loading...

20 Mei 2016

Menang Facial Ionic Steamer Bernilai RM576 Dari Panasonic Malaysia !

Menang Facial Ionic Steamer Bernilai RM576 Dari Panasonic Malaysia !

Yey ! saya menang lagi dan ini merupakan kemenangan pertama (atau mungkin yang kedua kalinya, saya kurang ingat) saya dalam mana-mana kontes anjuran Panasonic Malaysia. Penyertaan adalah dari Perlis hingga Sabah, jumlah beratus-ratus dengan kata-kata kreatif dan puitis serta menyentuh hati juri, mampu membuat juri menitiskan airmata atau hati tertawa riang. 
Menang Facial Ionic Steamer Bernilai RM576 Dari Panasonic Malaysia !
Untuk menang tidaklah mudah dan ternyata tulisan saya telah menarik hati juri Panansonic Malaysia. Kebetulan pula muka saya sedang mengalami masalah 'kulit kering, tak mulus, tak cerah' dan ternyata pula saya telah terpilih menjadi pemenang. Sungguh, inikah yang dinamakan berkat ? 

Menang Facial Ionic Steamer Bernilai RM576 Dari Panasonic Malaysia !
Jika pun, tulisan saya tidak seindah yang lain atau tidak semolek karya orang lain tetapi, andai berkat itu memang untuk saya maka, ia pasti untuk saya (gitu..). Terima kasih Panasonic Malaysia kerana memilih saya untuk menang dan memiliki Facial Ionic Steamer bernilai RM576. Untuk membeli dengan duit sendiri mungkin saya tidak sanggup. Nilai RM576 itu bukanlah harga yang murah, kalau orang kaya mungkinlah ia murah tetapi, tidak jika seperti saya. 

Terima kasih Panasonic Malaysia !

19 Mei 2016

Jemputan Ke Svenson Haircare Malaysia

Jemputan Ke Svenson Haircare Malaysia

Dapat jemputan lagi tetapi, jarak selalu memisahkan kita dan itulah jawapan saya. Andai jarak itu dekat, saya pasti menghadirkan diri JIKA tarikh yang dipilih bersesuaian dengan jadual saya.
Jemputan Ke Svenson Haircare Malaysia
Oh, saya telah ditakdirkan untuk berada jauh dari Kuala Lumpur . Jemputan seperti ini adalah sangat saya tunggu-tunggu kerana saya sangat ingin mendapatkan hair treatment dari pakar. Terpaksa menanti peluang lain datang.

13 Mei 2016

Tiga Cara Menabung Melalui Internet

Tiga Cara Mudah Menabung Melalui Internet

Saya suka internet kerana dapat kawan baru, chatting dan hidup jadi tidak boring. Itu dululah, waktu saya berkenalan dengan friendster, tagged dan yahoo messenger. Waktu itu internet penting hanya untuk mengisi masa lapang dan ketawa-ketiwi dalam alam maya. Itu beberapa tahun yang lalu. Sungguh, beberapa tahun yang lalu.

Setelah friendster berlalu muncul pula facebook, myspace, twitter dan banyak media sosial lain yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Penggunaan  internet menguasai kehidupan dunia modenisasi kini. Namun, ia tidak lagi membuat saya teruja dan terhegeh-hegeh untuk membuang masa dengannya. Apakah itu kerana jiwa remajaku telah semakin hilang ? aahhh tidak! sama sekali tidak. Remajanya jiwaku bukan diukur dengan berapa banyak teman yang saya miliki  dialam maya atau berapa 'like' yang saya peroleh disetiap status yang saya publish dimedia sosial yang saya miliki.

Internet adalah duit. 

Duit ?

Ya. Duit. Kita boleh menabung secara mudah menerusi internet. Tiga cara yang mudah dan efektif adalah menerusi tiga cara ini. Sebenarnya ada banyak cara tetapi,  tiga cara ini adalah sebagai pendahuluan untuk hari ini. 

Menabung Melalui Akaun 8Share

Pernah dengan 8Share ? ia adalah syarikat pengiklan yang menggunakan pengguna internet sebagai pekerjanya. Hanya DAFTAR tanpa sebarang bayaran dan promosikan iklan-iklan yang ada di 8share kepada orang ramai melalui media sosial milik anda seperti, facebook, blog atau twitter. Setiap iklan bernilai RM0.20. Itu satu iklan atau satu kali post. Bayangkan jika ada 10 iklan dan post 20 kali dan setiap iklan tersebut dibaca oleh pengguna internet yang lain. Contoh Iklan adalah seperti IKLAN ini. Bayangkan berapa pendapatan anda sehari ? wow ! 

Menabung Melalui Akaun Churp Churp

Saya mempunyai Akaun Churp Churp dan ramai dikalangan kawan-kawan saya juga mempunyai akaun ini. Pertama kali saya memberitahu mereka tentang Churp Churp beberapa tahun lalu dan mereka seperti 'betulkah?' 'malaslah'..... saya menyakinkan mereka dengan hasil yang saya dapat dan sehingga hari ini mereka telah mengaut banyak keuntungan melaluinya. Caranya sama dengan Churp Churp. Bayangkan jika anda mempunyai akaun 8share dan akaun Churp Churp ? banyak duit oooh !Daftar Churp Churp

Menabung Melalaui Nuffnang

Nuffnang ? apa itu? nuffnang tak perlu menjual barang, bukan program MLM juga. Paling penting mesti ada blog. Bila ada blog anda boleh daftar akaun Nuffnang. Blog akan menjadi  info disalurkan atau iklan dipromosikan. Setiap iklan mempunyai nilai tersendiri. Nuffnang ni agak lambat bergerak tetapi, tetap bergerak. Sudah namanya tabung, slogan paling tepat adalah 'lama-lama jadi bukit'. Kita ada duit gaji sendiri, Nuffnang hanyalah tabung kita. Faham ? aresoooo...

