loading...
Memaparkan catatan dengan label TRAVEL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TRAVEL. Papar semua catatan

14 November 2017

Agensi Penerbangan Pilihan ~ Malaysia Airlines

Saya bukan jenis manusia yang sukakan penerbangan menembus awan-awan diatas sana. Namun, keinginan untuk berada disuatu tempat yang bukan negeri asli, mewajibkan saya untuk menaiki pesawat sebagai satu-satunya pengangkutan untuk menghantar ke destinasi tersebut dengan pantas. 

Saya ada satu perasaan yang sukar dijelaskan tiap kali kapal bergerak dan saya didalam perut kapal tersebut. Imaginasi selalu membuat saya terganggu, kerana itu saya suka memilih pesawat yang menyediakan fasiliti terbaik. Ketika terbang boleh menonton movie, menikmati servis hebat dari crew penerbangan tersebut selain menikmati hidangan yang sedap-sedap. Beli tiket juga mudah dan paling penting there is no hidden charge !.
Agensi Penerbangan Pilihan ~ Malaysia Airlines
Anda pasti tahu syarikat penerbangan mana yang saya maksudkan. Haits ! sudah jelas lagikan bersuluh, syarikat penerbangan yang mengangkat nama Malaysia di persada dunia. MAS atau Malaysia Airlines , merupakan syarikat penerbangan yang tidak asing lagi. Sebut saja, semua pasti kenal. Respect MAS Cabin crew. 

Part ini anda kena baca betul-betul. Cara booking tiket yang sangat mudah semudah menelan air bandung.  Nak pejamkan mata pun boleh tapi saya tak syorkan anda berbuat demikian sebab takut salah destinasi pula. T R A V E L O K A , pernah dengar aplikasi ni ? tipu kalau tak pernah. Aplikasi ni boleh di download di google play atau apple store. Melalui apps ni anda boleh book flight MAS. Kenapa tak pergi direct to the website kan ? well the answer is di Traveloka anda boleh tengok review hotel yang anda nak stay. Bagi sang traveler atau memang kerja anda mengharuskan anda untuk travel, ini adalah peluang terbaik untuk anda jimarkan masa dan book MAS flight ticket. Hebatkan ? kenapa pilih Traveloka ? anda tahu jawapannya kerana hanya di Traveloka sahaja yang ada promotion for a certain time.

Aplikasi online Traveloka, memang user friendly. Anda boleh pilih destinasi, tempat yang anda nak naik serta bila tarikhnya. Then the apps akan listdown senarai flight yang ada. Dari sana, anda boleh bandingkan harga untuk setiap flight yang ada. Untuk business perlu jimatkan ? so this apps sangat praktikal for you guys. Ia terbahagi kepada business class, economy class dan juga first class. Yang bestnya MAS ni, dia ada airbus. Tiket memang sentiasa ada tetapi, faham-faham lah bila musim perayaan (memang habis).
Agensi Penerbangan Pilihan ~ Malaysia Airlines
Saya pasti bahagian ini menjadi kesukaan ramai iaitu, 'user friendly'. Saya pernah guna satu applikasi yang sangat tidak friendly user sampai malas nak guna apps itu lagi. Lain cerita dengan Traveloka, book flight MAS dengan mudah tanpa perlu menggunakan perkhidmatan PA, tanpa perlu menggunakan cash hanya online payment dan yang penting duit dalam akaun mesti cukup. 

Untuk Airline MAS anda boleh baca polisi di Traveloka. They have many information regarding the airline yang dapat tolong anda nanti. So far, kalau yang selalu bekerja jenis travel ni akan selalu book lambat tapi di Traveloka anda boleh spend 10 minit sahaja untuk buat booking. Just use your smartphone and the magic will come. Simpan e-ticket anda untuk chek-in di airport. Mudahkan ? yes! T R A V E L O K A memudahkan hidup anda, menjimatkan masa anda dan menambahkan kebahagian anda. 
Agensi Penerbangan Pilihan ~ Malaysia Airlines
Mahu bukti ? ya, tulisan tanpa bukti tidak baik kan ! jadi saya selitkan e-ticket penerbangan saya ke Cambodia hujung bulan ini. Mahu tahu berapa lama saya book ticket ini ? teka. 30 minit . 20 minit. 15 minit. salah ! saya hanya menggunakan 10 minit dari masa 24 jam saya. Cepat dan jimat masa. Saya juga mendapat harga termurah berbanding penerbangan lain ke tempat ini. Jadi, anda tidak perlu lagi pening kepala dengan sistem yang asyik loading itu. Traveloka kan ada. Friendly user lagi.

26 Julai 2017

Melawat Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara

Artikel kali ini bercerita tentang Suku Karen 'si leher panjang'. Perjalanan ke Thailand Utara, sempat membuat mimpi saya terealisasi cemerlang. Suku Karen menjadi salah satu tarikan pelancongan yang unik di Thailand bahkan, dunia.
Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara
Wanita Suku Karen si leher panjang
Para wanita suku Karen diwajibkan untuk memanjangkan leher menggunakan tumpukan logam berwarna kuning. Mengikut tradisi suku Karen, semakin panjang leher si wanita maka, semakin cantiklah ia dimata para lelaki. Namun, semenjak peralihan zaman dunia ke modenisasi, wanita suku Karen sudah agak tidak ramai lagi yang mahu memanjangkan leher.

Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara
Didekad ini, suku Karen si leher panjang hanya boleh ditemui dikawasan desa pelancongan dan tidak lagi terdapat dikawasan pedalaman atau dipergunungan seperti kisah asal kewujudan suku Karen. Ramai dari kita mungkin berfikir bahawa suku Karen merupakan suku asli Thailand, sebenarnya tidak. Suku Karen merupakan suku yang berasal dari dataran tinggi Tibet tetapi, telah  berhijrah ke Myanmar dan tinggal di Karen State sebuah kawasan bersempadan dengan Thailand.

Suku karen terpecah kepada beberapa sub-etnik seperti Skaw Karen, Pwo Karen dan Bwe Karen. Salah satu tempat untuk melihat suku unik ini adalah di Chiang Mai Thailand. Biasanya saya hanya mengagumi suku ini dari kaca media atau helaian majalah tetapi, hari ini saya berjaya bertukar senyum dengan mereka di dunia nyata.
Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara
Suku Karen tidaklah ramai dan keunikan mereka membuatkan pemerintah Thailand memperhatikan mereka sebagai suatu aset pelancongan yang berharga.

3 Julai 2017

PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival

Bumi Korea Selatan mewah dengan tempat indah dan budaya yang menarik. Tulisan ini saya dedikasikan buat semua penggemar tempat indah, penggemar sejarah dan penggemar seni. Juga, buat penggemar filem Korea dan semua pemilik hati yang punya impian untuk menjejaki kota Korea.

PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival
Ada kisah yang harus kita mengertikan mengapa Hyo Seok Cultural Festival dirayakan dan ia berkaitan dengan penulis novel Korea iaitu, Lee Hyo Seok (1907-1942) yang terkenal dengan novel 'When Bucketwheat Flowers Bloom' menceriterakan tentang hubungan antara manusia dan keindahan alam semulajadi. Sebagai memperingati tokoh ini, Hyo Seok Cultural Festival diadakan. 

Festival ini menyajikan variasi program seperti pameran puisi, malam kesusasteraan, pertandingan esei Hyo Seok dan banyak lagi. Festival ini membenarkan pelawat untuk melawat tempat kelahiran dan dewan memperingati Lee Hyo Seok. Festival Hyo Seok diadakan di 157, Ihyoseok-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do bermula dari 02 September hingga 10 September 2017. Untuk sampai kedestinasi ini pengunjung perlu mengambil intercity bus ke Jagpyeong Intercity bus terminal dan kemudian menaiki bas ke Bongpyeong atau Phoenix Park.

Siapa Lee Hyo Seok ?

Untuk apa merayakan seorang manusia biasa tanpa 'sesuatu' dari seseorang kepada seseorang. Hakikatnya, Lee Hyo Seok atau nama penannya 'Gasan' merupakan seorang penulis fiksyen yang terkenal dengan hasil karyanya yang melebihi 70 buah fiksyen diera 1928 dan pernah menerbitkan karya bermutu serta mendapat perhatian ramai iaitu 'City and Ghost' dan diterbitkan di Joseon Jigwan. Ia dilahirkan pada 23 Febuari 1907 di Pyeongchang, Gwang-do, sebuah wilayah yang bakal menganjurkan sukan berprestij dunia iaitu Pyeongchang, Winter Olympic 2018. Antara karya Lee Hyo Seok adalah 'Unanticipated Meeting', 'Shattered Red Lantern' dan 'At Sea Near Russia' . Kebanyakan karya beliau berunsurkan  simpati sosialisasi.
PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival

Lee Hyo Seok Culture Village / Kampung Budaya Lee Hyo Seok
Lee Hyo Seok Cultural Hall

Ia disebut sebagai Lee Hyo Seok Culture Village kerana disinilah Lee Hyo Seok dilahirkan dan tempat ini juga menjadi sebuah alasan bagaimana inspirasi terbit melalui novel pendek  bertajuk 'When Bucketwheat Flowers Bloom' yang sehingga kini masih menjadi sebutan ramai orang.
PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival
Kampung budaya ini juga pernah dinobatkan sebagai 'First National Culutral Village' oleh kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Korea pada tahun 1990. Kampung budaya ini turut terwujud sebgaia memperingati tempat kelahiran penulis, kilang air, Chungjujip, Taman Gasan, Dewan Memorial Lee Hyo Seok dan Muzium Soba. Indahnya ketika musim bunga menjelang, pengunjung disajikan dengan pemandangan padang bunga soba bermula dari hujung bulan Ogos sehingga awal bulan September. Siapa tidak pernah sukakan pemandangan indah ? siapa bencikan kemekaran bunga dimusimnya ? tempat ini tidak layak untuk anda.
PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival
Hebatnya, rumah kesusasteraan yang terdiri daripada pameran (kronologi karya Lee Hyo Seok), seni penyelidikan, ruang idea kreatif, teater dan kesusasteraan serta kelas sastera ada disini ! Banyak maklumat tentang seni dan kesusasteraan boleh diperoleh ditempat ini. Tidak hanya itu, kawasan rumah sastera ini memiliki halaman landskap indah, bunga-bunga soba memekar harum semerbak serta terdapatnya taman sastera. Inspirasi ? mudah didapatkan dikawasan ini. Mewah maklumat sastera dan kaya khazanah penulis Lee Hyo Seok. Pemandangan indah ? itu tidak perlu saya nyatakan, ia jelas lagikan bersulu....Korea Selatan tidak pernah menghampakan para pengunjungnya tentang keindahan alam semulajadi yang ada.

