loading...

14 September 2017

Gangneung : Coffee Festival

Korea Selatan menghimpunkan banyak tarikan kepada dunia pelancongan dan juga, kepada dunia rasa sang penggemar aroma klasik kopi. Bagi pemilik rasa kopi, tulisan ini sangat tepat buat anda. Gangneung, Korea Selatan merupakan salah satu lokasi sukan Olimpik musim sejuk 2018 dan ia turut digelar sebagai bandar kopi.

Bandar Kopi ? Ya, bandar kopi ! kerana didalam kota ini terdapat lebih daripada 300 kedai kopi  bertema, muzium kopi, barista generasi pertama, akademi kopi dan turut diadakan Gangneung Coffee Festival setiap tahun.
Gangneung : Coffee Festival
Gangneung Festival Coffee julung kali diadakan pada tahun 2009 dan acara ini berjaya menarik sang penggemar kopi dari serata dunia. Pelbagai acara dilaksanakan bagi memeriahkan suasana Festival tersebut antaranya ; Barista performance, sampling coffee, seminar, stamp rally, world coffee zone and outdoor Cafe Zone by particapting cafés from the Gangneung area. 

Masuk /Yuran penyertaan : Percuma (sesetengah aktiviti dikenakan bayaran)
Alamat : 131, Nanseolheon-ro, Gangneung-si, Gangwon-do.

Pengangkutan :
(Bas)
-Dari Gangneung Intercity/Expree Bus Terminal, ikut bas no. 221
 Turun di Anmok (hentian akhir) dan berjalan ke lokasi Festival (10 minit)
-Dari Gangneung Station, ikut bas no. 223 ke Anmok.

(Teksi)
Ikut teksi dari Gangneung Buas Terminal ke Gangneunghanh Port (sekitar 20 minit)

BOHEMIAN ROASTER

Memetik kata inspirasi Park Yi Choo,  seorang Coffee Master 'perkara paling penting ialah membuat kopi yang boleh diminum dalam tempoh 10 tahun atau 20 tahun mendatang. Ia lebih baik daripada sekadar mengikuti trend kopi'.
Gangneung : Coffee Festival
Mr Park Yi Choo merupakan barista generasi pertama yang mewujudkan Bohemian Roasters. Beliau memulakan perniagaan kopi di Kota Seoul pada tahun 1988 dan kemudian berpindah ke Gangneung pada tahun 2000. Beliau terkenal dengan resepi tersendiri iaitu kopi panggang. Kopi panggang bancuhan Park Yi Choo boleh dinikmati dicawangan kafe Yeongjin atau Gyeongpo.

Alamat : 107 Haean-ro, Sacheon-myeon, Gangneung, Ganwon-do.

TERAROSA CAFE AND COFFEE FACTORY

Terarosa bermula sebagai sebuah kilang pembekal biji kopi kepada kafe-kafe. Rekabentuk dalaman Terarosa bercirikan saofistikated dan unik. Selain kopi menjadi hidang utama, kafe ini turut menyediakan brucnh menu kepada para pengunjungnya.
Gangneung : Coffee Festival
Pemilik Terarosa Cafe, Mr Kim Yon Deok mempunyai impian untuk menjadikan cafe ini sebagai Cultural Cafe. Para pengunjung boleh menikmati kopi terbaik Terarosa secara santai bersama rakan-rakan atau keluarga sambil membaca buku, menulis atau sekadar menikmati menu yang ada. Terarosa menjadi lokasi pilihan setiap diadakan mini Konsert.

Kim Yon Deok menjelaskan bahawa 'Terra Rossa bermaksud batu-bata berwarna merah di Portugal. Ia turut digelar sebagai 'a land of hope' di Brazil. Membina budaya kopi itu sangat penting. Justeru itu, saya ingin mewujudkan ruang budaya didalam kilang kopi itu'.

AMNOK CAFE STREET

Sang penggemar kopi menggelarnya sebagai syurga kopi. Membayangkan saja pun sudah cukup membuat saya alpa akan waktu, menyedut aroma kopi sambil memejamkan mata...ahhhh that modern! Dahulunya, para pengunjung Amnok Street menikmati kopi daripada vending machine sambil dihadapannya terentang indah lautan nan membiru. Musim berganti musim, vending machine bertukar menjadi deretan kafe kopi dan ia merupakan milik para barista.
Gangneung : Coffee Festival
Panjang Amnok Coffee Stree adalah 5.67KM dan terdapat 20 kafe kopi daripada 300 jumlah keseluruhan kedai atau kafe kopi di Gangneung.  Amnok Coffee Street menjadi pilihan para pengunjung bertandang kerana, selain menikmati secangkir kopi istimewa, kawasan ni turut tertatah rapi oleh alam semula jadi laut dan pantai. Sebuah gabungan rasa yang sempurna, bila mulut menikmati kopi , mata pula dijamu dengan seri alam lautan dan pantai. Deruan ombak bersatu dengan aroma kopi.

Lagi istimewa, kopi yang dijual di Amnok Coffee Street adalah istimewa dengan masing-masing kafe mempunyai resepi  beserta desert menu tersendiri. Bagi sang penggemar kopi, Amnok Coffee Street merupakan satu tempat yang tidak boleh tidak dilawati. Harus dan  wajib pergi ke Amnok Coffee Street !.

Alamat : 17, Changhae-ro, Gangneung-si, Gangwon-do (Amnok Beach)

Pengangkutan :
(Bas)
-Gangneung Express Bus Terminal . Bas no. 2002-1 atau 303-1 ke Amnok
(Teksi)
-Ikut teksi ke Amnok (anggaran masa : 20 minit)

COFFEE CUPPER MUSEUM

Sang penggemar kopi tidak seharusnya menikmati kopi hanya dengan lidah dan mulut tetapi, harus dengan hati dan pengetahuan. Coffee Cupper Museum merupakan sebuah muzium yang menyimpan sejarah dan koleksi kopi-kopi yang jarang ditmui didalam dunia. Para pengunjung berpeluang mengenali sejarah serta budaya kopi yang unik serta, berpeluang mempelajari dan mengikuti pengalaman menarik pemilik dan pengusaha kopi.
Gangneung : Coffee Festival
Coffee Cupper Museum tidak sekadar sebuah muzium tetapi, turut mempunyai ladang kopi. Mesejnya mudah, agar proses kejadian kopi daripada proses penanaman sehingga ke pasaran dunia diketahui umum terutama oleh para pencinta kopi.