Tiga cara menabung melalui internet tidaklah susah sangat. Logiknya, daripada bersengkang mata melihat skrin komputer sambil bermain games atau chating dan up status yang bukan-bukan dilaman sosial, lebih baik mencari duti. Hasilnya boleh digunakan membeli tiket Air Asia menuju destinasi impian. Bukankah itu merupakan salah satu motif kenapa kita menabung ? hehe.

Selamat menabung ! 
Selamat Hari Ibu
Di kesempatan ini saya juga mahu mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu, terutama kepada mami saya yang rahimnya pernah saya huni dan nenek saya yang darinya terlahir mami saya. Selamat hari ibu para wanita, Tuhan memberkati.

12 Mei 2016

Tulisan Pertama Dibukukan

Tulisan Pertama Dibukukan. 

Tahun 2014 dan 2015 merupakan tahun paling aktif saya bersama Fair & Lovely, membuatkan produk fair & lovely bertimbun dirumah dan masih ada yang belum digunakan (hehe). Tahun lalu juga merupakan tahun paling banyak saya ikut serta dan berjaya dalam medan kontes. Tidak terkira dan saya teruja, gembira dan banyak rasa lain yang hanya saya sendiri mampu merasakannya ! 
Tulisan Pertama Dibukukan
Tulisan Pertama saya yang dibukukan
Tahun 2016 merupakan tahun yang sangat malas untuk saya join kontes, kalau ada pun itu kerana tiba-tiba aura kerajinan dari dalam terkeluar dengan tiba-tiba. Kalau kalah, rasa itu kembali melemah dan rasa itu hilang ditelan rasa 'hmmm' bilamana orang lain menang dengan kata 'kenapalah tidak join, kalau join pasti menang'. 

Dengan melihat kembali tulisan pertama yang dibukukan ini, semangat kembali memuncak. Satu langkah akan membawa kita kepada jarak yang lebih jauh kepada destinasi yang lebih indah. Kemalasan tidak pernah membuahkan apa-apa hasil melainkan kerugian. 

Saya pernah terbaca satu petikan  bahawa hal yang paling sedih di dunia adalah sabar menanti dan ternyata hal itu adalah sebuah kesalahan, atau terlalu cepat melepaskan dan ternyata hal itu adalah apa yang kau ingini. 

Saya juga pernah terbaca segaris kata yang lebih kurang begini tulisannya 'yang membuat kau berasa nyaman bukanlah gunung yang tinggi disana tetapi, batu kecil yang terselit didalam sepatumu.'

..dan kata-kata itu ada benarnya, dimana kebenarannya? berhenti sejenak, renungkan diri lalu berusaha lagi dan jangan pernah berhenti untuk berusaha mencapai apa yang menjadi impian hakiki kita. 

Tulisan pertama yang dibukukan oleh Fair & Lovely merupakan salah satu dari kisah yang perlu diimbas kembali dan dimekarkan didalam taman arena penulisan. Sempena hari guru yang menjelang tiba, saya mahu mendedikasikan rasa terima kasih kepada seorang guru yang telah mengajar saya bagaimana cara menggunakan bahasa Malaysia yang tepat dan bukan bahasa murahan yang jika dicoretkan pada kertas peperiksaan ia membawa kosong markah. 

Sekian tulisan dipetang hari yang sejuk mengundang mulut bertemu kehangatan aroma kopi hitam pekat, semakin hitam semakin enak !

5 Mei 2016

Review : Utarra Hammock Memang Terbaik !

Review Uttara Hammock.

Bila orang berkata hammock, sebenarnya saya kurang pasti apa yang sedang ia perkatakan. Bila saya melihat gambarnya 'oooooh yang itu'. Ternyata itu namanya hammock. Sejak azali saya tahu kalau itu namanya ayunan. Langsung tidak komersil pada bunyinya. Ternyata nama komersil yang dikenal dunia adalah hammock !
Utarra Hammock Memang Terbaik !

Hammock Malaysia
Oleh kerana ia hangat diperkatakan oleh para hikers dan climbers sebagai sesuatu yang mudah dibawa kemana-mana, ringan dan hanya perlu pohon atau kayu untuk mengikatkannya untuk dapat menikmati tidur dalam pelukan hammock, maka saya sangat beriya-iya dalam hati untuk turut memilikinya. Harga berpatutan dan mampu milik.
Hammock Malaysia
Bulan lalu saya membeli hammock. Order petang itu, tengahari esoknya hammock saya tiba dipejabat. Begitu pantas ! ini sungguh-sungguh wow ! Harga RM85 tidak termasuk postage.

Hammock Malaysia
Hammock ini diperbuat dari material parachute ringan dan sejuk, tali (webbing) 2 meter kiri dan kanan, packing masuk bag pun masih kecil. Ringkas dan senang lipat. Bersantai diantara pepohonan dihutan atau dipergunungan atau pun mungkin sekadar mahu menikmati hembusan angin bukit atau pantai ditemani buku bacaan selalu saya rindukan. Sebab itulah saya membelinya. Asal ada cuti dan piknik saya akan membawanya bersama, siapa tahu ada lokasi yang bagus untuk saya membentangkan hammock saya. 

Hammcok memang best ! lepas ni mahu beli satu lagi, eh dua untuk menjadikan tiga hammock semuanya.  Mengapa ? kerana keseronokan ketika terlelap didalam hammock sangat mengasyikkan. Tidak percaya ? sila mencubanya sendiri. Tiada hammock ? belilah ! tunggu apa lagi.