Pyeongchang, Korea Selatan akan menjadi tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk pada tahun 2018. Oleh itu, bagi anda yang ingin menyaksikan sukan tersebut digalakkan mendapat info tepat agar masa anda tidak sekadar menyaksikan acara sukan tersebut tetapi, turut melihat keindahan semulajadi atau monumen bersejarah ketika berada di bumi Korea Selatan. Sambil menyelam, minum air ! Selamat merancang percutian anda.

2 Mac 2017

Itinerary Percutian ke Surabaya Bersama Agent Wisata Bromo

Day 1

Setibanya kami dibumi Surabaya, kami  disambut oleh Irwansyah (iya, yang artis itu). Setelah bertukar senyum sebagai tanda perkenalan kami naik kereta Inova menuju Catimor Homestay. Perjalanan selama 8 jam. So, here we go !
Itinerary Percutian ke Surabaya
Catimor Homestay
Chek-In at Catimor Homestay

Tiba di Catimor Homestay sekitar jam 11 malam. Catimor Homestay terletak di kawasan Perkebunan Kopi Blawan, Kecamatan Sempol, Bondowoso, Jawa Timur.  It’s the best place to stay before trekking to Ijen Crater. Tiba jam 11 malam, tidur sekejap dan bangun pada jam 12.30 kerana jam 1 harus bergerak. Mengantuk memanglah tetapi, untuk apa datang kesini jauh-jauh jika hanya untuk tidur lena ? lebih baik stay at home, tidur pulas diulit mimpi. Errr actually, my body wasn’t all that excited to wake up at 1am to commence our hike to the Ijen Plateau. But…but… but..

Tiba di checkpoint Kawah Ijen hujan renyai-renyai pula. Sejuk macam dalam peti sejuk tetapi ketika kami berjalan, hujan berhenti. Tour guide tunggu dalam kereta, mountain guide ambil peranan menjaga kami. Namanya Yono.  Sentiasa berada bersama kami memberi pertolongan sepanjang perjalanan to the heart of Ijen Crater. Thank you mas !

Penat berjalan akhirnya hilang setelah melihat karya Tuhan yang satu ini. Penuh pesona, indah dan indah…indah..indah.  Apa lagi kata yang paling tepat untuk menggambar keindahan ini ? The blue flames can reach up to 16 feet (5 meters) high. Harus pakai gas mask juga. 
Itinerary Percutian ke Surabaya
Kawah Ijen, kawah terbesar didunia
Ini tasik kawah yang mampu menghasilkan belerang dan terbesar didalam dunia. Ketika kabus sulfur menguasai alam subuh, kami tidak melihat tempat ini. Begitu kabus sulfur hilang, pemandangan ini terlihat jelas dan sekali lagi kami terkagum. Sungguh Gunung Ijen ini banyak memberi kejutan. 

Jangan lupa naik telolet untuk merasakan pengalaman transport terpantas di Gunung Ijen. Oh yeah, 'bis telolet' sedang viral sekarang. so, must try !

Sebelum check-out Catimor Homestay kami singgah Air Terjun Kali Pahit. Dikawasan ini ada jual souvenirs juga, jadi boleh siapkan duit kalau mahu beli sesuatu buat kenangan.

Setelah check-out, meneruskan perjalanan ke Ngadisari untuk hotel seterusnya.

Chek-in Hotel Bromo Permai 1, Jalan Cemoro Lawang, Ngadisari, Gunung Bromo, Probolinggo Jawa Timur Indonesia. Kawasan ini sejuk menggigit  daging-daging dalam tubuh.  Hotel ini paling dekat dengan Gunung Bromo.

Day 2

Bangun jam 2.00 pagi.

Jeep sudah siap menunggu kami. Bergerak lebih awal dengan harapan dapat melihat sunrise di Penanjakan Point View pada jam 4. Hajat tidak kesampaian. Hujan turun. Namun begitu, ketika pagi benar-benar tiba, hujan berhenti. Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Bromo.  Disini kami menunggang kuda. Seperti dalam filem Mcleods Daugters rasanya. 


View dari gunung Bromo sangat cantik. Seperti bukan berada dinegara ASEAN rasanya.  Harga naik kuda hanyalah 100,000Rp pergi dan balik. 

Selepas turun dari gunung Bromo kami terus dibawa ke Padang Savanah iaitu, padang rumput yang luas. Kawasan ini sangat sejuk. 

Selepas padang rumput savanah kami meneruskan eksplorasi ke Pasir Berbisik atau pun the whispering sands. Macam tak percaya pula dalam  kawasan itu ada gunung kawah, padang rumput yang luas dan lautan pasir. 
Itinerary Percutian ke Surabaya
Menunggang Kuda ke Gunung Bromo
Next time kalau mahu kesini dan punya gambar cantik, elok rasanya jika punya pakaian variasi agar gambar yang terwujud itu hebat dan lebih menarik. Awal rancangan saya ingin membawa pakaian tradisi kesini tetapi, akhirnya niat itu terbatal atas sebab-sebab tertentu.

Selesai trip Gunung Bromo, terus kembali ke hotel untuk late breakfast, re-packing dan check-out. Selesai check-out kami meneruskan perjalanan lagi ke Kota Malang.


Museum Angkut terbesar di Asia terdapat di kota Malang, Indonesia. Muzium ini wajib dilawati jika punya masa lebih. Kami turut dibawa untuk melawat kebun epal tetapi, masa tidk mengizinkan. Tiga jam berada di Museum Angkut pun tidak cukup tau, tempat ini terlalu luas untuk diterokai dan juga, banyak tempat menarik untuk bergambar. 

Selesai Trip Museum Angkut, kami terus ke Seulawah Hotel untuk check-in. Berehat lebih kurang 1 jam sebelum mencari makan. Tour guide membawa kami ke kedai makan bakso. Ya, ke Kota Malang atau Surabaya..makan bakso itu wajib !
Itinerary Percutian ke Surabaya
Kota Wisata Batu tempat tinggal si pocong :P
Misi mencari Pocong di Alun-Alun Kota Wisata Batu

Mau jumpa pocong ? soal tour guide kami. 

Pocong ? ahhh, gila ! 

Kami ke Kota Wisata Batu tetapi, gerimis mengundang membuat hati ingin pulang cepat-cepat kehotel.  Tiba di hotel, switch on the TV dan pocong muncul (eh, itu di Kota Wisata Batu yang kita lawat tadi) hmmm, terlewat sesaat. Tiada jodoh dengan abang pocong. haha

Day 3

Breakfast di Seulawah Hotel sambil menikmati panorama Gunung Arjuno, nyaman dan santai. Seperti mahu menambah percutian satu minggu lagi di Bumi Surabaya nan indah. Namun, tiket kapal telah dibeli, bapa dirumah sudah menunggu. Oleh itu anakanda harus pulang kepangkal jalan. (haha)
Itinerary Percutian ke Surabaya
Hotel berhadapan dengan Gunung Arjuno
Sebenarnya banyak tempat yang ditawarkan tetapi, masa kurang mengizinkan kami untuk berada lama-lama di Surabaya. Mungkin, ada mesej disebaliknya dan mesej itu adalah 'harus datang lagi dilain waktu'.  

Travel Agent adalah terbaik dan highly recommended - Agent Wisata Bromo. Harga pakej adalah sangat berbaloi. Siap dengan tour guide, mountain guide dan photographer.  

Pasti kalian tertanya-tanya siapa sebenarnya Irwansyah itukan ? sebenarnya dia adalah teman baru kami di Kota Surabaya yang juga, merangkap sebagai tour guide dan driver kami sepanjang percutian di Surabaya. If you guys perlukan personal tour guide/driver , please do not hesitate to contact him via WA +62 8121 687 3003. His name is Rohman and not Irwansyah as I mentioned earlier. haha.

14 Februari 2017

Museum Angkut Batu Malang, Indonesia - Terbesar Di Asia

Baca Trip Blue Fire Kawah Ijen  dan Trip Bromo Tengger Semeru National Park

Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Hari terakhir Trip Bromo, kami dibawa melawat Museum Angkut yang merupakan museum angkut terbesar di Asia yang terletak di Kota Batu Malang Indonesia. This is an amazing place where you can enjoy many kind and types of vehicles in the past, made in year 1920s up to 2000s including the car and helicopter of Dr Ir Soekarno, the first president of Indonesia. 
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
'Mahu melawat Museum Angkut ?' tour guide kami bertanya. Yep, pastinya mahu. Sebenarnya melawat muzium bukanlah hal yang terlalu saya sukai tetapi, ternyata Museum Angkut mengubah persepsi itu. Oleh kerana kurang maklumat tentang muzium ini yang ada dalam benak saya mungkin sekadar melihat pengangkutan melulu dan ketika masuk ruangan depan saya mulai tertanya-tanya 'hanya inikah?'.  Jujur saja, dari luar bangunan itu it looks like an old warehouse painted beautifully.