Program/aktiviti : 10,000KRW per program
*coffee roasting
*Hand-dripping
*Espresso Extraction
*Planting activity
*Chocolate activity

Yuran masuk : 5,000 KRW 9dewasa) / 4,000 KRW (4-19 tahun)
Alamat : 2171-19 Wangsan-ro, Wangsan-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do, Korea

Pengangkutan
(Bas)
Dari Gangneung Intercity Bus Terminal, ambil bas bernombor 507, (mengambil masa 40 minit)

30 Ogos 2017

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah

Negeri Sabah kaya dengan pesona alam yang memukau. Eksplorasi ke pergunungan, bukit-bukau, atau ke pulau dan lautan ? semuanya boleh diperoleh di negeri Sabah Bawah Bayu. Artikel kali ini, sekali lagi berbicara tentang aktiviti hiking ke salah satu bukit terkenal dinegeri ini. Bukit Perahu, Tamparuli
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Berjalan sendirian terkadang mengasyikkan tetapi, untuk program seperti hiking melangkah sendiri pasti bukan sebuah pilihan yang terbaik. Saya bersama #TeamGBK ternyata sangat bersemangat bangun lebih awal untuk tujuan mendaki bukit Perahu. Biasanya, hujung minggu iaitu Sabtu sering digunakan untuk bangun dari tidur lebih lewat dari biasa kerana, memang hari Sabtu adalah hari cuti. Namun, tidak untuk hari itu.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Menyaksikan matahari terbit dari puncak Bukit Perahu pastinya bukan tujuan utama kerana, kami tiba agak lewat. Kami berjalan santai tanpa ada yang mengikat. Tidak terikat dengan waktu juga, tidak berlumba untuk mencari nama siapa lebih pantas tiba dipuncak bukit tersebut. Kami menikmati perjalanan sambil menghirup udara segar pagi itu. 

Sebenarnya, ini bukan perjalanan pertama saya ke bukit ini. Sebelumnya, saya mendaki ketika matahari hampir melabuhkan tirai tugasnya tetapi, kali ini saya memulai perjalanan ketika matahari baru memulakan tugasnya dinegeri ini. Bukit ini agak tinggi dan sepertinya sepanjang perjalanan tidak ditemukan jalan yang datar untuk memanjakan kaki untuk bersantai seketika dari terus berusaha keras untuk melangkah. Waktu untuk mendaki Bukit Perahu adalah kurang dari satu jam. Tidak terlalu sukar tetapi, cukup membantu untuk memaksa peluh keluar dari liang-liang kulit. 

Disetiap pendakian sering ditanyakan satu soalan 'cantikkah' tempat itu ? Tentu saja. Disetiap puncak selalu disajikan sebuah pemandangan indah saujana mata memandang. Dipuncak Bukit Perahu, anda mampu melihat pemandangan keseluruhan kawasan Tamparuli. Sunrise dan sunset dari puncak bukit ini terlihat lebih mewah berbanding ketika kita melihatnya dari tempat yang rendah. 

Siapa yang boleh mendaki ? 

Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Siapa saja boleh. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan syarat tidak mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Tambahan pula, mendaki bukit ini adalah percuma. Apa yang saya kesalkan ketika mendaki bukit ini adalah ramainya sang pasangan yang bergandingan tangan umpama kawasan itu adalah taman. Saya mengerti jika tangan dihulur untuk membantu tetapi, saya sangat tidak mengerti jika sepanjang perjalanan berpimpin tangan dan menghalang perjalanan orang lain. Lagi teruk, berjalan sambil ketawa-ketiwi seperti kawasan itu adalah hak keluarganya dan mereka bebas melakukan apa saja. Saya selalu berharap disetiap kawasan alam semulajadi yang tertatah rapi mempunyai suasana tenang dan damai. Bukan hura-hara suara manusia teruja ketawa-ketawi seperti ada sesuatu yang sedang mereka raihkan. Lagi teruk, bagi sang pengotor yang tanpa rasa bersalah membuang sampah merata tempat. Itu biadap sekali !

Apa pun, mendaki Bukit Perahu merupakan hal yang indah apatah  lagi, turut serta dalam team ini adalah budak dibawah umur 8 tahun yang ghairahnya terhadap perjalanan tanpa bantuan orang dewasa sangat tinggi.  Meski, ada waktunya mereka berhenti mohon dengan rela dipimpin tangannya atau sesekali didorong dari belakang agar tetap semangat.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Jika ketika tiba dipuncak bukit Perahu, tekak anda tiba-tiba berasa dahaga dan inginkan minuman manis yang sejuk, jangan bimbang kerana diatas bukit ini juga terdapat penjaja. Harga minuman tin sedikit lebih mahal tetapi, ketika berfikir tenaga dan jarak mereka mengangkat jualan tersebut, harga itu adalah masih berbaloi.

Usai aktiviti hiking, kami singgah sebentar di Pekan Tamparuli. Hal wajib bagi pengunjung Tamparuli, tidak sah jika sekadar melihat jambatan tamparuli dari kejauhan. Wajib tapak kaki anda memijak jambatan Tamparuli dan juga, tidak sekadar harus memijaknya tanpa mengetahui sejarahnya pula. Kenapa ia dibina ? ada sejarah sedih dibaliknya. Jambatan Tamparuli ada dua, satu darinya digunakan sebagai laluan kenderaan dan satu lagi jambatan gantung dan, saya tidak sedang berimaginasi ketika menuliskan bahawa Jambatan Tamparuli merupakan salah satu jambatan yang terkenal didunia.
Bukit Perahu, Tamparuli Sabah
Saya masih mahu menulis tetapi, mungkin tidak harus saya tumpahkan semuanya pada artikel ini. Nantikan artikel saya tentang bukit Gundul, Sepanggar selepas ini. Hidup ini indah, jangan bazirkan dengan hanya berimaginasi tetapi; keluar, melangkah dan menikmati keindahan alam yang ada dan darinya jangan pula lupa untuk bersyukur.

22 Ogos 2017

Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah

Hello everybody ! I will not talk too much, but what I want to say is 'You Will Love It' ! Hiking di Bukit Trig, Apin-Apin Keningau
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Sebelum saya teruskan, ada satu pesan buat para penggemar hiking 'anda harus mencuba laluan Bukit Trig Apin-Apin Keningau' ini. Pemandangan terbaik !
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Ada kata pernah mengalir dari mulut seseorang 'kenapa terlalu mengagungkan keindahan negara luar?'. Sebenarnya bukan mengagungkan keindahan negara luar semata tetapi, dibaliknya kita bersyukur kepada Tuhan kerana karyaNya bebas dinikmati oleh siapa pun dan negara itu mempunyai keunikan dan keindahan tersendiri.
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Membuka mata, melihat dan mengecapi  alam semulajadi yang segar merupakan suatu nikmat yang seringkali dicemburui oleh kebanyakan manusia. Saya dan sekumpulan rakan dari Keningau,  Kota Kinabalu, Inanam dan Kudat bersepakat untuk mendaki Bukit Trig, Apin-Apin Keningau. Setiap kaki yang melangkah diharapkan mencapai tujuan iaitu, puncak.

Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Namun, harapan tidak selalu berakhir dengan kejayaan. Kami bermula ketika pagi sudah larut, matahari sudah menguasai kepala. Saya pula tidak membawa topi, menyangka ia hanyalah sebuah perjalanan mudah. Tanah waktu itu agak kering menyebabkan jalan berdebu dan licin dek debu kerana waktu itu merupakan musim panas. Kaki yang melangkah harus sangat rapi, jika tidak kemungkinan kemalangan akan berlaku. Bagi sang pemilik rasa gayat, Bukit Trig mungkin bukan medan untuk anda. Tebing bukit agak curam, sebenarnya ia memang curam.
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Tetapi, ketika berada diatas puncak bukit itu.........anda akan merasakan satu hal iaitu 'kepuasan'. Bukit Trig memiliki tujuh bukit semuanya (maaf kalau salah) dan rasanya saya hanya mampu sehingga bukit ke empat. Bukan kerana lelahnya kaki maka perjalanan terhenti melainkan, teriknya mentari maka saya harus berpatah balik. Saya tidak mahu terkena strok haba diatas bukit itu. Untuk apa meraih sebuah kejayaan jika akhirnya anda merana seumur hidup. Untuk setiap situasi paling kurang kita pasti mempunyai dua pilihan dan kerana itu saya tidak memaksakan kaki saya untuk terus berjalan maju. Bagi kawan-kawan yang telah berjaya, anda memang hebat ! anda memang bukan sang putera/i lilin (haha). Bagi yang beranjak turun lebih awal tanpa memperjuangkan kata 'puncak', mungkin ada sebab tersendiri 'kenapa' ?
Bukit Trig Apin-Apin Keningau, Sabah
Bagi anda yang mahu ke Bukit Trig, Apin-Apin Keningau..pastikan kesihatan anda tiada masalah. Jangan lupa bawa topi juga, kerana matahari bersinar dengan sangat cemerlang dibukit itu. Pakai kasut yang tepat dan sentiasa bawa air. Amalkan hidup sihat dengan berhiking tetapi, tetap tidak melupakn apa yang pertama dan utama dalam hidup ini. Oh ya, untuk hiking ke Bukit Trig Apin-Apin anda akan dikenakan yuran masuk RM3 bagi seorang dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak. Jika mahu sijil, anda perlu membayar sijil tersebut dan ia tidak termasuk dalam harga yuran kemasukan.

8 Ogos 2017

PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival

Bumi Korea Selatan mewah dengan tempat indah dan budaya yang menarik. Tulisan ini saya dedikasikan buat semua penggemar tempat indah, penggemar sejarah dan penggemar seni. Juga, buat penggemar filem Korea dan semua pemilik hati yang punya impian untuk menjejaki kota Korea.

PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival
Ada kisah yang harus kita mengertikan mengapa Hyo Seok Cultural Festival dirayakan dan ia berkaitan dengan penulis novel Korea iaitu, Lee Hyo Seok (1907-1942) yang terkenal dengan novel 'When Bucketwheat Flowers Bloom' menceriterakan tentang hubungan antara manusia dan keindahan alam semulajadi. Sebagai memperingati tokoh ini, Hyo Seok Cultural Festival diadakan. 

Festival ini menyajikan variasi program seperti pameran puisi, malam kesusasteraan, pertandingan esei Hyo Seok dan banyak lagi. Festival ini membenarkan pelawat untuk melawat tempat kelahiran dan dewan memperingati Lee Hyo Seok. Festival Hyo Seok diadakan di 157, Ihyoseok-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do bermula dari 02 September hingga 10 September 2017. Untuk sampai kedestinasi ini pengunjung perlu mengambil intercity bus ke Jagpyeong Intercity bus terminal dan kemudian menaiki bas ke Bongpyeong atau Phoenix Park.

Siapa Lee Hyo Seok ?

Untuk apa merayakan seorang manusia biasa tanpa 'sesuatu' dari seseorang kepada seseorang. Hakikatnya, Lee Hyo Seok atau nama penannya 'Gasan' merupakan seorang penulis fiksyen yang terkenal dengan hasil karyanya yang melebihi 70 buah fiksyen diera 1928 dan pernah menerbitkan karya bermutu serta mendapat perhatian ramai iaitu 'City and Ghost' dan diterbitkan di Joseon Jigwan. Ia dilahirkan pada 23 Febuari 1907 di Pyeongchang, Gwang-do, sebuah wilayah yang bakal menganjurkan sukan berprestij dunia iaitu Pyeongchang, Winter Olympic 2018. Antara karya Lee Hyo Seok adalah 'Unanticipated Meeting', 'Shattered Red Lantern' dan 'At Sea Near Russia' . Kebanyakan karya beliau berunsurkan  simpati sosialisasi.
PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival

Lee Hyo Seok Culture Village / Kampung Budaya Lee Hyo Seok
Lee Hyo Seok Cultural Hall

Ia disebut sebagai Lee Hyo Seok Culture Village kerana disinilah Lee Hyo Seok dilahirkan dan tempat ini juga menjadi sebuah alasan bagaimana inspirasi terbit melalui novel pendek  bertajuk 'When Bucketwheat Flowers Bloom' yang sehingga kini masih menjadi sebutan ramai orang.
PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival
Kampung budaya ini juga pernah dinobatkan sebagai 'First National Culutral Village' oleh kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Korea pada tahun 1990. Kampung budaya ini turut terwujud sebgaia memperingati tempat kelahiran penulis, kilang air, Chungjujip, Taman Gasan, Dewan Memorial Lee Hyo Seok dan Muzium Soba. Indahnya ketika musim bunga menjelang, pengunjung disajikan dengan pemandangan padang bunga soba bermula dari hujung bulan Ogos sehingga awal bulan September. Siapa tidak pernah sukakan pemandangan indah ? siapa bencikan kemekaran bunga dimusimnya ? tempat ini tidak layak untuk anda.
PyeongChang : Hyo Seok Cultural Festival
Hebatnya, rumah kesusasteraan yang terdiri daripada pameran (kronologi karya Lee Hyo Seok), seni penyelidikan, ruang idea kreatif, teater dan kesusasteraan serta kelas sastera ada disini ! Banyak maklumat tentang seni dan kesusasteraan boleh diperoleh ditempat ini. Tidak hanya itu, kawasan rumah sastera ini memiliki halaman landskap indah, bunga-bunga soba memekar harum semerbak serta terdapatnya taman sastera. Inspirasi ? mudah didapatkan dikawasan ini. Mewah maklumat sastera dan kaya khazanah penulis Lee Hyo Seok. Pemandangan indah ? itu tidak perlu saya nyatakan, ia jelas lagikan bersulu....Korea Selatan tidak pernah menghampakan para pengunjungnya tentang keindahan alam semulajadi yang ada.

Pyeongchang, Korea Selatan akan menjadi tuan rumah sukan Olimpik musim sejuk pada tahun 2018. Oleh itu, bagi anda yang ingin menyaksikan sukan tersebut digalakkan mendapat info tepat agar masa anda tidak sekadar menyaksikan acara sukan tersebut tetapi, turut melihat keindahan semulajadi atau monumen bersejarah ketika berada di bumi Korea Selatan. Sambil menyelam, minum air ! Selamat merancang percutian anda.

