28 April 2017

Salah Satu Cara Dapatkan SIDE INCOME

Saya tidak menjual produk, kerana itu bukan kepakaran saya atau tepatnya, niat saya kurang kearah mencari duit dengan cara itu. Saya lebih suka bersembunyi dibalik tabir dunia ramai tetapi, masih dapat menikmati secangkir starbuck dengan kerja penulisan saya tanpa perlu mengganggu masa orang lain. 

..dan ini adalah kuasa part time job tanpa perlu mencurangi kerja hakiki.

Antara satu tugas yang sering dan selalu membuat saya suka part time job adalah 'promosi event' atau sekadar 'copy and paste' satu gambar lalu post ke media social seperti Twitter, Facebook atau Blog. Tidak perlu melakukan banyak tugas, cukup berikan dua minit dari 24 jam yang kita miliki dan bayaran akan masuk ke akaun kita. 
Salah Satu Cara Dapatkan SIDE INCOME
Income untuk 4 hari dengan beberapa post sahaja
Semudah itu ? Ya, semudah itu. Bayaran tidak semahal angan-angan, inginnya ratus ke ribu tetapi, itu sudah sangat cukup memadai. Hanya dua minit ! jika banyak minit yang kita berikan, bayaran juga akan meningkat. Apa pun, segala sesuatu harus dilakukan sesuai kehendak boss. 

Post gambar di Facebook dapat bayaran ? semestinya ! itu sebabnya kita harus bijak menghidu peluang yang ada. Saya yakini ada mata yang muak dengan gambar-gambar yang saya post kan di facebook atau instagram, jika benar anda muak...saya sarankan anda melihat fungsi kepada button-button yang disediakan oleh Mark Zurkerberg itu. Ada Unfriend/Block. Dipersilakan memilih salah satu darinya, jika sudah ada bibit-bibit muak terhadap post saya untuk apa bertahan menggenggam rasa itu. Pergi saja, tidak ada yang kecewa ! 

Post saya terkadang berbayar meski itu hanya sekeping potret awan atau, sebotol minuman. Kerja saya ringkas, sangat ringkas...dan saya dibayar.

27 April 2017

Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang 2018 Olympic Winter Games

Tulisan ini tentang PyeongChang Olympic 2018, dan untuk makluman saya akan selalu menulis tentangnya sehinggalah saya bosan menulis tentangnya. Kenapa saya begitu beria-ia menulis tentang PyeongChang Olympic 2018 Winter Games? soalan anda sudah ada jawapannya, kerana PyeongChang Olympic bukan sukan biasa semata tetapi, sukan bertaraf dunia yang mengumpulkan semua atlet berprestij bertanding meraih status juara dipersada dunia. 

Jika sebelumnya saya menulis tentang lokasi-lokasi acara sukan Mountain PyeongChang Cluster, kali ini saya persembahkan lokasi-lokasi acara sukan Gangneung Coastal Cluster. Lima lokasi yang terlibat adalah seperti berikut :-
GANGNEUNG HOCKEY CENTRE
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Gangneung Hockey Centre dibina pada tahun 2014 sehingga Mac 2017. Hockey centre ini mampu memuatkan sehingga 10,000 orang. Lokasi ini hanya digunakan untuk hoki ais wanita dan lelaki. Senibina lokasi ini adalah moden dan pasti akan menjadi tarikan pelancong.

GANGNEUNG OVAL
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Masa pembinaan untuk Gangneung Oval adalah sekitar Oktober 2014 sehingga Mac 2017. Antara acara yang akan berlangsung disini adalah speed skating 500m/ 1,000m/ 1,500m/ 5,000m, 10,000m/ Team pursuit dan Mass Start untuk kedua kategori lelaki dan wanita. Gangneung Oval mampu memuatkan 8,000 orang sekali masa.

GANGNEUNG ICE ARENA
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Arena ini telah mulai dibina pada Jun 2014 sehinggalah pada Disember 2016. Arena ini akan menjadi lokasi bagi acara Figure Skating dan Short Track Speed Skating. Kapasiti muatan adalah 12,000 orang. Untuk pengetahuan semua, keadaan cuaca dan suhu adalah sekitar 18.3°C. Jadi jika anda berminat untuk datang menyaksikan acara di Gangneung Ice Area pada PyeongChang Olympic 2018 nanti, anda tahu apa yang harus anda lakukan. Pakai pakaian yang sesuai, ok ?

