My Birthday Wishlist : ShopBack Malaysia's 2nd Birthday !

Hatiku menari kala menuliskan ini, gembira tiada terhingga kerana penulis blog tak dikenali seperti saya diberikan peluang meraih sebuah janji dalam kejayaan Shopback mencapai usia dua tahun dalam dunia perniagaan global. Semoga kejayaan yang telah dikecapi selama ini terus berlangsung ke usia dekad dan abad. 
Happy 2nd Anniversary ShopBack Malaysia. Terima kasih kerana mewujudkan shopback dan menghimpunkan semua kedai online dalam satu rangkaian seperti Lazada, Qoo10, Expedia,  Zalora, Thermo dan banyak lagi.

Janggal rasanya mengucapkan 'happy anniversary Shopback' tetapi, dalam masa yang sama menyatakan wishlist peribadi untuk direalisasikan oleh shopback. Meski janggal namun, saya mahu agar tulisan ini tidak diketepikan oleh Shopback. Ini mimpi saya yang belum direalisasikan oleh siapa pun didalam dunia ini. Semoga mimpi saya menjadi realiti dan saya untuk selamanya akan berterima kasih kepada Shopback.

Lima benda ini sangat menjadi kegilaan dihati saya dan semoga Shopback merealisasikan satu dari lima benda dalam senarai dibawah ini :
Samsung Galaxy J5 2016 J510 
My Birthday Wishlist : ShopBack Malaysia's 2nd Birthday !
Jujur saja, saya tidak mempunyai smartphone. Tipukah saya ? tidak ! saya hanya menggunakan Samsung Tab 3 (itu pun merupakan hadiah ketika menang menulis artikel). Smartphone saya yang lalu telah rosak, retak dan hatiku turut retak mengenang nasib itu. Seringkali saya menunggu peluang keemasan seperti ini 'semoga ada kejayaaan' dan kata-kata semangat seperti 'usaha adalah nama lain bagi sebuah kejayaan' itu benar-benar terjadi dalam duniaku.

Ketika mengetahui Contest ShopBack Malaysia ini, saya mulai berimaginasi 'andai saya menang...'

Ya, jika saya terpilih untuk menang dan terpilih sebagai pemenang, saya mahu Samsung Galaxy J seperti dalam gambar diatas itu.

Seiring dengan peredaran waktu dan ekonomi negara serta beberapa tuntutan bayaran lain, memiliki smartphone pada tahun ini dengan duit sendiri adalah suatu keajaiban. Saya memerlukan smartphone untuk dibawa kemana-mana, ringan dan sekurang-kurangnya ia kelihatan sedikit bergaya berbanding menggunakan Samsung Tab 3 yang mungkin sedikit ketinggalan zaman pada tahun 2017.

ThiEYE Wifi Mini 4K Action Camera i60+(Black)
My Birthday Wishlist : ShopBack Malaysia's 2nd Birthday !
Saya suka kepada outdoor activity seperti eksplorasi hutan dan mendaki gunung. Memiliki gadget ini saya yakini mampu membantu menyimpan memori secara nyata melalui gambar yang jelas selain ianya ringan dan bersaiz kecil. Trend penggunaan action kamera sangat hits dalam dunia masa kini dan jika dipasang waterproof case kita boleh menyelam bercanda bersama ikan sambil bergambar atau melompat tinggi sambil disaksikan awan biru dan gambar tetap cun-melecun tanpa gegar. Sebagai seorang blogger yang sukakan perjalanan terpotret indah untuk dihidangkan kepada para pembaca, saya sangat memerlukan action camera ini.

Action camera wajib dimiliki oleh para penggemar aktiviti lasak dan saya salah satu dari para penggemar aktiviti itu dan wajib memiliki gadget canggih ini.

2016 Latest Syma X8HG With HD Camera High Hold Mode 2.4G 4CH 6AxisRC Quadcopter (Red)
My Birthday Wishlist : ShopBack Malaysia's 2nd Birthday !
Saya selalu memiliki keinginan untuk memiliki drone dan selalu saja keinginan itu meledak ketika saya berada ditempat tinggi seperti ketika berada di pergunungan. Ketika berada di Gunung Ijen, Indonesia saya terlihat drone asyik berterbangan diatas samudera buat hati ini ini berbicara kecil :
 'sabar saja, belum waktunya saya memiliki'. 

Ketika melihat Contest yang dijalankan oleh Shopback, saya tersenyum kecil seakan punya harapan yang tinggi untuk memilikinya meski pada hakikat, ia terlalu sukar kerana ramai peserta hebat lain yang juga turut bersaing memenangi hati Shopback.  Salah satu keistimewaan 2016 latest Syma X8HG adalah 6-Axis gyroscope strong stability, easily implement various flight movements, stronger wind resistance dan mudah dikawal. Memiliki gadget ini seakan memiliki helikopter kecil yang mahu memberikan hasil gambar terbaik ! Saya akan mendaki gunung Kinabalu pada tahun ini dan memiliki drone adalah suatu impian yang tak tersembunyi untuk merakam keindahan Gunung Kinabalu untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia tercinta dan jika pun bukan untuk seluruh warga sekurang-kurangnya, saya merakamkan keindahan gunung Kinabalu untuk tatapan generasi saya kemudiannya.