26 Julai 2017

Melawat Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara

Artikel kali ini bercerita tentang Suku Karen 'si leher panjang'. Perjalanan ke Thailand Utara, sempat membuat mimpi saya terealisasi cemerlang. Suku Karen menjadi salah satu tarikan pelancongan yang unik di Thailand bahkan, dunia.
Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara
Wanita Suku Karen si leher panjang
Para wanita suku Karen diwajibkan untuk memanjangkan leher menggunakan tumpukan logam berwarna kuning. Mengikut tradisi suku Karen, semakin panjang leher si wanita maka, semakin cantiklah ia dimata para lelaki. Namun, semenjak peralihan zaman dunia ke modenisasi, wanita suku Karen sudah agak tidak ramai lagi yang mahu memanjangkan leher.

Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara
Didekad ini, suku Karen si leher panjang hanya boleh ditemui dikawasan desa pelancongan dan tidak lagi terdapat dikawasan pedalaman atau dipergunungan seperti kisah asal kewujudan suku Karen. Ramai dari kita mungkin berfikir bahawa suku Karen merupakan suku asli Thailand, sebenarnya tidak. Suku Karen merupakan suku yang berasal dari dataran tinggi Tibet tetapi, telah  berhijrah ke Myanmar dan tinggal di Karen State sebuah kawasan bersempadan dengan Thailand.

Suku karen terpecah kepada beberapa sub-etnik seperti Skaw Karen, Pwo Karen dan Bwe Karen. Salah satu tempat untuk melihat suku unik ini adalah di Chiang Mai Thailand. Biasanya saya hanya mengagumi suku ini dari kaca media atau helaian majalah tetapi, hari ini saya berjaya bertukar senyum dengan mereka di dunia nyata.
Suku Karen 'Si Leher Panjang' , Thailand Utara
Suku Karen tidaklah ramai dan keunikan mereka membuatkan pemerintah Thailand memperhatikan mereka sebagai suatu aset pelancongan yang berharga.

11 Julai 2017

Aki-Odu Garden, Pekan Nabalu, SABAH

Ada kabus bertamu disini dan sungguh, itu bukan hal yang menghairankan kerana didepan tempat ini tersuguh gah  Gunung Kinabalu ikon kebanggaan negeri Sabah dibawah bayu. Tempat ini dinamakan Aki-Odu Garden sebagai sebuah jalur mengingat warisan moyang kepada generasi penerusnya, Aki-Odu bermaksud datuk-nenek dalam bahasa Dusun.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Kabus ! kabus ! kabus ! disini juga boleh main hammock
Tempat ini lebih kepada camp-site dalam kebun dan sangat sesuai buat penggemar ketenangan dan damai. Saya sebagai sang pencinta dunia segar sangat suka suasana kawasan ini, nyaman dan jauh dari pencemaran alam kota.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Kawasan penanaman sayur organik
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Sayur Organik
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Strawberry !
Bagi manusiawi moden yang tidak pernah berkelana dengan alam kampung, mendengar bunyi cengkerik dipetang hari, memegang tanah sehingga jeleknya kuku tersumbat dengan tanah atau menggunakan air tanpa rawatan klorin sebagai agen disinfeksi untuk membunuh patogen, tempat ini mungkin tidak mendapat tempat dihati kalian. Namun, jika anda adalah manusia yang inginkan pengalaman kampung, bercucuk-tanam, atau rindukan suasana novel seperti membaca buku dibawah pohon yang rendang sambil berhayun lembut didalam hammock dan sesekali bayu menampar lembut wajah....tempat ini sangat sesuai dijadikan medan menikmati suasana tersebut.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Ruang santai dan makan
Pernah ke Thailand ? Vietnam ? Indonesia ? dan beberapa negara Asean yang mementingkan agriculture sebagai sumber pelancongan dan ekonomi ? sebenarnya negeri Sabah juga sangat berpotensi kearah itu cuma, ia kurang dikomersilkan. Aki-Odu Garden masih diawal rancangan sebuah kisah dan ia masih baru untuk mencari nama dibicara setiap bibir. Untuk waktu masa ini, ia hanya terbuka kepada kawan-kawan rapat dan keluarga yang mahu bermalam dibawah atap langit kerana, disini memang tiada rumah kalau pun ada, itu hanyalah pondok atau kemah. Kawasan ini hanya lebih-kurang 15 minit menuju Pekan Nabalu.  Kalau mahu ke Kundasang juga, sudah sangat dekat.
Aki-Odu Garden,  Pekan Nabalu, SABAH
Sunrise dari Gunung Kinabalu
Saya suka tempat ini, sejuk, kampung, tenang dan damai. Berhadapan dengan gunung Kinabalu dan dari kawasan ini juga, kita boleh melihat Gunung Trusmadi. Indah ? saya tidak ingin berlebihan dalam kata, lebih baik kalian sendiri menikmatinya dan menilainya kemudian.







10 Jun 2017

Handmade Products by Secrets Of Borneo ~ KOKOA BAH !

Siapa peminat  produk kokoa disini ? atau siapa pula yang belum mengenali apa itu produk kokoa ? Ini, saya mahu war-warkan kepada seluruh manusia tidak kira tua dan muda, lelaki dan perempuan dengan bangganya saya mahu memperkenalkan 

Handmade Products by Secret Of Borneo : KOKOA BAH !

Ia merupakan produk penjagaan kecantikan  dan kulit yang berasaskan kokoa dan dibuat oleh anak jati kelahiran Sabah negeri di Bawah Bayu. Jujur saja, ketika pertama kali menggunakan produk ini harumannya terserlah menguasai persekitaran. Sungguh, aromanya mengikat hati menjadi suka dan mahu memiliki kesemua set produk Secret of Borneo.
Handmade Products by Secrets Of Borneo ~ KOKOA BAH !

COCOA BUTTER SCRUB
Handmade Products by Secrets Of Borneo
Handmade cocoa body scrub ini mengandungi brown sugar, sweet almond oil, cocoa powder dan semestinya Vitamin E untuk membantu kulit menjadi semakin lembut dan sihat.
Handmade Products by Secrets Of Borneo
What else you need to know ? ohhhh, how to use it ? hmmm, so easy---so very very easy-lah. After shower/bath, pat dry body and leaving little moisture from water. After that, pour generous amount of scrub onto palm of hands and begin scrub all over body or face. Scrub, scrub, scrub ! scrub here and scrub there.....ahhh in this scrub, cocoa acts as a mild exfoliant, removing dead skin cells and exposing fresh, soft skin. Enjoy the chocolatey aroma and don't worry about a messy bathroom floor. After scrubing for a few minutes, now clean body/face with water from shower. Done ! simple and easy. Next, step out-lah from the bathroom and put on your favourite body lotion or moisturizer.
Handmade Products by Secrets Of Borneo
scrub muka dulu
It is too essential that in our busy schedule we should take care our body. Actually, I use many scrubs but results are not great. So, from now onwards I prefer to use home-made body/facial scrub. Thanks Handmade Products by Secrets of Borneo for providing Cocoa Body/facial Scrub ! auuuh, I am in love.

