Hello PyeongChang ! D-30 Event for PyeongChang 2018 Winter Olympic Games

Pejam celik pejam celik tidak terasa PyeongChang 2018 Winter Olympic Games tidak lama lagi akan membuka tirai. Sebuah acara berprestij dunia ! 
Hello PyeongChang !
Sehubungan dengan itu, pihak Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia dan Gangwon Province bakal menganjurkan sebuah acara yang di kenali sebagai Hello PyeongChang. Acara ini akan berlangsung selama  tiga hari bermula pada 11 hingga 13 Januari 2018 bertempat di Korea Plaza, Tingkat Bawah, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. Orang ramai dijemput hadir alam acara ini.
Hello PyeongChang !
Dalam acara Hello PyeongChang ini, and berpeluang untuk bergambar dengan Maskot Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim  Sejuk 2018 iaitu, Soohorang dan Bandabi. Selain itu, anda akan berpeluang memberikan kata-kata semangat kepada atlet tunggal Malaysia yang akan beraksi dalam sukan Olimpik PyeongChang itu nanti. Semasa acara itu, anda juga berpeluang untuk memenangi Soohorang dan Bandabi - Soohorang merupakan seekor harimau putih sebagai simbol percaya, kuat dan melindungi. Manakala, Bandabi  merupakan beruang hitam Asia sebagai simbolik kuat dan berani. Tidak hanya itu, anda juga boleh bermain 'Play Mini Ice Hockey and Curling Game'.
Hello PyeongChang !
Mr Lee, Managing Director of KTO Malaysia berkata : ''Sejak beberapa tahun lalu terutama pada tahun 2017, KTO telah berusaha keras mempromosikan lokasi-lokasi indah berkaitan dengan sukan berprestij dunia ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam membantu menjayakan program ini. Tahun 2017 merupakan tahun yang dinamik dan bermakna kepada KTO Malaysia di mana kami telah melancarkan 'WOW ! PyeongChang Malaysia Supporters'. Kami juga telah menemui permata sukan  yang tersembunyi di bandar-bandar Olimpik termasuk atlet Malaysia yang menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk ini dan ia amat memeranjatkan kami ! ''. 

Hello PyeongChang !
Sebelum 2017 berakhir, laluan baru KTX Wonju telah memulakan operasinya dan ini menjadikan inisiatif kami menerokai Korea hampir menjadi realiti. Laluan baru ini secara rasminya akan beroperasi pada bulan Febuari 2018 sejajar dengan bermulanya Sukan Olimpik Musim Sejuk. Pujian dan tahniah kami berikan kepada semua yang telah terlibat dalam mempromosikan acara berprestij ini dan kami mengalu-alukan anda untuk menyertai pra-sambutan bersama kami.
Hello PyeongChang !
Sebagai tambahan, turut diadakan sebuah seminar istimewa diadakan pada 13 Januari iaitu 'Christmas in March'  secara percuma bagi memudahkan pelancong atau sesiapa sahaja yang akan melancong ke Korea.Christmas in March merupakan acara yang telah direka khas oleh Korea Tourism Organisation and Gangwon sebagai memperingati Sukan Musim Sejuk Olimpik dan Paralimpik 2018 bersama.

''Musim salji masih berlangsung pada bulan Mac di wilayah Gangwon dan  rakyat Malaysia boleh mengambil peluang ini untuk menikmati suasana musim salji yang sebenar. Sebenarnya ada banyak aktiviti yang diwujudkan sempena menyambut Sukan Olimpik dan Paralimpik yang bakal menjelma tidak lama lagi selain, berpeluang melihat para atlet beraksi di acara sukan gemilang ini. Disamping itu, anda dapat melihat ski festival di akhir musim sejuk. Menurut Ms Nuri Kim, Gangwon Tourism Marketing Manager, Wilayah Gangwon akan melancarkan Pelan Pemasaran yang bertemakan warisan Olimpik dan Christmas in March akan menjadi acara tahunan mereka.

Post a Comment

18 Comments

Mimie said…
Sekejap saja PyeonChang 2018 Winter Olympic akan buka tirai. Bestnya buat time winter..
Unknown said…
hebat nya malaysia..Sukan musim sejuk pun kita join rupanya..
Wawa Ashihara said…
Wah bestnya.....xdpt salji dpn mata..dpt rasai pgram ni pon berbaloi... Hehehee.. Tapi jauh lak dgn kita kt johor ni..
Cik Ash said…
wahhh bestnya kalau dapat join boleh main salji nanti tu...
Cik Ash said…
wahhh bestnya kalau dapat join event macam ni.. boleh main salji tu...
Emi said…
omg i love the mascott. That's cute.
Zaza Iman said…
Wah acara menarik ni..cla pergi tak nanti? Kalau pergi dpt la bergambar2 kat sana dgn moskot dan lain2.. :)
precious cla said…
Hai Mimi ^^ tak terasa penantian bertahun, akhirnya bulan Februari ni Games dah start :D
precious cla said…
Hello Diana, Yes ! Malaysia ada wakil. :)
precious cla said…
It's ok #Wawa, nanti ada masa pasti merasa pegang salji hehehe

Hi Ash, ...memang best kan kalau dapat join event camni.
precious cla said…
Hi Emi, saya dah dapat patung maskot tu - Soohorang & Bandabi. Memang comel :)

Wawa : Kalau terpilih untuk jadi penyorak mungkin pergi hehe...kalau tak, terpaksa guna duit sendiri. :D
iuzira said…
Jiwa kental ni yg sertai olimpik tak kira cuaca sejuk ke panas tetap berjuang
precious cla said…
Iu Zira : yup, tepat sekali ! harus kental jiwanya demi sebuah kejayaan. :)
Shad said…
Terbaik. Wah, Malaysia ada wakil. Good luck and all the best to them. Mascot comel..
sayaidaydotcom said…
Mesti meriah betul belah sana dengan temasya yang akan datang.kalau pergi sana boleh rasa pengalaman sambutan diorang tu. Hehehe
Eintan Nurfuzie said…
Ada ye.. bru tau.. tq info.. klu x cik en msti xtau
Syamimi Saad said…
Jarang sekali nak follow bab2 sukan ni. 😅
MiYOKO SuKi said…
Winter tuu..lari kna pki sweater ke