14 April 2016

Lupakan Kapal, Mari Masuk Hutan !

Lupakan Kapal, Mari Masuk Hutan !

Misi kali ini bukan mahu merentasi lautan China Selatan, bukan juga menaiki kapal sambil menunjukkan senyum lebar berjela-jela kepada para pramugari atau pramugara, lalu mendarat disebuah negara yang belum pernah dijejaki. Misi kali ini tidak perlu menggunakan passport meski ada kalanya, mata ini ingin melihat helaian-helaian di buku merah ku tertancap cop dari pelbagai negara.
DANUM VALLEY, SABAH
Namun, misi utama harus dilaksanakan dahulu sebelum hal yang lain menyusul menambah memori dan kisah perjalanan hidup ini. Ketika ghairah sudah memudar, wajah sudah menua, badan sudah lemah, perjalanan ke seantario dunia juga seakan tiada maknanya lagi.

Misi tahun ini, mahu melangkah masuk dan menikmati flora dan fauna milik Lembah Danum ! Tiada mimpi yang tak terlaksana asal keinginan disambut usaha dan tekad. Lembah Danum sangat terkenal tidak hanya di negeri Sabah  atau negara Malaysia, bahkan diseluruh dunia khususnya pemilik hidup pencinta alam, Lembah Danum bukanlah nama yang asing. Didalamnya terkumpul khazanah alam yang hanya boleh ditemukan di Lembah Danum.

Misi ini akan disertai oleh 'siapa-siapa' saja yang berminat dan siap menyediakan bayaran untuk ekspedisi Lembah Danum. Bayaran itu pastinya bukan untuk saya (pastinya bukan!) melainkan memang begitulah....mahu kemana-mana harus mengeluarkan duit ! mana mungkin sesuatu yang indah dan istimewa dinikmati secara percuma. Meski pada hakikinya ia hanyalah Ciptaan Tuhan tetapi, jika ia percuma maka tempat itu pasti tidak terjaga rapi seperti apa yang ada sekarang. 

Manusia luar mungkin akan berkata untuk apa menghebahkan pada dunia jika hakikatnya, ajakan tidak dikeluarkan. Ceeeh ! marilah ! Ini ekspedisi duit sendiri, kalau ada duit ya, dipersilakan ikut serta ke Lembah Danum. Bila ? tarikh sebenar belum ada tetapi semoga sebelum Disember berlalu cerita kita di Lembah Danum telah terpotret dimemori masing-masing. 
DANUM VALLEY, SABAH
Hidup ini bukan hanya duduk diam menunggu orang lain mengatur hidup kita, kita harus berjuang sendiri ! Saya tidak berani menjamin apakah akhirnya akan berhasil atau gagal, tetapi saya berani menjamin hidup bahawa dunia ini masih luas untuk diterokai, berjalanlah dan beranilah menjadikan mimpi itu sebuah kenyataan.  

Misi bertemu dengan Lembah Danum, 2016 bersama siapa pun manusia yang sudi berjalan bersamaku.


1 April 2016

Senja Bersama SATAY SIPITANG !

Senja bersama Satay Sipitang, gabungan rasa dan alam menjadikan petang para pengunjung Sipitang bahagia. Perjalanan hampir 144 KM dari Kota Kinabalu atau pun hampir 160 KM dari kampung tempat saya melelapkan mata dihujung malam dan melihat dunia diawal hari, setiap hari. Perjalanan tidak terasa jauh jika tahu dihujung jalan ada senja menyambut hadir dan ada satay bertemu lidah.

SIPITANG, SABAH
Esplanad Sipitang
Perjalanan tidak dirancang untuk menjejakkan kaki di Pekan Sipitang namun, keinginan berkunjung lebih kuat berbanding sampai ke pekan Membakut lalu kembali lagi ke rumah. Jarak Pekan Membakut dengan Pekan Sipitang tidaklah jauh sangat namun, cukup membuat mata lena sepanjang perjalanan dan sempat menyulam mimpi berenang bersama sang dolphin kegemaran dunia (hehe). Apa pun jarak itu, jika hati punya rasa untuk pergi maka, tempat itu pasti terjejak oleh kaki kita.
SIPITANG, SABAH
Wajib bergambar disini !
Senja Bersama SATAY SIPITANG !
Senja di Sipitang
Lantaran jarak yang jauh  maka hadir dan jejakku di pekan ini adalah sangat boleh dihitung oleh jam waktu. Oleh kerana jarang berada disini maka, hal terbaik adalah menanam memori tentang Sipitang dengan gambar-gambar he he. Sepetang di Sipitang adalah perkenalan pertama antara saya dan Sipitang manakala Senja bersama Satay Sipitang adalah jejak ke dua saya di Sipitang.
SIPITANG, SABAH
Satay Sipitang, Murah dan Sodaaaap
Paling best satay Sipitang masih murah ! hanya 60 puluh sen satu cucuk, tempat lain semua mahal. Sebab tu selain menikmati pemandangan senja berlabuh dihujung laut, dapat pula makan satay lazat lagi murah. Di mana ? hanya di  Sipitang !