How about the price ?

Not expensive-lah.  

Introductory price: RM20 / 150grm
Normal price: RM25  / 150grm

COCOA BUTTER SOAP

Cocoa butter soap boleh digunakan untuk badan dan wajah. Bagi manusia yang rajin menggali ilmu, cocoa butter terkenal dengan banyak kebaikan termasuk sebagai moisturize, anti-aging serta mengurangkan stretch marks. Untuk Cocoa Butter Soap ia terdiri daripada kandungan cocoa butter, shea butter, cocoa powder, chia seed dan vitamin E. Aroma yang harum juga mampu menjadikan ia sebagai terapi yang sempurna setelah seharian bersengkang-mata dengan dunia pekerjaan. The best is, cocoa butter soap ini mengandungi vitamin E, antioksidan dan membantu menjaga kelembapan kulit sepanjang hari.
Handmade Products by Secrets Of Borneo
Cocoa butter soap sesuai untuk semua jenis kulit. Selain itu, bentuknya yang comel sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah. Biasanya ketika berada diluar negara cenderahati yang sering saya bawa adalah Sabah Tea sebagai sebuah jalur memperkenalkan produk negeri kepada masyarakat luar. Selepas ini saya boleh membawa Handmade Products by Secrets of Borneo sebagai hadiah kenangan.

Tidak hanya kulit wajah dan tubuh menjadi perhatian tetapi, sebagai seorang wanita yang pentingkan penampilan, bibir juga harus tetap kekal segar dan sihat.  Produk ini wajib dimiliki ! hakikatnya, set Cocoa Butter Lip Treatment  ini akan memanjakan bibir kita dengan rasa chocolate yang nikmat dan mampu merawat kesihatan kulit bibir. opps, tolong jangan dimakan scrub itu ya.....aromanya memang sangat menggoda tetapi, itu tidak bermakna anda harus memakannya. Jika termakan juga, tidak apa-apa ia tidak akan membunuh......andai nafsu sudah tidak tertahan untuk memakannya, dipersilakan mencubanya tetapi jangan pernah salahkan artikel ini atau Secret of Borneo (haha). 

 COCOA BUTTER LIP TREATMENT

RM 38 satu set (yes ! ini hanya harga pengenalan)
RM 15 setiap satu (jika dibeli berasingan)
Kalau mahu jimat, disyorkan untuk membeli produk satu set. 
Handmade Products by Secrets Of Borneo ~ KOKOA BAH !
Set Cocoa Butter Lip Treatment mengandungi

Cocoa Lip Butter 
(for day use / tinted brown / cocoa butter/ sweet almond oil / Vitamin E)

Overnight Lip Conditioner 
(for bedtime use / no colour/ cocoa butter/ sweet almond oil/ Vitamin E

Cocoa Butter Lip Scrub 
(for regular lip scrub to rid of dry, chapped, dark lips / must be followed by a lip butter after every scrub to prevent dry lips)

Healthy lips, rosy and dry and not chapped is everyone's dream. Lips are one part of our body that we know quite sensitive, well if exposed to heat and sunlight and also because of the chemicals. If the lips are not treated properly then it is likely we will experience a variety problem. So, thank you Secrets of Borneo for this lovely product ! Oh yeah, it smells like a mocha ! 

Tertanya-tanya where to get this products ? untuk warga Kota Kinabalu dan sekitarnya ada perkhidmatan penghantaran atau COD setiap hujung minggu. Just call Ms Nancy for the special delivery via this number 019 5894 930. Untuk sementara waktu ni, kalau mahu walk-in boleh datang ke OhSem Box di Grand Merdeka Mall, Bandar Sierra, Telipok Sabah.
For courier delivery atau untuk peminat Handmade Products by Secret of Borneo yang jauh, boleh-boleh saja order tetapi akan ada bayaran postage with a minumum charge of RM10 for postage. Where to place order ? Send a message and make order here : Secret of Borneo.

Oh, yeah.....I would recommend 100% this products ! now, YES, now....looking forward to order another new ones. Aaawww...can't stop loving it !

2 Jun 2017

Selami Keindahan JEONGSEON, KOREA SELATAN

Setiap negara memiliki keunikan dan keindahan tersendiri, pengembaraan ke setiap destinasi negara luar bukanlah untuk sebuah pujian melainkan untuk sebuah pengalaman. Jeongseon dan Gangneung merupakan kawasan yang akan dibanjiri oleh tetamu musim sejuk pada tahun 2018 sempena Sukan Olimpik musim sejuk. 

Ketika berada di kawasan terlibat saya siapkan senarai buat anda untuk tidak sekadar bergairah pada sukan yang ditonton tetapi, juga memberi ruang kepada percutian anda menikmati tempat pelancongan dikedua kawasan tersebut. 



Tambahan kepada tempat-tempat wajib dilawati dikawasan terlibat Sukan Olimpik 2018 adalah seperti berikut :

JEONGSEON RAIL BIKE
JEONGSEON, KOREA SELATAN
This is a great way to experience the Korean countryside. The total track is 7.2 kilometres long and half of it is descent. Aktiviti ini sangat sesuai dilakukan bersama keluarga, teman atau mungkin bersama kekasih. Ia mengambil masa lebih kurang 30 minit cycling on the rail bike.

Pemandangan disepanjang perjalanan adalah sangat memukau, damai dan menenangkan. Pengalaman pertama pasti menghasilkan keinginan untuk melakukannya buat kali kedua. 

Jeongseon Rail Bike terletak di 745, Nochusan-ro, Yeoryang-myeon, Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan. Rail bike ini bermula daripada stesen Gujeol-ri dan berakhir di Stesen Auraji. Untuk info, di kawasan stesen Gujeol-ri terdapat  cafe 'A Grasshopper's Dream'. Rumah didalam keretapi dan cafe tersebut berbentuk belalang. 

Rental Fees
[2-seater bike]
Individual 25,000 won / Group 22,500 won

[4-seater bike]
Individual 35,000 won / Group 31,500 won

* 10% discount offered for groups of 10 people and more for both bikes.
* For groups, reservation is required. (Call +82-33-563-8787)

Operating Hours
* Summer (Mar-Oct)
08:40, 10:30, 13:00, 14:50, 16:40 (5 times a day)
* Winter (Nov-Dec)
08:40, 10:30, 13:00, 14:50 (4 times a day)

* July-August: Niighttime operation
SAMTAN ART MINE
JEONGSEON, KOREA SELATAN
Samtan Art Mine merupakan lokasi lakonan kekasih beta Song Jung Gi (haha) iaitu Descendant of The Sun. Jangan sekadar minat dramanya, wajib melawat tempat ini. Biar rasa cinta terhadap Song Jung Gi semakin menebal. hahaa

Sebenarnya Samtan Art Mine merupakan tapak peninggalan untuk aktiviti perlombongan sejak tahun 1964 dan beroperasi selama lebih kurang 38 tahun sebelum kemudiannya ia tidak beroperasi lagi. Pada tahun 2001, kawasan ini dijadikan kawasan seni budaya. 
JEONGSEON, KOREA SELATAN
Ia terletak di 1445-44, Hambaeksan-ro, Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea  Selatan. Sejarah Samtan Art Mine membantu jiwa para pengunjung lebih menyelami  dan menjiwai erti seni yang ada.
'Samtan' merujuk kepada Samcheok Tanjwa, salah satu major coal mines di Korea dan 'Art Mine' merujuk kepada sejarah kewujudan Coal mine itu. 