Ternyata ia lebih dari apa yang saya fikirkan. Keluasannya lebih  3.8 hektar, dihiasi dengan lebih dari 300 jenis  transport antik hingga moden. Paling best bangunan-bangunan yang ada sangat bercirikan international seperti ciri Eropah, Amerika dan pastinya Asia. Pada saya, Museum Angkut juga mampu menjadi medan bagi penggemar photography. There are mini Hollywood, Mini Italy and etc. It's pretty interesting as park and museum in Indonesia. Museum ini tidak seperti muzium but more like an exhibition from old car, bicycle, train, etc dan juga disini ada pasar apung seperti Floating Market, Thailand. 
Tempat ini saya sarankan untuk anda lawati. Hebat ! recommended ! Bring the kids, your family ! Berada disini jangan pernah lepaskan peluang untuk bergambar . Berikut merupakan gambar-gambar kami :
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia


Ini kawasan Amerika, ala-ala kita sudah sampai Negara Trumph (haha)
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Mau personal rider or maybe, driver ? just contact him
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Mau melapor ke polisi ? bisa aja
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Naik sapi juga boleh..
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Hello from German ^^
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Mahu beli fruits ? datang saja ke London Market Hall
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Buckingham Palace
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Melintas jalan itu harus hati-hati ya..
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Lagi bingung mahu ke mana ya ?
Museum Angkut Batu Malang, Indonesia

Museum Angkut Batu Malang, Indonesia
Seperti di Universal Studios
Untuk trip ini special thanks to our tour guide, Mr Rohman from Agent Wisata Bromo. Until next trip!

10 Februari 2017

Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !

Cerita bersambung dari kisah Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen
Bromo Tengger Semeru National Park
Setelah turun dengan rasa puas dan syukur kerana sempat melihat blue fire di Kawah Ijen, kami kembali ke Homestay Catimor untuk check-out dan  Hotel Bromo Permai 1, Ngadisari Indonesia siap menanti kami. Sepanjang perjalanan ke Hotel Bromo Permai 1, ada kata yang tak luput dari bibir setiap kami dan kata itu adalah :

Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
wow, cantiknyaaaaaa ^^  cantiknya...

Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Benar, kawasan menuju Hotel Bromo Permai 1 pemandangannya sangat memukau hati. Sepanjang jalan penuh dengan aktiviti pertanian, sayur-sayuran tumbuh segar dan ia persis seperti kawasan yang saya dambakan untuk bertenang dan menikmati hidup apa adanya. Ia jauh dari kota, ia sangat desa tetapi justeru, sifat desa itulah yang membuat kami kagum dan mencintai tempat ini. Sejuk dan permai. Hotel Bromo Permai 1 terletak dipuncak bukit atau mungkin lebih tepat sudah dekat dengan Gunung Bromo dan ketika kami tiba hujan sedang asyik menitikkan berkat kebumi. Dimaklumkan juga bahawa waktu itu adalah musim hujan. Namun, kami yakin ketika kami hadir cuaca yang kami terima adalah cuaca yang terbaik.
Tidur lebih awal dan itu kebiasaan ketika kita berada ditempat yang sejuk. Munafik rasanya jika tidak menyelitkan sedikit pujian buat Gunung Kinabalu negeriku (haha). Sejuk dikawasan hotel ini setanding dengan sejuk Laban Rata gunung Kinabalu. Bezanya kawasan ini, sang angin seakan bertiup lebih dasyat dan terasa hingga ketulang sumsum gue. haha. Tidur sebelum jam 8, dibungkus selimut enaknya sukar dijelaskan dengan kata. 
Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Bangun pada jam 2.00 pagi kerana harus berangkat lebih awal untuk menyaksikan panorama matahari terbit sekitar jam 4 pagi. Jeep sudah tersedia buat kami. wow ! penantianku selama beberapa bulan akhirnya terjawab, bangun dan jeep siap menunggu untuk melihat matahari terbit dipergunungan.  Sebelum ke view point kami singgah sebentar disebuah kedai kopi untuk bersarapan. Waktu itu hujan turun. Sulfur Kawah Ijen telah kuredah, inikan pula hanya hujan dan oleh itu, berpatah balik dan tidak meneruskan perjalanan adalah kesia-siaan belaka.

Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !

Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Meneruskan perjalanan ke View Point Penanjakan untuk harapan melihat matahari terbit serta; pemandangan Gunung Bromo dan Gunung Semeru tetapi, hujan menutup mata kami dari menikmati panorama itu. Tidak apa-apa, matahari hari terbit itu wajahnya sama dimana pun ia berada. Jadi, kami tidak harus terlalu kecewa dengan tidak munculnya ia dihadapan kami waktu itu. Beberapa lama kemudian hujan pun berhenti, sesi bergambar pun bermula. Sesi kegemaran semua !
Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki Jeep ke Gunung Bromo. Andai kamu merupakan penonton setia Go Asean Channel, anda pasti melihat iklan utama mereka sepanjang beberapa bulan ini iaitu ; Gunung Bromo. Ketika kami akhirnya sampai ke kawasan Gunung Bromo, para pemilik kuda telah bersiap sedia menawarkan perkhidmatan menunggang kuda. Tawaran agak baik, hanya 100,000Rp pergi dan balik. Awal perbincangan dengan guide kami berkata tidak mahu naik kuda, mahu menikmati perjalanan dengan kaki sendiri saja. Namun, tawaran istimewa itu membuat hati kami mencair dengan sempurna dan kami semua menunggang kuda seperti cowboy. Asyiiiik ! 
Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Rupanya perjalanan agak jauh dan berjalan kaki mungkin membuat kami lambat untuk kedestinasi seterusnya. Naik kuda adalah pilihan terbaik tetapi, berjalan kaki juga pastinya memberi pengalaman tersendiri. Kami menunggang kuda sehingga dibawah tangga sebelum menuju puncak Gunung Bromo. Kami meneruskan perjalanan mendaki 250 anak tangga sehingga puncak dan sulfur dari dasar kawah Gunung Bromo mengharuskan kami menutup deria hidu dengan mask. Mask saya tertinggal di hotel dan terpaksa menutup mulut dan hidung menggunakan scarf. Kami beruntung kerana berjaya melihat dasar kawah Bromo dengan jelas sebelum beberapa detik kemudian ia tertutup dengan asap sulfur yang tebal. Jika terjatuh dari ketinggian puncak Gunung Bromo, jelas-jelaslah tidak perlu dicari dimana keberadaan kita kerana ia sungguh tinggi dan berbahaya. Oleh itu setiap pendaki harus sangat berhati-hati dan jangan pernah melebihi had laluan yang telah ditetapkan. 

