Test Event : 2018 PyeongChang Winter Olympic

Korea akan menjadi tuan rumah sukan berprestij dunia iaitu, Pyeongchang Winter Olympic pada 09 hingga 25 Febuari 2018 dan berlangsung selama 17 hari. Seperti biasa semua sukan bertaraf dunia pasti akan mengadakan 'Test Event'.

Apa itu test event

Test event merupakan suatu ruang yang dikhaskan kepada para atlet untuk hadir berlatih atau melihat tempat bersukan sebenar sebelum pertandingan dimulai. Ia bertujuan untuk mempersiapkan para atlet dengan atmosfera negara tersebut atau kawasan yang terlibat untuk pertandingan. Pyeongchang Winter Games turut melaksanakan Test Event dan dijangka seramai 3,000 orang atlet terlibat dalam test event ini bersama para sukarelawan seramai 1,000 orang.  Test event ini berlangsung sejak bulan Febuari 2016 sehingga Appril 2017 selama 14 bulan.

Berikut merupakan senarai lokasi test event dan sukan yang terlibat yang mana sukan tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu  sukan ais dan;  sukan salji dan gelongsor.

Beberapa acara 2018 Pyeongchang Winter Games percubaan telah dilakukan antaranya adalah seperti 'Figure skating' bertempat di Gangneung Ice Arena, 'Ski jump' di Alpensia Ski Jump serta 'snowboard' bertempat di Bokwang Snow Park. Negara Korea Selatan telah dan sedang berusaha melakukan yang terbaik dalam persediaan menyambut sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali. 
Apa tujuan sebenar test event ini diadakan ? 
Committee 2018 Pyeongchang Winter Games menyatakan tujuan sebenar Test Event ini diadakan adalah bertujuan seperti berikut :
Connecting athletes and spectators heart-to-heart, these test events will ready everyone around the globe for the biggest celebration of winter sports in the world - the Olympic and Paralympic Winter Games PyeongChang 2018.

Malaysia tidak terkecuali daripada mengambil bahagian dalam  temasya sukan berprestij dunia ini beserta 205 buah negara lain. Saya pasti negara Korea Selatan sangat tidak sabar menanti kehadiran para atlet dan pengunjung ke Pyeongchang 2018 untuk menyaksikan acara gilang-gemilang ini, saya juga sangat tidak sabar.

Post a Comment

2 Comments

KUCI said…
Rindu pula dengan Korea, dulu ada hajat nak ke Brazil untuk Olimpik tapi jauh sangat. Hopefully 2018 dapat ke Korea. hehe
precious cla said…
Hi, dulu saya pun ada hajat tapi jarak dan duit tak mengizinkan hehe. Harap tahun depan dapat ke Korea ;)