Admission / Participation Fees
Individuals - Adults 13,000 won / Teenagers 13,000 won/ Children & Seniors (ages 65 or above) 13,000 won
Groups - Adults 12,000 won / Teenagers 11,000 won / Children & Seniors (ages 65 or above) 10,000 won

ZIP WIRE
JEONGSEON, KOREA SELATAN
Zip Wire adalah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan sama seperti Byeongbangchi Sky Walk, Jeongsun-gun.  You can see the are in a whole new way... from 300 feet in the air ! excited ? oh yeaaa, your heart will be pumping pure adrenaline as you wait for the gates to open and send you down the longest and steepest zip line ride in all of Asia !

Yuran untuk Zip Wire hanya 40,000 won. Lokasi : 225, Byeongbangchi-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do.

Ia pasti sebuah pengalaman indah kala melihat kawasan Jeongseon dari aras yang tinggi.

31 Mei 2017

Tempat-Tempat Menarik Di JEONGSEON, KOREA SELATAN

Terkadang ada manusia bertanya tidak cantik lagikah negerimu sehingga terlalu takjub akan keindahan negara luar ? mempromosikan tempat itu seperti itu adalah tanah kelahiran tercinta saya ? Cukup ketuk kepala tanya minda, perlukah soalan sedemikian diutarakan ? tidak rasanya. 

Saya teruskan penulisan saya tentang keindahan bumi Korea Selatan. Kali ini kita menjelajah Korea Selatan bahagian JEONGSEON. Keadaan geografi Jeongseon merupakan gunung-ganang diatas 1,000 meter, salah satunya adalah Gariwangsan (Gunung Gariwang) yang berketinggian 1,561 meter. Aliran-aliran air gunung tersebut menyatu dan membentuk sungai Dong (Donggang) atau nama lainnya Sungai Joyang. Dapat berimaginasi bagaimana indahnya tempat itu ? Selain indah, suasananya sejuk dan tenang.

Jeongseon terletak di Wilayah Gangwon menyediakan banyak lokasi pelancongan. Antaranya adalah lokasi-lokasi seperti berikut :-

SUNGAI AURAJI
Jeongseon: Stadium and Tourism Resources
Suatu ketika dahulu, sungai Auraji menjadi tempat persinggahan rakit-rakit yang membawa kayu menuju Hanyang the original name of Seoul.  Ia terletak di 69, Auraji-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan.

Sungai ini terkenal dengan keindahan semulajadi, gunung dan sungai yang bersih. Nama Auraji terwujud dari perkataan 'eoureojida' yang bermaksud 'bertemu' kerana air dari Pyeongchang dan Samcheok menyatu disungai ini. Lagenda ada menyebutkan bahawa disuatu ketika dahulu ada seorang isteri menantikan kepulangan sang suaminya yang berakit jauh untuk bekerja tetapi, tidak pernah kunjung pulang kepangkuan isterinya.

Keindahan asli bumi Auraji-gil menarik ramai pelancongan untuk menikmati suasana tenang sambil melihat simbol kekasih yang tak kunjung pulang itu. 


BYEONGBANGCHI SKY WALK
Jeongseon: Stadium and Tourism Resources
Terletak di 225, Byeongbangchi-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan

Byeongbangchi Sky Walk merupakan satu pelancongan yang wajib dinikmati oleh semua pengunjung Jeongseon. Wajib ! tak cuba, tidak sah berada di Jeongseon. Ia terletak dianatar Gyuram-ri dan Buksil-ri di Jeongseon-eup dengan khazanah alam yang sangat mempesonakan. Pemandangan sekitarnya adalah Pulau Bamseon whose shape is like the Korean peninsula with streams of Donggang River.  

Byeongbangchi Sky walk menjanjikan panorama terbaik serta pengalaman menakjubkan. It gives a feeling of walking in the sky with 'U' shapep structure (11m) projected from the cliff at altitude of 583m. Dari atas, para pengunjung dihadiahkan keindahan pulau Bamseom dan Sungai Donggang. 

Suka selfie ? yeah, ini tempat yang sesuai untuk anda ! oh ya, Byeongbangchi Sky Walk juga merupakan tempat penggambaran filem Happy Sunday '1 night 2 day'. 

JEONGSEON 5 DAYS MARKET
Jeongseon: Stadium and Tourism Resources
Jangan pernah terlupa untuk datang ke Jeongseon 5 days market jika berkunjung ke Jeongseon. Jeongseon 5 days Arirang market, dibuka untuk pertama kalinya pada tahun 1966 dan merupakan Pasar tradisional terbesar Korea. Pasar ini dibukan pada tarikh 2, 7, 12, 17, 22 dan 27 setiap bulan.

Jeongseon 5 days marketmenjadi tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Pengunjung akan berpeluang menikmati pelbagai seasonal agricultural foods, buah-buahan dan makanan tradisi suku Korea. Antaranya seperti, Gondrae Namul bap (nasi kukus dimasak bersama sayur-sayuran), ia merupakan makanan yang terkenal di Jeongseon. Wajib cuba tau..

Selain itu, makanan seperti patao ongsimi iaitu makanan tradisional penduduk wilayah Gangwon juga wajib dinikmati ketika berada di Jeongseon 5 days market. Saya tidak dapat menuliskan satu per satu kemeriahan dan kepelbagaian jualan di Jeongseon 5 days market. Paling penting, tempat ini pasti membuat anda suka dan mahu berlama-lamaan di Jeongseon. 

Jeongseon 5 Days Market terletak di 39, Bongyang 7-gil, Jeongseon-gun, Gangwon-do, Korea Selatan.

Hanya tiga lokasi menarik di Jeongseon ? tidak ! ia lebih dari itu. Artikel tentang tempat-tempat menarik Jeongseon akan saya publishkan untuk bacaan semua di post yang akan datang. Jangan pernah lupa Jeongseon juga merupakan sebuah kawasan atau lokasi untuk acara sukan berprestij dunia iaitu,  PyeongChang 2018 Olympic Winter Games. Jeongseon menjadi lokasi utama untuk acara PyeongChang Mountain Cluster Sukan Olimpik 2018.

Oleh itu, jika anda berpeluang menghadiri sukan musim sejuk Olimpik 2018 jangan gagal memberi ruang kepada diri anda untuk menikmati lokasi-lokasi pelancongan di sekitar Jeongseon.

Thanks, until next post !

24 Mei 2017

Lima Tempat Wajib Dilawati Di GANGNEUNG, KOREA SELATAN !