Indonesia kaya dengan jalur penjelajahan yang begitu menakjubkan. Dari Gunung Bromo kami meneruskan perjalanan ke kawasan Savanah. Tempat ini sungguh, sungguh, sungguh cantik. Jika ada peluang, saya pasti akan datang lagi kesini. Penyesalan terbit sedikit, andai saja...ya, andai saja kami memakai pakaian yang sedikit 'grand' pasti hasil gambar hebat dan sensasi. hehe. Namun, pemandangan indah menutup segala kekurangan itu dan special thanks buat Mr Rayhan, guide dan juga photographer kami sepanjang berada di Bromo. Tempat ini sejuk dan untuk ketik-ketik camera itu sangat malas jika dilakukan sendiri tetapi, dengan adanya photographer  maka yang kami perlukan hanyalah beraksi didepan kamera. Terima kasih kepada Agent Wisata Bromo kerana menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggannya.
Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Setelah bergambar dan menikmati sejuknya Savanah, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu 'The Whispering Sand' atau Pasir Berbisik. Pasir itu telah berbisik padaku bahawa 'aku harus kembali kesini lagi' (haha). Bayangkan berada didalam kawasan Bromo tetapi, pemandangan dan pengalaman yang berbeza. Disatu sisi, kita berada dipuncak gunung kemudian beranjak ke kawasan padang hijau dan sejenak kemudian berada lautan pasir tanpa tumbuhan. Seperti mimpi rasanya. Tempat ini turut menjadi lokasi filem 'Whispering Sands' 2001. Menikmati ciptaan ini sedikit lebih lama mungkin menarik tetapi, rasa sejuk yang menggila memaksakan diri untuk cepat-cepat masuk kedalam jeep. Syukur kepada Tuhan ketika kami berada disini alam sangat tertatah rapi tanpa hujan sehingga kami mampu melihat karya indah sang Pencipta dibumi Indonesia.
Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Selebihnya biar gambar mengambil ahli penceritaan. Lebih lanjut ? beli saja tiket kapal dan terus ke Surabaya dan menyaksikan sendiri pusat pelancongan Bromo. Sekadar cerita tidak cukup, anda harus menikmatinya sendiri. Anyway, ketika menulis tulisan ini saya sempat bernostalgia tentang tawa riang bahagia kami sepanjang berada di Bromo. Sejuk mungkin tidak perlu diulas panjang lebar tetapi, saya senang memberitahu semua bahawa pengalaman yang kami terima itu lebih mahal daripada nilai ringgit yang harus kami korbankan.
Bromo Tengger Semeru National Park
Bromo Tengger Semeru National Park
Bromo Tengger Semeru National Park
Bromo Tengger Semeru National Park - Indah Tiada Terkata !
Oh yeah, nikmat secawan kopi di Bromo itu sangat sedap kali ya. Sambil sejuk menikam kulit, hangat kopi mengembalikan semangat. Trip Bromo ternyata mengajak kami untuk merancang kembali percutian ke Indonesia. Bromo Tengger Semeru National Park memberi 1001 pengalaman baru buat kami, indah tiada terkata.

6 Februari 2017

Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya

Saya pernah ke Kawah Domas, Tangkuban Perahu Paris Van Java juga, pernah ke Kawah Putih, Gunung Patuha Indonesia. Nyata, Kawah Ijen bukanlah kawah pertama yang saya jejaki. Justeru, kerana rasa 'pernah-pernah' itu saya membiarkan diri saya bermanjaan dengan hidup tanpa latihan. Saya menyangka Kawah Ijen itu perjalanannya biasa-biasa saja. Ternyata ia diluar jangkaan saya.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Sebelumnya saya menonton kisah tentang Kawah Ijen dalam dokumentari, yang difokuskan sukar oleh dokumentari itu hanyalah kehidupan seorang pengangkat belerang dan tidak pernah menyatakan kalau laluan tersebut juga sukar. Tidak pernah menyatakan asap sulfur itu kuat dan tidak pula diberitahu untuk harus memakai special mask.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
...dan cerita saya bermula disini. 

Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Setibanya di lapangan terbang Juanda kami terus bergerak ke Catimor Homestay dan perjalanan menuju tempat itu lebih kurang 8 jam. Yes, 8 jam ! Jauh ? memang jauh tetapi jarak bukanlah ukuran jika hati telah nekad untuk meneroka Kawah Ijen. Tiba di Catimor Homestay lebih kurang jam 11.00 malam dan kami diberitahu untuk bergerak ke Kawah Ijen pada jam 1.00 pagi. Ahh, kegilaan apakah ini ? Kami sewa dua bilik dengan jumlah 6 orang ke semuanya, 5 orang dari Malaysia beserta 1 orang rakan Indonesia yang juga merangkap sebagai Tour Guide kami. Cepat-cepat bersih diri, lalu tidur.

Jam 00.30 alarm berbunyi, langsung bersiap untuk memulakan perjalanan ke Kawah Ijen pada jam 1.00 pagi. Terfikir sejenak, untuk apa sebenarnya saya disini ? bersusah-payah melawan ngantuk. Dingin dan hujan renyai-renyai membasahi bumi. Sejuk menyengat tubuh, alangkah indahnya jika tubuh terbungkus selimut tebal waktu itu.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya

Tapi, itu tidak mungkin. Saya kini berada dikawasan Gunung Ijen yang terletak di Kabupaten Bondowoso dan Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur dalam kawasan gunung berapi aktif. Misi mendaki Gunung Ijen untuk melihat 'blue fire' yang hanya terdapat dua didalam dunia dan Kawah Ijen merupakan pusat danau terbesar didunia yang mampu menghasilkan belerang dengan keluasan 5,466 hektar.

Untuk mendaki ke Gunung Ijen dari check point pertama tentu bukan masalah besar bagi sesetengah individu. Demikian juga saya. Namun, tidak semua punya kekuatan stamina yang sama dan sebab itu jugalah, tersedianya perkhidmatan 'telolet' disepanjang perjalanan menuju puncak Gunung Ijen. Tidak mampu berjalan atau malas berjalan ? naik saja telolet atau troli yang ditarik menggunakan kekuatan manusia. Jujur, bangsa Indonesia adalah bangsa yang rajin. Tiga kali saya berada dibumi Indonesia motivasi yang sama saya terima - Bangsa ini bukanlah bangsa yang malas. Saya pasti tidak berlebih-lebihan ketika memuji tetapi, saya menikmatinya ketika bersama dengan mereka.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Perjalanan ditemani oleh guide gunung yang sangat baik. Namanya Yono. Dia menjaga lima orang dan satu daripada kami terpaksa menggunakan perkhidmatan telolet dan perkhidmatan telolet hingga ke puncak itu berharga 500,000Rp. Nilai itu mahal ? ia sangat berbaloi dengan jarak yang jauh dan bentuk muka bumi yang tinggi. Dilain kesempatan saya juga mahu menggunakan perkhidmatan itu menunju puncak Gunung Ijen biar lebih cepat sampai ke puncak (hehe). Menghampiri puncak Gunung Ijen, bau sulfur mulai terasa kuat menusuk deria hidu. Kami diwajibkan memakai mask yang ala-ala star wars mask itu. Menggunakan mask itu membuat nafas kami kembali teratur indah dan tenang. Setibanya dipuncak Gunung Ijen, kami harus turun pula dari dinding gunung itu untuk ke Kawah Ijen.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
...dan untuk turun ke kawasan Kawah Ijen, setiap orang harus berhati-hati. Ia tinggi, sempit dan laluan yang sama juga digunakan oleh para pengangkat belerang mengangkut belerang naik keatas. Setiap kali bertemu dengan para pengangkat belerang, laluan harus diberikan kepada mereka. Harus ! bebanan yang mereka angkat bukanlah ringan, ia sehingga 70kg. Ketika mendaki gunung, membawa bebanan 1kg pun sudah cukup sukar, inikan pula 70kg. Berjalan ditengah pagi yang sangat pagi serta masih gelap mengharuskan setiap pencinta Kawah Ijen berjalan menggunakan lampu suluh.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, SurabayaMengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Gelap dan sulfur kuat. Berjalan laju pasti bukan pilihan yang tepat melainkan berjalan perlahan dan berhati-hati. Tujuan utama ke Kawah Ijen bukanlah untuk berbangga diri tentang ''saya telah sampai dan kamu belum'' melainkan  untuk melihat Blue Fire  dan ia boleh dilihat sekitar jam 2am sehingga jam 4am. Syukur disepanjang perjalanan turun ke Kawah Ijen ada tangan sang guide yang dengan setianya mahu memimpin tangan. Saya selalu bersyukur untuk satu hal ini, dimana pun kami berada dan ditemani guide, guide yang kami miliki adalah selalu yang terbaik ! Oleh kerana, tangan dipimpin maka perjalanan menjadi mudah dan lancar. Sesekali angin berhembus membawa kabus sulfur sehingga menutupi tubuh dari kepala ke kaki. Ia pasti bukan perasaan yang indah, seperti mahu mati rasanya. Meski menggunakan topeng gas, bernafas seperti biasa masih sukar dan menyebabkan mata pedih dan berair.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Bodohkah kami kerana berada disini ? sungguh, pasti bukan. Kami disini kerana takjub akan ciptaan Tuhan. Meski lelah dalam perjalanan, rasa itu terubat dengan pemandangan Kawah Ijen yang luarbiasa cantiknya. Istimewanya kami kerana berjaya menyaksikan blue fire dari jarak dekat. Wow ! api biru di Kawah Ijen. Bagaimanakah mungkin saya tidak terharu dengan pemandangan ini ? Saya tidak tahu bagaimana menuliskannya dengan kata, ia terlalu indah. Sangat indah dan luarbiasa.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, SurabayaMengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Tulisan ini bukan sebuah dimensi seperti ramainya yang lain mengupload gambar bak selebriti menunjuk itu dan ini melainkan, sebagai sebuah kenangan dihari muka bahawa saya pernah menjejakkan kaki dibumi yang indah ini bersama teman yang lain. It is not the mountain we conquer, but ourselves. Saat pagi menyapa, matahari mulai menyinari Kawah ijen. Pemandangan indah menjadi sajian buat semua. Kawah Ijen berwarna kehijauan ditambah cahaya matahari lembut memantul kawah dan batuan dinding berwarna belerang kekuningan menjadikan panorama sempurna yang begitu mengesankan untuk dinikmati.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, SurabayaMengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Menikmati panorama Kawah ijen sambil melihat para penambang belerang dengan berani mendekati kawah menggali belerang dengan peralatan sederhana lalu dipikul dengan keranjang. Para penambang belerang mengambil belerang dari dasar kawah. Disini asap cukup tebal dan hebatnya, para penambang itu hanya menutup hidung mereka dengan ala kadar saja menggunakan sarung atau baju mereka. Ketika kami berusaha sebaik mungkin untuk menggunakan gas mask, para penambang belerang terus mencari lelehan belerang dengan tenang. Mereka adalah bahagian cerita yang menginspirasikan.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, SurabayaMengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Setelah mengambil beberapa gambar untuk kenangan, kami pun memulai perjalanan pulang. Ketika kembali hari telah siang dan laluan gunung itu terlihat sedikit mudah. Sepanjang perjalanan ada riuh manusia yang bersorak untuk kami (pheeeww) menyemangati kaki yang telah lenguh. Kami digelar sebagai Team 23 kerana baju kami sama semuanya dengan printed number 23. yes ! beri tepukan yang gemuuuuuuuuh (gemuruh) kata mereka haha.. itu kata semangat dari kumpulan pelancong local yang sempat membuat kami terhibur sepanjang pendakian kembali kepuncak Gunung Ijen sebelum meneruskan perjalanan kembali ke check point pertama dan kembali ke Homestay.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Ketika berada dipuncak Gunung Ijen, para penarik telolet telah bersedia menawarkan perkhidmatan naik telolet hingga sampai kebawah tempat letak kereta. Saya tidak mahu naik telolet, tidak ! Saya kasihan para penarik itu menarik telolet dengan bebanan yang berat. Eh, kata mereka 'naik saja kak, dijamin selamat dan pantas'.  Tidak apalah, saya jalan saja. Namun, para penarik telolet tetap mengekori kami dengan pujukan 'naiklah kak.... cuman 100,000Rp kok' .
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Satu persatu kami mulai bersetuju menggunakan perkhidmatan telolet itu. Empat troli telolet untuk lima orang. Saya duduk dalam telolet sehingga sampai ke tempat letak kereta.  Seperti puteri rasanya ^^ haha. Meski ada sedikit rasa malu ketika berada dalam telolet itu kerana, kebanyakan pelawat hanya berjalan kaki, sebenarnya bukan kakiku tidak mampu berjalan tetapi, saya tewas dengan pujukan para pengendara telolet itu. Jika tiada yang menggunakan perkhidmatan itu, pendapatan mereka juga pasti tiada. Jadi kita win-win situation saja. Mereka ada penghasilan dan kami sampai lebih pantas dari yang lainnya.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya

Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Untuk trip Kawah Ijen dan Blue Fire, saya merakamkan terima kasih buat Mas Yono our Mountain Guide waktu itu. Dia tergelincir namun, tidak menyatakan rasa sakit yang dia alami tetapi, saya tahu disetiap jatuh dan tergelincir dipergunungan, rasa sakit itu pasti ada. Dia manusia yang membuat perjalanan kami menjadi mudah dan lancar serta berjaya mengambil gambar blue fire dari jarak yang sangat dekat. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kami. Terima kasih Mas Yono.
Mengejar Blue Fire Di Kawah Ijen, Surabaya
Kawah Ijen dan Blue Fire adalah trip hari pertama kami dibumi Surabaya. Selepas Kawah Ijen, keesokan harinya kami ke Gunung Bromo lagi. Trip ini tidak dilakukan sendirian melainkan melalui bantuan Travel Agent Wisata Bromo atau boleh dihubungi melalui Facebook Gabriel Bromo Tour, kami diberikan penginapan Homestay dan Hotel terbaik serta Tour Guide yang hebat. Andai kalian mahu ke Surabaya dan mahu naik Gunung Bromo atau mahu ke Kawah Ijen atau apa saja jenis percutian di Surabaya, silakan berhubung dengan Travel Agent Gabriel Bromo Tour. Pasti bahagia sepanjang percutian.