Drone adalah impian yang saya nanti-nantikan untuk menjadi kenyataan.

Leegoal 4 Persons Waterproof Dome Automatic Instant Tent Beach Tent
My Birthday Wishlist : ShopBack Malaysia's 2nd Birthday !
Ok, saya seorang wanita kampung yang terbiasa dengan hutan dan alam tetapi, kini telah bekerja. Lima hari satu minggu, setiap hari harus bangun awal pagi untuk kepejabat dan rutin itu sangat membosankan tetapi, itu tidak bermakna saya tidak bersyukur akan hidup ini.  Oleh itu, disetiap kesempatan cuti-cuti saya akan merelakan diri ini berada dalam pelukan sang alam sambil menyaksikan betapa indahnya rembulan malam beserta para bintangnya. Kemah ini sangat saya perlukan memandangkan kemah lama saya telah berusia tiga tahun dan telah hampir nazak dan sebentar lagi saya harus mengebumikannya. Hotel dan kemah, saya memilih kemah kerana kemah menjanjikan seribu satu kisah pengembaraan bersama alam. 

MF DESIGN White Grorious Divan Bed with 8-inch Damask Quilting Fabric Queen Size Mat 
My Birthday Wishlist : ShopBack Malaysia's 2nd Birthday !
Ya, saya mahu MF Design White Grorious Divan Bed ! kenapa ? kerana saya memerlukan tempat tidur yang baik setelah seharian berlelah berjuang dalam dunia pejabat untuk mencari nafkah. Saya memerlukan kualiti bed untuk kesihatan selain untuk mendapatkan tidur nyenyak sepanjang malam. Material yang digunakan untuk produk ini adalah asli dan terbaik. Semoga tidurku nanti beralaskan MF Design White Grorious Divan Bed.

Opppss....cukup lima wishlist dan semoga satu dari lima benda itu menjadi bahagian dari cerita hidupku nanti. Semoga Shopback Malaysia berkenan kepada wishlist saya. Bagi anda yang masih 'bingung' dengan nama ShopBack atau keliru, ini adalah kisahnya. Shopback merupakan satu rangkaian yang menghimpunkan lebih 300 kedai online yang menjual variasi produk. Shopback membantu para pelanggan mendapatkan produk melalui talian dengan harga termurah serta mendapatkan diskaun sehingga 80% dan paling best, ketika anda shopping melalui Shopback anda akan mendapat cashback semula ! bagaimana ? 

Haaa, yang tu anda kena baca perenggan seterusnya.

Pertama anda kena SIGN UP dulu, mendaftar sebagai ahli. Jangan bimbang pendaftaran adalah PERCUMA. Selepas tu anda boleh masuk dengan akaun anda sendiri dan mulailah shopping dengan variasi pilihan melebihi 300 online stores dengan harga yang murah. Lagi banyak anda shopping, lagi banyak cashback yang anda dapat.


Cashback ? YA ! Cashback.
My Birthday Wishlist : Happy 2nd Anniversarry Shopback !
Shopping dan dibayar, sangat tidak masuk akal TETAPI ia adalah kenyataan
My Birthday Wishlist : Happy 2nd Anniversarry Shopback !
Ini adalah antara store yang ada dalam rangkaian ShopBack
My Birthday Wishlist : Happy 2nd Anniversarry Shopback !
Berbelanja sambil menabung hehe
so, tunggu apa lagi ! cepat mendaftar sebagai ahli ShopBack Malaysia dan berpeluang mendapat harga terendah serta dapat CashBack semula. Best tak ShopBack ? tak perlu jawab sekarang, dah cuba baru tahu.

Sekali lagi, happy 2nd anniversary kepada ShopBack...kejayaan anda hari ini pasti dimulai dengan langkah berani anda dimasa lalu. Andai suatu hari anda bertemu dengan rintangan menggapai impian memeluk kejayaan globalisasi, ingatlah pada langkah berani anda dihari pertama ShopBack dimulai. Anda pasti mampu menawan dunia perniagaan dipentas dunia. Selamat hari jadi dan kekal sukses !

Oh ya, wahai ShopBack Malaysia yang hebat...WISHLIST diatas itu tolong jangan diabaikan ya.. saya mohon dengan harapan juga, doa agar saya menjadi bahagian kesayangan kalian dan dapat memegang mimpi dialam nyata.

Terima kasih.





Post a Comment

6 Comments

sitirohaida said…
all the best tau

~ Kisahsidairy~
precious cla said…
Thank you sis ;)
Unknown said…
Terbaik. Semoga anda selalu di beri kesuksesan sis precious cla.
Semangat terus, tuhan sentiasa bersama kita.
precious cla said…
Terima kasih Prastyo, Tuhan memberkati juga :D
KUCI said…
Humble wish lists .. may all your dreams come true.
precious cla said…
Hello Kuci ^^ saya lebih dari bersyukur jika menang dan dapat 1/5 items diatas itu. :D