Seringkali dunia menceritakan tentang indahnya Kota Seoul dimalam hari, benar. Ia memang indah. Tentang romantiknya Pulau Nami dan Pulau Jeju, dan itu juga tidak dapat dinafikan. Tempat itu harum dengan cinta dan lawatan pertama seringkali membawa kita untuk melawatnya untuk kedua kali.
Sempena Sukan musim sejuk Olimpik dan Paralimpik 2018 di PyeongChang, saya tidak ingin memperkayakan minda anda dengan keberadaan Kota Seoul tetapi, saya ingin membawa anda melihat tempat yang kurang terkenal tetapi, sebenarnya mewah dengan tempat menarik dan wajib dilawati ketika berkunjung ke Gangneung,  Korea Selatan. Gangneung merupakan kawasan utama lokasi  stadium untuk beberapa acara sukan Olimpik dan Paralimpik diadakan. Terdapat lima stadium untuk acara sukan Gangneung Coastal Cluster-Sukan Olimpik PyeongChang 2018.

Kawasan-kawasan ini tidak sekadar wujud sebagai lokasi sukan semata-mata tetapi, turut menghidangkan lokasi pelancongan terbaik buat para pengunjungnya. Antaranya adalah :

GYEONGPO BEACH
Gangneung : Stadium and Tourism Resources

Pantai Gyeongpo terletak lebih kurang 1 kilometer dari Gyeongpodae. Pantai ini agak luas dengan panjang 6km dan dilitupi oleh pasir halus. Ia merupakan salah satu lokasi pelancongan terkenal dikawasan Gangneung.

Who doesn't love sunrise? well, Geongpo Beach merupakan lokasi terbaik dan terindah untuk melihat matahari terbit apatah, lagi jika suasana tersebut disaksikan bersama 'favourite person'. Tidak setakat sunrise and moonrise tetapi, dikawasan berhampiran juga, terdapat hutan pine (4KM) dan wild roses yang berkembang mekar menambah indahnya kawasan Gyeongpo.

Para pelancong tidak hanya dihidangkan oleh suasana indah alam semulajadi tetapi, juga disekitar Gyeongpo terdapat tapak bersejarah dengan bangunan lama menggamit rasa seperti Gyeongpodae and Ojukheon. Para penggemar sejarah, ini pasti sesuai buat anda.

Gyeongpo Beach turut menjadi lokasi Festival of Cherry Blossoms dan menjadi salah satu tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara. Manakala, pada musim panas pula, kawasan Gyeongpo beach  akan menjadi lokasi  pelbagai acara kebudayaan diadakan termasuklah, pesta tari-menari.

HASSLA ART WORLD - Where Art Meets Heart
Gangneung : Stadium and Tourism Resources
Siapa kata muzium membosankan? Try the Haslla Museum and you'll be amazed at the extensive display of Pinocchio exhibit that's really interesting both for adults and kids alike.  Hassla Art World merupakan salah satu tarikan terbaik di Korea bahkan, didunia. Banyak pelajaran dan hiburan bermakna boleh diterokai ditempat ini.

Hassla Art World terletak di  1441 Yulgok-ro, Gangdond-myeon, Gangneung, Gangwon-do, Korea Selatan dan dibuka setiap hari bermula pada jam 8.30 hingga 18.30. Muzium ini terkenal dengan sifat kreatif dan inovatif sehingga para pengunjung tidak akan pernah berapa puas berada didalamnya.
JEONGDONGJIN RAIL BIKE ~It smells like the ocean !
It smells like the ocean
Gangneung : Stadium and Tourism Resources
Udara, angin sejuk damai, bunyi dan rasa bersatu menjadi satu dan kita tahu itu adalah kombinasi alam berhampiran dengan laut. Pantai pasir putih terdampar indah diterpa sang ombak sebagai tanda ucap selamat datang kepada para pegunjung pantai Jeongdongjin. Hey, pantai bukan segalanya untuk disaksikan disini, meski pantainya indah tetapi, ada sesuatu yang lebih menarik perhatian semua. 

Jeongdongjin itself boasts a train that's closer to the beach than other (at least in korea), and indeed the station is practically on the sand. You can take a real train here, heading south, or you can take a really fun tourist where the ocean-facing side of the train is all windows. 

Right next to the train station, you can rail bike here, which peddle-powered four-seater that runs along railroad tracks. Tak perlu bimbang if you're not fit; the bike as an electric battery that will power it if you want just sit back and relax macam boss. It's a bit of a long ride, so set aside an hour or two and come early to get tickets.

Jeongdongjin Rail Bike terletak di Jeongdongjin-ri, Gangdon-myeon, Gangneung, Gangwon-do, Korea Selatan.

JUMUNJIN BREAKWATER ~ Lokasi Penggambaran Drama 'Goblin'
Gangneung : Stadium and Tourism Resources
Hello para pembaca blog ini, ada yang minat drama Korea ? pasti ada kan ! jadi lokasi ini tidak perlu dihurai panjang-jela lagi kerana ia sudah sangat sinonim dengan mata kalian. Sebut saja Goblin, hati anda pasti melonjak ingin mendakap hero itu. oh fanatik sungguh kamu.

Tidak dinafikan, drama yang bercerita tentang perjuangan Dokkaebi (Gong Yoo) mencari penggantinya (Kim Go-Eun) telah memilih lokasi penggambaran yang indah dan itu terletak di Jumunjin Breakwater.  Lokasi ini menjadi pusat pelancongan yang terkenal kerana menjadi tempat Goblin dan Ji Eun-Tak bertemu untuk pertama kalinya. Ramai peminat Goblin beraksi ala-ala Goblin disini. Ceh, perasanlah tu ! hehe.

Jumunjin Breakwater terletak di 1609, Haean-ro, Jumunjin-eup, Gangneung-si, Gangwon-do Korea Selatan.
If there’s a railway for bike, there’s also a railway for the train. The Jeongdongjin Station is located right in front of the beach, so people can ride a train from anywhere in South Korea up to the Jeongdongjin Station and when you get off, welcome to the beach. - See more at: http://www.saranghaekorea.com/2016/07/beach-train-station-rail-bike-sunrise.html#sthash.9owhdhvR.dpuf
the beach is not just the only thing you can see at Jeongdongjin. - See more at: http://www.saranghaekorea.com/2016/07/beach-train-station-rail-bike-sunrise.html#sthash.9owhdhvR.dpuf
It smells like the ocean

JUMUNJIN FISH MARKET ~ Good place to get cheap fresh fish !
Gangneung : Stadium and Tourism Resources
Pasar Ikan Jumunjin telah dibina pada tahun 1936 dan terletak di Gangneung bersebelahan dengan Pelabuhan Jumunjin dan merupakan tempat terbesar bagi squid boats. Ia merupakan pasar seafood terbesar di Pantai Timur termasuklah, pasar makanan laut kering dan pusat sashimi. Jumunjin Fish Market menjadi tempat kegemaran penduduk Korea dan juga, pelancong luar untuk menikmati fresh seafood.

