Memaparkan catatan dengan label TAJ MAHAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAJ MAHAL. Papar semua catatan

15 Oktober 2014

Jom ke Taj Mahal, India

Hello, lovelies. How's your life treat you lately ? I hope everything is running well as your plans. Mari kita ke Taj Mahal membawa cinta kita sambil melintasi samudera luas yang bernama awan-awan diatas laut-laut membiru. mengasyikkan. menenggelamkan jiwa-jiwa manusiawi kita.
Taj Mahal, India

Saya telah 2 kali melihat Taj Mahal Mini yang terbina atas agungnya cinta Kaisar Mughal Shah Jahan terhadap isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka. Namun, Taj Mahal yang saya lawati bukanlah Taj Mahal yang terletak di India. Ia hanya terletak di Taman Mini Asia, Johor dan juga boleh ditemui di Legoland, Nusa Jaya Johor.

Mengekplorasi kisah agung cinta lelaki yang bergelar suami terhadap isterinyanya dilambangkan melalui bangunan yang dibina atas dasar kasih dan cinta yang menggunung tinggi hari ke hari. Mumtaz Mahal merupakan isteri ketiga Kaisar Mughal dan amat disayanginya. Mumtaz merupakan perempuan yang sangat cantik dan setia serta rela melahirkan ramai anak untuk suaminya. Dia meninggal ketika melahirkan anak yang ke-14. 

Namun, cerita lagenda ini turut menyimpan sejuta rasa kemusykilan dan pertanyaan dari tulisan Hiro pada bukunya yang bertajuk Tale of Taj . Mumtaz meninggal dalam pelukan suami tercinta dan perlu diketahui juga, bahawa Mumtaz sebenarnya seorang pemain catur yang hebat melebihi suaminya, tidak cantik dan merupakan seorang yang kejam. - untuk yang ini saya kurang pasti, saya hanya membaca dan menulisnya disini - apa pun, saya lebih suka menganggap Mumtaz sebagai seorang lagenda yang cantik dan dicintai oleh suaminya setulus hati, jiwa dan raga. 

Saya pernah menonton dokumentari khas tentang Taj Mahal, ia indah dan menikmati sunset dari kawasan itu adalah suatu nikmat romantik bersama pasangan jelajah anda. Namun, dimaklumkan juga dalam dokumentari itu bahawa kawasan Taj Mahal itu adalah sangat biasa dan kurang tarikan kecuali kawasan Monumen Cinta Taj Mahal itu.

Terinspirasi melalui buku bacaaan dan dokumentari, rasanya melawat monumen itu adalah suatu kebanggaan kaki saat masuk kegerbang itu tetapi, jika hanya tempat itu yang hendak dilawati dengan nilai wang yang banyak untuk dilaburkan, saya fikir ia adalah suatu yang agak tidak berbaloi.