Dream Program : Explore Frontier of Winter Sports

Apa itu Dream Program ?

Dream Program atau Program Impian merupakan program yang ditubuhkan untuk memperkenalkan sukan musim sejuk untuk memberi peluang kepada orang muda yang tidak pernah mengalami musim salji atau sukan musim sejuk.
 Dream Program : Explore Frontier of Winter Sports
Program in dilancarkan oleh Pyeongchang pada tahun 2004 sempena bidaan menjadi tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk tahun 2010. Sejak diperkenalkan seramai 1,576 orang muda (105 orang kurang upaya) datang dari 75 negara telah mengikuti program yang telah dianjurkan, yang mana mengambil masa selama 10 hari diantara bulan Januari dan Febuari. 
 Dream Program : Explore Frontier of Winter Sports
Program Impian memberi peluang kepada remaja berusia 11 hingga 15 tahun mempelajari ski dan sukan ais. Bagi remaja yang berpotensi dalam sukan musim sejuk akan dijemput ke Pyeongchang. Program ini telah berjaya mempersatukan negara-negara serantau dan mengayakan pengetahuan tentang budaya negara peserta yang terlibat.

Stakeholder utama seperti IOC, Winter International Federation seperti FIS dan ISU, media antarabangsa dan NOCs telah memacu Program Impian sebagai inisiatif terbaik untuk memperkenalkan Olimpik dimata dunia. Ia memperluaskan pengetahuan tentang sukan musim sejuk, mempromosikan persahabatan antara remaja dan menjadi saluran perdamaian dan keamanan dunia. 

Sejak tahun 2011, fasa ke dua Program Impian disebut 'New Dream Programme' atau ''Program Impian Baru' dilancarkan. Dibawah program Impian Baru, penglibatan orang muda termasuk orang kurang upaya mengalami untuk pengalaman dalam sukan musim sejuk telah meningkat. Pada tahun 2012,  program ini telah melebarkan sayapnya dengan mengadakan akademi untuk sukan musim sejuk. Permohonan diselenggarakan dan diterima oleh Korean Embassy melalui proses konsultansi Nation Olympic Committee (NOC) negera yang terlibat. Setiap NOC akan mengusulkan peserta berumur antara 11-15 tahun dan setelah  diperiksa peserta akan disahkan oleh Wilayah Gangwon.

Tujuan Dream program :

Latihan oleh pakar tentang sukan musim sejuk : Akademi Sukan Musim Sejuk

Pertukaran teori dan latihan praktikal serta tunjuk ajar tentang sukan salji (ski dan snowboarding) dan sukan ais (figure skating dan short track speed skating).

Jurulatih yang terlibat akan mengajar peserta terlibat dinegeri mereka sendiri menggunakan metod pelajaran dan praktikal.

Pemain akan memahami secara lebih baik tentang aktiviti sukan musim sejuk dan memperbaiki kemahiran bermain.

Terlibat dengan pertukaran pemain untuk sukan persahabatan dan antarabangsa

Peluang untuk mengetahui kebudayaan Wilayah Gangwon melalui Seoul trip.

Pengalaman Korea, Reakresi (Dream lounge, Sociap Party, water play).

Terlibat dengan tour di Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang and pengalaman sukan musim sejuk.
 Dream Program : Explore Frontier of Winter Sports
Permohonan yang diterima melalui Korean Embassy dengan melibatkan proses konsultansi Komiti Sukan Olimpik Negara (NOC) yang terlibat. Setiap NOC akan memberikan nama peserta negara sekitar umur 11-15 tahun  sebelum kemudiannya disahkan kelayakan oleh Wilayah Gangwon, Korea Selatan.

Dream Program : Explore Frontier of Winter Sports.

Post a Comment

0 Comments