Variasi hidupan laut dapat ditemukan disini dan istimewanya, kebanyakan ikan tersebut tidak terdapat di Malaysia. Antara yang paling banyak dan terkenal di Jumunjin Fish Market adalah ketam merah.

Jumunjin Fish Market terletak di 8-35 Hyangho-ri, Jumunjin-eup, Gangneung, Gangwon-do, Korea Selatan. Paling best, kawasan ini juga terkenal dengan kebersihan, kedamaian dan keindahannya.

Ok, cukup tulisan untuk hari ini. Nantikan artikel khas saya tentang Seongyojang, Gangneung selepas ini. Rancang percutian anda agar ia menjadi percutian terbaik anda.


If there’s a railway for bike, there’s also a railway for the train. The Jeongdongjin Station is located right in front of the beach, so people can ride a train from anywhere in South Korea up to the Jeongdongjin Station and when you get off, welcome to the beach. - See more at: http://www.saranghaekorea.com/2016/07/beach-train-station-rail-bike-sunrise.html#sthash.9owhdhvR.dpuf
It smells like the ocean

28 April 2017

Salah Satu Cara Dapatkan SIDE INCOME

Saya tidak menjual produk, kerana itu bukan kepakaran saya atau tepatnya, niat saya kurang kearah mencari duit dengan cara itu. Saya lebih suka bersembunyi dibalik tabir dunia ramai tetapi, masih dapat menikmati secangkir starbuck dengan kerja penulisan saya tanpa perlu mengganggu masa orang lain. 

..dan ini adalah kuasa part time job tanpa perlu mencurangi kerja hakiki.

Antara satu tugas yang sering dan selalu membuat saya suka part time job adalah 'promosi event' atau sekadar 'copy and paste' satu gambar lalu post ke media social seperti Twitter, Facebook atau Blog. Tidak perlu melakukan banyak tugas, cukup berikan dua minit dari 24 jam yang kita miliki dan bayaran akan masuk ke akaun kita. 
Salah Satu Cara Dapatkan SIDE INCOME
Income untuk 4 hari dengan beberapa post sahaja
Semudah itu ? Ya, semudah itu. Bayaran tidak semahal angan-angan, inginnya ratus ke ribu tetapi, itu sudah sangat cukup memadai. Hanya dua minit ! jika banyak minit yang kita berikan, bayaran juga akan meningkat. Apa pun, segala sesuatu harus dilakukan sesuai kehendak boss. 

Post gambar di Facebook dapat bayaran ? semestinya ! itu sebabnya kita harus bijak menghidu peluang yang ada. Saya yakini ada mata yang muak dengan gambar-gambar yang saya post kan di facebook atau instagram, jika benar anda muak...saya sarankan anda melihat fungsi kepada button-button yang disediakan oleh Mark Zurkerberg itu. Ada Unfriend/Block. Dipersilakan memilih salah satu darinya, jika sudah ada bibit-bibit muak terhadap post saya untuk apa bertahan menggenggam rasa itu. Pergi saja, tidak ada yang kecewa ! 

Post saya terkadang berbayar meski itu hanya sekeping potret awan atau, sebotol minuman. Kerja saya ringkas, sangat ringkas...dan saya dibayar.

27 April 2017

Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang 2018 Olympic Winter Games

Tulisan ini tentang PyeongChang Olympic 2018, dan untuk makluman saya akan selalu menulis tentangnya sehinggalah saya bosan menulis tentangnya. Kenapa saya begitu beria-ia menulis tentang PyeongChang Olympic 2018 Winter Games? soalan anda sudah ada jawapannya, kerana PyeongChang Olympic bukan sukan biasa semata tetapi, sukan bertaraf dunia yang mengumpulkan semua atlet berprestij bertanding meraih status juara dipersada dunia. 

Jika sebelumnya saya menulis tentang lokasi-lokasi acara sukan Mountain PyeongChang Cluster, kali ini saya persembahkan lokasi-lokasi acara sukan Gangneung Coastal Cluster. Lima lokasi yang terlibat adalah seperti berikut :-
GANGNEUNG HOCKEY CENTRE
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Gangneung Hockey Centre dibina pada tahun 2014 sehingga Mac 2017. Hockey centre ini mampu memuatkan sehingga 10,000 orang. Lokasi ini hanya digunakan untuk hoki ais wanita dan lelaki. Senibina lokasi ini adalah moden dan pasti akan menjadi tarikan pelancong.

GANGNEUNG OVAL
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Masa pembinaan untuk Gangneung Oval adalah sekitar Oktober 2014 sehingga Mac 2017. Antara acara yang akan berlangsung disini adalah speed skating 500m/ 1,000m/ 1,500m/ 5,000m, 10,000m/ Team pursuit dan Mass Start untuk kedua kategori lelaki dan wanita. Gangneung Oval mampu memuatkan 8,000 orang sekali masa.

GANGNEUNG ICE ARENA
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Arena ini telah mulai dibina pada Jun 2014 sehinggalah pada Disember 2016. Arena ini akan menjadi lokasi bagi acara Figure Skating dan Short Track Speed Skating. Kapasiti muatan adalah 12,000 orang. Untuk pengetahuan semua, keadaan cuaca dan suhu adalah sekitar 18.3°C. Jadi jika anda berminat untuk datang menyaksikan acara di Gangneung Ice Area pada PyeongChang Olympic 2018 nanti, anda tahu apa yang harus anda lakukan. Pakai pakaian yang sesuai, ok ?

GANGNEUNG CURLING CENTRE
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Ia telah dibina sejak tahun 1998 tetapi, telah dilakukan sedikit pembaikan pada Disember 2015 sehingga Januari 2017 bagi tujuan menyambut temasya sukan Olimpik 2018. Bangunan ini berkapasiti 3,500 orang sahaja. Acara yang terlibat adalah Men's curling, Mixed Doubles Curling dan women's curling.

Gangneung Curling Centre adalah terkenal dan antara major acara yang menggukan tempat ini adalah: Winter Asian Games (1999), ISU 4 Continent Figure Skating Championships (2005) (2007) (2011) dan world women's curling Championships (2009).

KWANGDONG HOCKEY CENTRE
Lokasi-Lokasi Acara Sukan Gangneung Coastal Cluster - PyeongChang Olympic 2018
Acara hoki ais akan berlangsung disini untuk hoki ais kategori wanita dan lelaki. Kwangdong Hockey Centre telah mulai dibina pada Jun 2014 sehingga Febuari 2017 dengan kapasiti 6,000 orang.

Setiap lokasi untuk acara sukan yang diadakan adalah dalam jarak yang terbaik dan tidak terlalu jauh dari satu lokasi dengan lokasi yang lain. PyeongChang 2018 Olympic Winter Games semakin terasa auranya dan ramai yang telah mulai merancang untuk ke PyeongChang Korea Selatan pada awal tahun 2018. Bagaimana dengan anda ? 

Rancang percutian anda mulai dari sekarang, biar semua rancangan berjalan dengan lancar.