang manis dan ....  (?) hehe. dia berbahasa inggeris dan sangat ramah. Mukanya ala-ala bangsa saya jugalah hensem dan bijak. Gitu ? (teka apakah bangsa saya ?) hehehe. Pemandu kereta yang kami naiki juga sangat peramah, suka berbicara tetapi kata yang saya fahami cumalah sawadika(p), selebihnya saya sepertinya mendengar gajah berbicara kerana sepatah pun saya tidak fahami. Suka membantu dan (oh, ya bila dia melihat saya kepanasan dibawah teriknya mentari Chiang Mai dia dengan baiknya memberi payung....eh, siapa-siapa pun akan melakukan itu untuk tuan puteri seperti saya...hahaha) . Itu sudah cukup membuat saya suka pada Chiang Mai.

Hanya itu ?

Sebenarnya tidak. Kota Chiang Mai sangat tenang. Lemah lembut dan segar. Terasa seperti berada dikampung halaman sendiri cuma bezanya, bahasa dan makanan. Tempat tinggal kami adalah Holiday Garden Hotel, menghadap Gunung Sutherp. Makanannya sedap, murah-murah dan boleh dijangkau oleh bajet pada minggu itu. Sempat menikmati rasa sebagai seorang pelancong yang benar-benar melancong. Tapi kan, kadang-kadang diri tak terasa benar-benar sebagai pelancong kala berada di Thailand kerana wajah-wajah orang disana seakan-akan bila saya melihat cermin saya melihat rupa mereka juga, lebih kurang begitulah definisinya wajah orang Thailand dengan wajah Borneo seperti saya. Mereka fikir 'eh, ini orang Thailand bahagian mana ni' (gitu) hehe... ok ok kita adalah penghuni negara Asean jadi, wajar jika wajah kita saling ada iras-iras sikit. Ala-ala keluarga lah.

Masalahnya tour guide dan juga pemandu ketika itu berfikir bahawa saya ini orang Filipina? cepat-cepat tengok cermin, beginikah muka orang Filipina ? tak puas hati. Senyum sikit sambil berselfie, tengok hasilnya....beginikah wajah orang Filipina ? oooooh pasti mereka ini terpengaruh dengan filem Filipina, pelakonnya cun-cun belaka. Seksi-seksi belaka. Merah-merah bibirnya. Ceh ! baiklah, wajah saya seperti orang Filipina. errr, kalau saya ke Filipina adakah mereka akan berkata eh, muka ini seperti wajah mereka ? saya pasti tidak juga tapi, kalau saya ke Indonesia mereka pasti mengingat saya adalah warga Indonesia. opps !^^ eh, tapi kemudian mereka juga berkata bahawa wajahku juga sama dengan orang Thailand. *lalu ketika menulis perenggan ini, saya merasakan bahawa ketika anda membacanya kemungkinan besar ada sedikit rasa mual dan mahu muntah, pesanku...nikmati saja rasa itu* XD

Beberapa jam setelah mendarat di Lapangan terbang antarabangsa Chiang Mai, tempat pertama yang dilawat adalah 3D Museum. Sudah namanya 3D maka tempat itu tidak dilihat hanya satu dimensi tetapi 3.  Senang bicara bangunan penuh dengan lukisan yang mewakilkan banyak perasaan dan keadaan. Toleh kiri, sudah berada di Mesir, jalan kanan sikit tiba-tiba sudah berada di Australia, kejap ada dikayangan kejap lagi ada dilautan pasifik. Weew ! kejap terasa bagai dewi kejap terasa bagai jelitawan duyung. Hakikatnya, memang best! yang tidak syok bila mana waktu yang diberikan sangat terhad kerana semuanya harus ikut jadual agen.. next time mau jalan-jalan sendiri tanpa diikat tali masa sang travel agent.

Sepanjang berada di Chiang Mai banyak tempat yang dilawati termasuklah tempat yang selalu saya impikan untuk melihatnya dari dekat iaitu suku leher panjang atau the long neck Karen Tribal Village. Etnik dan budaya leher panjang sudah tidak banyak kerana etnik dan amalan memanjangkan leher turut dianggap alien oleh kerajaan Thailand. Suku ini hanya boleh dilihat dikampung-kampung tertentu atau dikawasan pelancongan sebagai salah satu tarikan pelancongan. Saya selalu tertarik untuk mengetahui budaya etnik ini dan kumpulan leher panjang ini tidak hanya terdapat di Thailand tapi juga, di Myanmar dan Laos. Leher mereka dikelilingi oleh gegelung tembaga yang berat semenjak dari kanak-kanak. Pada mereka semakin leher panjang, semakin jelitalah mereka.

Karen long neck tribe
Perempuan etnik leher panjang lawa-lawa, putih-putih melati lagi, cuma golongan ini agak terbelakang dari segi pendidikan dan kemajuan. Ada masa dan duit, saya pasti akan datang melawat Chiang Mai sekali lagi. Dahulu melihat mereka dari dalam majalah atau sejarah dan juga dokumentari dalam tv, ternyata tahun 2015 saya berjaya melawat mereka dan berbalas senyum pula dengan mereka. Aaawwww, saya bahagia dan bersyukur kerana keinginanku untuk melihat etnik ini terwujud dalam realita kehidupan sebenar.

Eksplorasi Chiang Mai tidak setakat berhenti pada melihat gajah dan kuil putih juga, tandas emas tetapi turut merentasi Sungai Mekong menuju negara Laos. Dalam itinerary hanya jalan-jalan dalam Chiang Mai dan sekitarnya dan tiada pula dimasukkan nama Laos dan Myanmar dalam rancangan. Namun, cuaca dan pocket money yang agak mengIYAkan perjalanan menembus negara jiran ternyata menambah pengalaman kembaraku kali ini. Menyusur sungai Mekong merupakan suatu pengalaman baru bagi saya kerana selama ini saya belum pernah menaiki bot sungai. yang ada hanyalah bot diatas lautan. Sungai Mekong warnanya seperti milo, menarik, luas dan panjang. Cerita lanjut akan saya ceritakan kemudian, mengingat tentangnya membuat saya tidak sabar bercuti lagi dan lagi dan lagi (hehe).
Muka Pilipin
Salam dari perantauan. ceeeeeh ! itu adalah kata-kata jika saya seorang perantau dinegeri orang. Hakikatnya sehingga detik ini saya bukanlah perantau atau mungkinkah setiap kita boleh dikatakan sebagai perantau dibumi Allah ini ? kerana kita bukanlah pemastautin kekal dibumi nan favourite sang laskar pencari cinta dunia fana.