GANGNEUNG CURLING CENTRE
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Ia telah dibina sejak tahun 1998 tetapi, telah dilakukan sedikit pembaikan pada Disember 2015 sehingga Januari 2017 bagi tujuan menyambut temasya sukan Olimpik 2018. Bangunan ini berkapasiti 3,500 orang sahaja. Acara yang terlibat adalah Men's curling, Mixed Doubles Curling dan women's curling.

Gangneung Curling Centre adalah terkenal dan antara major acara yang menggukan tempat ini adalah: Winter Asian Games (1999), ISU 4 Continent Figure Skating Championships (2005) (2007) (2011) dan world women's curling Championships (2009).

KWANGDONG HOCKEY CENTRE
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Acara hoki ais akan berlangsung disini untuk hoki ais kategori wanita dan lelaki. Kwangdong Hockey Centre telah mulai dibina pada Jun 2014 sehingga Febuari 2017 dengan kapasiti 6,000 orang.

Setiap lokasi untuk acara sukan yang diadakan adalah dalam jarak yang terbaik dan tidak terlalu jauh dari satu lokasi dengan lokasi yang lain. PyeongChang 2018 Olympic Winter Games semakin terasa auranya dan ramai yang telah mulai merancang untuk ke PyeongChang Korea Selatan pada awal tahun 2018. Bagaimana dengan anda ? 

Rancang percutian anda mulai dari sekarang, biar semua rancangan berjalan dengan lancar. 

18 April 2017

Lokasi-Lokasi Untuk Acara PyeongChang Mountain Cluster - Olympic Winter Games PyeongChang 2018

Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 sudah semakin hampir, pelbagai persiapan telah dan sedang giat dijalankan. Antara perkara yang tidak boleh dianggap remeh adalah penyediaan lokasi dan stadium yang mana akan menjadi medan pertarungan para atlet menonjolkan diri dan dikenal dipentas dunia.

Lokasi acara sukan yang dibina adalah istimewa untuk acara gilang-gemilang Sukan olimpik PyeongChang 2018. Berikut merupakan Stadium dan lokasi yang bakal menempah sejarah para atlet seantereo dunia pada Olimpik 2018, PyeongChang.

PYEONGCHANG OLYMPIC STADIUM
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
Stadium ini akan menjadi lokasi pembukaan acara Sukan Olimpik pada 09 Febuari 2018 dan acara penutupan pada 25 Febuari 2018. Stadium ini juga akan menjadi lokasi pembukaan temasya sukan Paralimpik pada 09 Mac 2018 dan penutupan pada 18 Mac 2018. Stadium ini mampu menampung sehingga 35,000 penonton.

ALPENSIA SKI JUMPING CENTRE
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
Alpensia Ski Jumping Centre telah dibina pada tahun 2009 dan telah dibaiki untuk pertama kalinya pada tahun 2007 dan dibaik-pulih semula untuk kali ke-2 pada April 2015 sehingga Disember 2017. Lokasi ini akan digunakan sebagai lokasi Ski Jumping, Nordic Combined dan Snowboard (Big Air) semasa sukan Olimpik PyeongChang 2018 nanti. Alpensia Ski Jumping Centre menampung kapasiti sehingga 13,500 orang dengan jumlah tempat duduk 11,000 manakala, 2,500 adalah berdiri.

Lokasi ini telah pernah digunakan untuk kejohanan besar seperti  FIS Ski Jumping Continental Cup pada tahun 2009 dan 2011.
ALPENSIA BIATHLON CENTRE
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
Alpensia Biathlon Centre akan menjadi lokasi 11 acara sukan Biathlon pada temasya Sukan Olimpik PyeongChang 2018 nanti. Lokasi ini telah dibina pada tahun 1998 dan baik-pulih pertama dilakukan pada November 2007. Ia kemudiannya dibaik-pulih semula bagi tujuan Sukan Olimpik 2018 pada April 2015 sehingga Disember 2017. Jumlah  kapasiti Alpensia Biathlon Centre adalah 7,500.

IBU Biathlon World Cup dan IBU Biathlon World Championships telah diadakan dilokasi ini pada tahun 2008 dan 2009.
ALPENSIA SLIDING CENTRE
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
Alpensia Sliding Centre adalah masih dalam pembinaan sejak Disember 2013 dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2017. Ia mampu memuatkan 7,000 orang dengan 1,000 tempat duduk dan 6,000 lagi penonton berdiri. Antara acara yang akan diadakan ditempat ini adalah Bobsleigh / Skeleton, Luge Men dan Luge Women/Double.

