Memaparkan catatan dengan label PyeongChang 2018 Olympic Winter Games. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PyeongChang 2018 Olympic Winter Games. Papar semua catatan

20 Mac 2017

Test Event : 2018 PyeongChang Winter Olympic

Korea akan menjadi tuan rumah sukan berprestij dunia iaitu, Pyeongchang Winter Olympic pada 09 hingga 25 Febuari 2018 dan berlangsung selama 17 hari. Seperti biasa semua sukan bertaraf dunia pasti akan mengadakan 'Test Event'.

Apa itu test event

Test event merupakan suatu ruang yang dikhaskan kepada para atlet untuk hadir berlatih atau melihat tempat bersukan sebenar sebelum pertandingan dimulai. Ia bertujuan untuk mempersiapkan para atlet dengan atmosfera negara tersebut atau kawasan yang terlibat untuk pertandingan. Pyeongchang Winter Games turut melaksanakan Test Event dan dijangka seramai 3,000 orang atlet terlibat dalam test event ini bersama para sukarelawan seramai 1,000 orang.  Test event ini berlangsung sejak bulan Febuari 2016 sehingga Appril 2017 selama 14 bulan.

Berikut merupakan senarai lokasi test event dan sukan yang terlibat yang mana sukan tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu  sukan ais dan;  sukan salji dan gelongsor.

Beberapa acara 2018 Pyeongchang Winter Games percubaan telah dilakukan antaranya adalah seperti 'Figure skating' bertempat di Gangneung Ice Arena, 'Ski jump' di Alpensia Ski Jump serta 'snowboard' bertempat di Bokwang Snow Park. Negara Korea Selatan telah dan sedang berusaha melakukan yang terbaik dalam persediaan menyambut sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali. 
Apa tujuan sebenar test event ini diadakan ? 
Committee 2018 Pyeongchang Winter Games menyatakan tujuan sebenar Test Event ini diadakan adalah bertujuan seperti berikut :
Connecting athletes and spectators heart-to-heart, these test events will ready everyone around the globe for the biggest celebration of winter sports in the world - the Olympic and Paralympic Winter Games PyeongChang 2018.

Malaysia tidak terkecuali daripada mengambil bahagian dalam  temasya sukan berprestij dunia ini beserta 205 buah negara lain. Saya pasti negara Korea Selatan sangat tidak sabar menanti kehadiran para atlet dan pengunjung ke Pyeongchang 2018 untuk menyaksikan acara gilang-gemilang ini, saya juga sangat tidak sabar.

24 Februari 2017

PyeongChang 2018 Olympic Winter Games

Saya pernah bermimpi untuk sekurang-kurangnya menghadiri Temasya sukan Olimpik meski hanya satu kali saja dalam hidup dan mimpi itu belum pernah termahkotai dalam realiti. Kali ini, Olympic Winter Games 2018 akan diadakan di Pyeongchang Korea Selatan dan mimpi lalu kembali bermastautin dalam sanubari ini.
PyeongChang 2018 Olympic Winter Games
PyeongChang 2018 Olympic Winter Games akan diadakan selama 17 hari bermula pada 25 Febuari 2018 hingga 17 Febuari 2018 bertempat di PyeongChang, Gangwon Province, the Republic of Korea. Pyeongchang dipilih menjadi tuan rumah 2018 Olympic Winter Games setelah menang undian majoriti pada 7 Julai 2011. Acara pembukaan dan penutupan gilang gemilang acara ini akan diadakan di Pyeongchang. 

Pyeongchang mungkin kurang terkenal sebelum ini tetapi, Olympic Winter Games akan memulai sejarah tersendiri ditempat ini.  The Olympic Winter Games will be held in Korea for the first time in 30 years after the Seoul Olympic Games in 1988. wow ! 

Passion. Connected

Dua kata menjadi slogan untuk PyeongChang 2018 Olympic Winter Games. Ringkas namun sangat bermakna dalam mencapai misi sukan ini. Berikut adalah makna sebenar mengapa dua kata tersebut menjadi pilihan.

'Passion' means a very strong feeling, affection and something one is fond of. PyeongChang is a place of global festivals that inspires each other and symbolises a place where Koreans share their warm affection. It also expresses the Olympic spirit and the warm heartedness of Koreans.

'Connected' means to link, join, combine, bridge , and understand. PyeongChang is a place where all generations can participate and inspire each other anytime and anywhere through Korea’s innovative technology and cultural convergence, and it means opening a new horizon for a new beginning, a harmonized world and the Olympic Winter Games.

Slogan ringkas, padat dan penuh makna sebagai medan mempersatukan bangsa dari seluruh pelusuk dunia dalam satu temasya sukan bertaraf dunia iaitu, PyeongChang 2018 Olympic Winter Games. Sebagai supporters kepada PyeongChang 2018 Olympic Winter Games, saya percaya sukan merupakan satu cara negara-negara bersatu membina keharmonian dan keamanan dunia.

Wishing for the successful hosting of 2018 Pyeongchang Winter Olympic and let us support the mega sports event ever in Korea.