Memaparkan catatan dengan label LAOS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAOS. Papar semua catatan

5 November 2015

Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG

Saya berada di negara Laos tetapi, saya kurang pasti Laos itu bagaimana. Setahu saya Laos itu memiliki banyak stupa-stupa dan jika kamu bertemu satu darinya sama ertinya kita telah melihat semuanya. Rupanya hampir sama. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Pasar Laos, seperti hidup dalam lagenda rasanya
Saya tahu satu tempat yang terkenal di Laos, namanya Air Terjun Luang Prabang. Kebanyakan pelancong ke Laos melihat ciptaan itu. 

Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Kanak-kanak Laos menyambut kedatangan kami
...dan saya ke Laos hanya sekadar menikmati pasar didalam hutan !
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
..dan saya berada di negara Laos
Jika kamu pernah melihat cerita pendekar atau pun kungfu Cina, korang pasti perasan yang pasar mereka selalunya seakan-akan berada di dalam hutan. aaaah kira-kira begitulah pasar Laos yang telah saya lawati. Dalam hutan tu ada pasar !

Pasar tu pula ala-ala pasar hujung minggu jika di Malaysia atau pasar malam. Macam-macam dijual ! ada kain, cenderamata, kedai makan, herba-herba dan macam-macam lagi. Harga barangan adalah berpatutan dan saya sempat membeli beberapa helai baju 'I love Laos because somebody love me' dan juga keychains. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
Pengangkutan yang ada
Sebenarnya pasar ni berada dipinggir Sungai Mekong. Tiada rancangan pun untuk kesini, semuanya rancangan kilat sekilat-kilatnya :p syukurlah duit tidak terbang tinggi mengudara dengan pantas. Jika tidak, sekadar menjejakkan kaki sajalah tanpa membeli apa-apa. 

Namun, seringkali alasan terjadi jika duit tidak cukup pada kehadiran pertama ia bermakna kita harus datang lagi untuk kali ke dua untuk menebus apa yang kita ingini tapi tidak tercapai kerana duit tidak mengizinkan. Benarkah ? mungkin. Mungkin juga tidak. 

Menyeberang Sungai Mekong dari Thailand sangat mengujakan. Sempat jiwaku diketuk rasa andai bot yang dinaiki itu terbalik..selamatkah kami ? sungainya sangat tidak jernih bak warna milo kegemaran ramai rakyat Malaysia. Mereka suka pasti kerana slogannya ' minum, minum milo and jadi sihat dan kuat' . ok, begitulah warna sungai Mekong. Tidak jernih tapi menjadi kegemaran para pelancong untuk menuju satu destinasi ke destinasi lain tanpa menggunakan jalan darat. 
 LAOS melalui Sungai MEKONG
Antara pemandangan di pesisiran Sungai Mekong
Menaiki bot sangat hebat bagi saya. Terlalu jarang menaiki bot membuat saya selalu teruja namun, satu-satu hal yang seringkali mengganggu perasaan saya adalah imaginasiku selalu bercerita jika disana ada sekumpulan buaya maka............sesuatu yang buruk pasti berlaku. Bot terbalik dan para buaya pasti bersorak riang dalam pesta menikmati dagingku. oh, tidak !

Sungai Mekong sangat luas dan panjang sehingga mampu menghantar anda ke Yunan China...jika mahu mencuba, silakan bayar lebih dan bot akan menghantar anda sehingga ke negara China bahagian Yunan.  Jika pun duit saya banyak, laluan itu bukanlah pilihan saya. Jika pun saya menerima ajakan, laluan itu bukanlah pilihan saya. Atau mungkin saya perlu mencubanya satu kali ? saya perlu berfikir 12 kali.

Laos dan Sungai Mekong tiada dapat dipisahkan. Ia menjadi penghubung tercepat antara Thailand dan Myanmar. Berenang mungkin tidak boleh kerana arusnya deras dan mungkin ada buaya sedang menanti isi perut anda untuk dibaham... oohh, membayangkannya pun saya tidak sudi apatah lagi bermanja-manjaan dengannya. 
 Sungai MEKONG
Nikmati dan kecaplah bahagia
Oh, maaf saya terlupa fakta bahawa sebenarnya Sungai Mekong tidak dihuni oleh buaya, yang ada hanyalah buaya darat dan jauh dari pinggir sungai , mungkin ditengah kota besarnya. hehe. Sepanjang berada di dalam bot jemari ku sempat menyentuh air sungai itu. Airnya sejuk meski mentari waktu itu sangat membakar kulit.  Rasa bebas dan tenang. 
Indahnya Sungai Mekong terlihat dari Laos
Saya sebenarnya lupa yang saya merupakan seorang pekerja pejabat tiap kali berada diluar negara. Betapa manisnya rasa jika berjalan-jalan sahaja tanpa memikirkan diri berada dalam bangunan selama 8 jam setiap hari keculi sabtu dan ahad. Diri terkurung diantara konkrit-konkrit sambil pemandangannya hanyalah kertas,  fail biru dan komputer. whoaaa !! sakitnya tuh disini (hahaha).

Apa pun kehadiranku di tepi-tepi negara Laos, cukup menguatkan rasaku untuk kembali lagi ke negara itu. Melawat kotanya dan bertemu dengan penghuninya. Semoga keinginan itu tercapai pada tahun 2016 kerana tahun ini jadualku telah penuh dengan pelbagai program. 
Ke Pasar Dalam Hutan LAOS melalui Sungai MEKONG
ku ukirkan senyuman istimewa buat Laos :p
Laos adalah sebuah negara yang sebaiknya nikmati pengalamannya. Jangan pergi kesana untuk WOW tempat pelancongan atau shopping mall-nya. Lawati Laos dan nikmati.

Kerana itu untuk banyak hal saya suka perkataan nikmati saja dan anda akan bahagia. Berdiri di hujung Laos, saya bahagia kerana saya menikmati rasa itu apa adanya.