 ALPENSIA CROSS-COUNTRY CENTRE
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
 Alpensia Cross-Country Centre sebenarnya telah dibina sejak tahun 1998 dan dijadikan lokasi utama untuk temasya sukan  FIS Far East Cup National Championships untuk 3 tahun berturut-turut iaitu  2011, 2012 dan 2013. Untuk waktu ini Alpensia Cross-Country Centre sedang dibaik-pulih untuk tujuan Sukan Olimpik PyeongChang 2018 dan ia dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2017. Antara acara yang terlibat diadakan di lokasi ini adalah Cross-country skiing dan Nordic Combined.

Difahamkan Alpensia Cross-Country Centre berjaya menampung 7,500 penonton dengan kapasiti 4,500 kerusi dan selebihnya adalah berdiri.

YONGPYONG ALPINE CENTRE
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
Yongpyong Alpine Centre merupakan salah satu lokasi yang terkenal untuk acara Alpine Skiing dan lokasi paling sibuk untuk acara Alpine Skiing sejak tahun 1998 sehinggalah tahun 2016. Antara aktiviti tersebut adalah: FIS Alpine Skiing Continental Cup (Annual),Winter Asian Games (1999), FIS Asian Games (1999) ,IPC Alpine Skiing Asian Cup dan IPC Alpine Skiing World Cup for the Disable. Yongpyong Alpine Centre berkapisiti 6,000 muatan dengan 2,500 kerusi dan selebihnya adalah penonton berdiri. Ia masih dalam pembaikan sejak Ogos 2016 dan akan siap sepenuhnya pada Disember 2017.
JEONGSEON ALPINE CENTRE
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
Jeongseon Alpine Centre masih dalam pembinaan sejak Mac 2014 dan akan siap sepenuhnya pada Disember 2017. Ia merupakan lokasi untuk acara Alpine Skiing- Downhill, Super-G dan Alpine Combined wanita dan lelaki. Jeongseon Alpine Centre berkapisiti 6,500 muatan penonton dengan 3,600 kerusi dan 2,900 penonton berdiri.

BOKWANG SNOW PARK (P,C)
Olympic Winter Games PyeongChang 2018
Bokwang Snow Park merupakan kawasan yang pergunungan yang indah dan saujana mata memandang. Ia telah dibina pada tahun 1995 dan beberapa tambahan binaan sedang giat dilakukan sejak Mac 2015 sehingga Disember 2017. Antara acara yang akan dipertandingkan disini adalah Snowboard (cross), Snowboard (hal-pipe), Snowboard (slalom), Snowboard (slopestyle) dan freestyle skiing. Lokasi ini ternyata luas dan mampu memuatkan sehingga 18,000 penonton dengan 10,200 kerusi dan 7,800 penonton adalah berdiri. 

Kesemua lokasi utama diatas akan menjadi tumpuan atlet seluruh dunia dan penonton serata dunia. Melihat kepada lokasi-lokasi tersebut pasti ramai yang sudah tidak keruan hatinya dan sudah mulai merancang percutian musim sejuk ke PyeongChang Korea pada Febuari 2018 dan tidak sekadar melancong tetapi, juga menjadi saksi acara gilang-gemilang Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

1 April 2017

Malaysia 「Wow! Pyeongchang」 Supporters

Sudah lama rasanya tidak ke Korea Selatan, terakhir kali saya ke negara itu ketika drama Winter Sonata sedang hangat diperkatakan oleh remaja negara demokrasi tanah kelahiranku. Itu sudah sangat lama. Terlalu lama untuk berpura-pura, kononnya aroma Everland masih segar dirongga pernafasan. 
Malaysia 「Wow! Pyeongchang」 Supporters
Kali ini, saya terpilih menjadi wakil Supporter Malaysia untuk WOW! Pyeongchang sempena 2018 Pyeongchang Winter Olympic di Korea Selatan. Ia dilakukan secara rasminya oleh Korea Tourism Organization dan setiap WOW Pyeongchang Supporter menerima sijil lantikan, T-Shirts dan banyak lagi. Terasa diri ini sangat dihargai. 

Meski Winter Olympic Games itu merupakan event Korea Selatan tetapi, sebagai rakyat negara bersahabat dengan Korea Selatan saya mahu dan rela menjadi supporters untuk sukan berprestij dunia ini. 

Sukan Olimpik Pyeongchang akan berlangsung  pada 9 Febuari 2018 sehingga 25 Febuari 2018 dan kemudian akan disambung dengan acara Sukan Paralimpik. Banyak acara musim sejuk dipertandingkan dan artikel-artikel berakitan dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang 2018 akan saya hidangkan buat pembaca sekalian.

Until next post !