19 Mac 2017

Proses Persiapan PyeongChang Winter Olympic 2018

Ada sesuatu yang gilang-gemilang akan berlaku di negara Korea Selatan pada tahun 2018. Rasanya tidak perlu saya huraikan panjang lebar, semua sudah tahu. Jika anda tidak tahu tetapi, mahu tahu...sila baca tulisan ini hingga ke noktah terakhir. 

Korea Selatan akan menjadi tuan rumah acara sukan Olimpik pada 2018 dan temasya tersebut akan berlangsung di PyeongChang yang terletak di wilayah Gangwon dan merupakan kawasan pergunungan nan indah di Korea Selatan. PyeongChang Olympic sudah tidak lama lagi dan jika melihat pada kalendar ia hanyalah tinggal 15 bulan saja. 

Wow! pasti ramai yang sedang merancang ke PyeongChang Korea pada tahun 2018 untuk sama-sama menyaksikan acara gilang-gemilang itu. Dalam sibuk kita merancang, Korea Selatan lagilah sibuk dalam persiapan mereka memberikan hasil terbaik 2018 PyeongChang Winter Olympic. Sudah namanya tuan rumah, pelbagai persiapan harus dilakukan. Seluruh mata dunia terarah kepada mereka. 

Antara persiapan yang sedang giat adalah Test Event dan juga menyediakan rumah PyeongChang 2018 yang merupakan pusat menyalurkan maklumat acara sukan Olimpik musim sejuk dan Paralimpik pada tahun 2018 kepada orang awam. Selain PyeongChang, dua lokasi utama menjadi medan pertaruhan para atlet merebut kejuaraan adalah Gangneung dan Jeongseon yang masing-masing hanya 30 minit perjalanan daripada lokasi PyeongChang.
Proses Persiapan PyeongChang Winter Olympic 2018
Lokasi Sukan Olimpik 2018, PyeongChang Korea
Bagaimana pula dengan persiapan lokasi untuk kesemua sukan yang dipertandingkan ? Difahamkan lokasi utama untuk Sukan Olimpik ini akan melibatkan 13 buah tempat seperti :-
Proses Persiapan PyeongChang Winter Olympic 2018
PyeongChang Olympic Stadium
Stadium ini akan menjadi tempat upacara pembukaan acara Olimpik 2018 pada 09 Febuari 2018 dan acara penutupan pada 25 Febuari 2018. Stadium ini juga akan dijadikan lokasi pembukaan temasya sukan Paralimpik pada 09 Mac 2018 dan penutupan pada 18 Mac 2018.
 
Proses Persiapan PyeongChang Winter Olympic 2018
Alpensia Ski Jumping Centre
Lokasi ini telah dibaiki pada 2007 dan dibaik-pulih semula untuk kali ke-2 pada April 2015 sehingga Disember 2016. Lokasi ini akan digunakan sebagai lokasi Ski Jumping, Nordic Combined dan Snowboard (Big Air) semasa sukan Olimpik PyeongChang 2018 nanti.

Melihat kepada lokasi- lokasi ini buat hati bertambah tak sabar. Itu baru dua lokasi yang saya tonjolkan. Ada 13 lokasi kesemuannya dan kesemua lokasi itu telah siap sepenuhnya dan telah dilakukan test event manakala, beberapa lokasi pula masih sedang giat dilakukan pembaikan atau naik tarafkan. 

Menjadi tuan rumah sukan berprestij dunia pasti tidaklah mudah tetapi, Korea Selatan berjaya meraih kemenangan semasa sesi pemilihan tuan rumah sukan olimpik dilaksanakan.  Dua kata menjadi tag slogan untuk 2018 PyeongChang Olympic Winter Games - Passion.Connected- sebuah simbol semangat tanpa melupakan keindahan budaya tradisional dan moden negara Korea Selatan yang dihubungkan dengan teknologi canggih merentasi generasi.

Terima kasih kepada Korea Tourism Organization kerana telah memilih saya sebagai official wow PyeongChang supporter. Eh, Korea tu ! untuk memudahkan anda mengetahui lebih banyak tentang 2018 PyeongChang Winter Olympic Games ini, anda boleh mencari dengan carian #KoreaTourismOrganization #ImagineYourKorea atau #PyeongChangWinterOlympic .
Reactions:

0 comments: