24 Mac 2016

Traveler and Lifestyle Blogger

I'm here again. I will stop posting when I am not around (hmmm) but it's okay, promise to me that you will read ALL my posts since DAY 1 until my LAST post in this blog (if only you miss me badly). Errr... actually blog is about what to say or what to show. So, when I want to show something good or something bad, especially about Hiking, Traveling and Lifestyle, I will show it over here (trust me! it's ALL about me, NOT you !).
Traveler and Lifestyle Blogger
This is really weird, because it seems as though you are writing to yourself - but you give other people the chance to sneak a little glimpse of your life. At least you KNOW who am I while readings my blog.

So, enjoy reading my post ! God bless.


23 Mac 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih

Sepurnama lamanya tidak join contest atau giveaway sesama blogger. Selalu nampak contest dianjurkan oleh para blogger tetapi, diri ini berlalu sambil lewa. Kenapa ? satu, kerana saingan memang sengit. Ke dua, diri ini sedang malas.

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih ni pun, dah beberapa kali nampak tapi tulah, I tak serajin mereka yang lain. Jam ini, dipetang ini, saya sedang rajin. Kalau tidak rajin mana mungkin kalian melihat tulisan ini ada disini. (cewah! haha). 

Kalau korang mahu join, sila baca syarat-syarat yang ada/ klik banner dibawah. Semoga saya menang, kalau tak menang saya mahu menang juga ! gitu..... haha.



*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :

Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10

Sungai Paling Popular !

I'm my own boss, so who care about deadlines. I get to write about what I want, when I want, the good, the bad and the ugly. ceeeh ! tipu. Sebenarnya saya hanya seorang kuli. Tidak perlu menjadi kaya untuk mencapai segala impian dan tidak perlu memburukkan orang lain untuk sebuah manifestasi memenangkan hati orang lain untuk kesenangan diri sendiri.
Saya yakin, sesuatu yang berharga akan lebih bermakna bila mampu dibahagikan dengan orang lain. Diharap pembaca dapat memetik inspirasi yang memperkaya jiwa, menjadi satu dari sekian banyak pelajaran yang ada dalam hidup kita. 
Sungai Paling Popular !
Sesuai untuk tempat riadah
Sungai Paling Popular !
Ok, agak munafik rasanya asyik menulis tentang keindahan dunia luar sehingga lupa memperkenalkan kawasan sendiri. Sungai paling popular diwaktu kecil, sehingga meningkat usia kearah status tua juga ia masih terkenal. Ketika remaja, disungai inilah saya dan geng kampung menghabiskan masa. Mandi sehingga mata merah, mandi sehingga penat. Hampir setiap hari, aktiviti yang sama namun, tiada pernah berasa lelah.
Sungai Paling Popular !
Mandi di sini memang best !
Sungai Paling Popular !
Gambar-gambar ini bukanlah gambar diwaktu kecilku melainkan di tahun-tahun yang tidak lagi layak digelar remaja. Bukti sebuah kewujudan sungai ini sebagai tempat yang selalu lekat dihati. Malangnya, sungai ini tidak lagi seluas dahulu, tidak pula sedalam cerita lalu. Mandi disini kini sudah agak jarang dan dalam setahun boleh dikira berapa kali kaki ini menjejakkan kaki disungai ini. 

19 Mac 2016

Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping

Kota Bangkok, Thailand dunia bagi kaki shopping. 
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Saya kaki shopping ? tidak. Pastinya bukan. Ini kali ke dua saya dinegara Thailand. Pertama kali, di Chiang Mai. Ke dua kali, ya inilah ! When I was in Baiyoke Hotel, I woke up at 6 am and headed out for a breakfast. Cup of coffee. Thai fried rice. Breakfast was lovely.
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Sebelum travel ke Bangkok, banyak buku dan dokumentari yang telah saya baca dan dengar tentangnya, terutama Floating Market. Salah satu tujuan saya ke Bangkok juga kerana Floating Market.  Ramai penggemar shopping berkata bahawa Bangkok adalah kota yang paling tepat untuk tujuan tersebut. Benar apa adanya.
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Kami tinggal di Hotel Baiyoke  terletak ditengah kota Bangkok. Aktiviti jual-beli mudah di temui, dari keperluan basic sehingga yang jarang-jarang ditemui dinegara Malaysia (haha). Sang pemandu pelancong berkata jika mahu melihat show wanita jelita jelmaan, anda hanya perlu membeli tiket dan pergi ke show tersebut. Harga tiket ? saya tidak ingat. Kami memilih untuk tidak menyaksikan show tersebut. Bukan takut tewas atau kerana 'mereka' itu lebih jelita dari kewujudan sejati diri ini tetapi, kami memang tidak bernafsu untuk melihat mereka. Tidak teringin mahu melihat para pondan itu. Jika ditakdirkan tempat itu terkena malapetaka dan kita kebetulan berada ditempat itu....bagaimanakah respon orang nanti ? (cewah ! terlihat kesucian jiwa pada tulisan ini. haha).
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Realitinya pengunjung Kota Bnagkok adalah sangat ramai dan kebanyakan mahu membeli borong barang-barang terutama kain untuk dijual kembali sebagai satu kata 'bisnes'. Beli dengan harga murah, jual dengan harga mahal. Seorang kaki shopping pasti rambang mata melihat aneka pilihan yang ada. 
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Tempat tragedi bom Bangkok
I had a great overall experience . Namun, jika ditanya diantara Kota Bangkok dan Chiang Mai, saya tetap dan masih memilih Chiang Mai sebagai sebuah destinasi yang aman, tenang dan tidak sibuk. Saya rela untuk tidak kembali ke Bangkok, tetapi jika diberi peluang ke dua kali 'apa saya masih mahu ke Chiang Mai?' jawapan saya, mahu. Ya mahulah ! 
Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Masih ingat tragedi Bom di Bangkok, Jalan Iraman ? kami berada tepat di tempat itu, cuma bukan dihari yang sama. Andai saja hari tragedi itu adalah hari dimana kaki ini sedang berdiri ditempat itu, maka hari ini tulisan ini tidak pernah tertancap disini. Tidak pernah terlihat oleh mata kepala anda. 

Kota Bangkok, Thailand Dunia Bagi Kaki Shopping
Kota Bangkok, Thailand..... jika anda adalah si kaki shopping, mungkin Bangkok adalah destinasi yang wajib anda lawati. 
GEMS Gallery International
Selamat  merancang percutian ! oopss, sebelum terlupa, bagi anda yang merancang untuk mendapatkan alat perhiasan seperti, rantai, gelang dan cincin permata, anda boleh datang ke GEMS Gallery International. Harga yang ditawarkan adalah murah dan paling istimewa anda boleh mengukir nama anda pada cincin atau loket tersebut. Bila melangkah masuk gallery ni, memang rambang mata memandang. Terasa ingin memiliki semua barang kemas yang ada. (haha). 

15 Mac 2016

Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !

Gunung Wakid, Tambunan menyediakan cabaran kelas satu !

Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
My Trip, My Adventure !
Seawal jam 3:40 am pagi yang terlalu pagi harus bangun dari bahagianya tidur. Jam 6 pagi harus berada di SK Sunsuron kerana kata ketua team harus mendaki Gunung Wakid seawal jam 6 pagi. Atas dasar komitmen dan disiplin, kami berada di tempat tersebut tepat pada waktunya. Ternyata mereka yang lain belum ada. Issh sungguh janji terang bulan, mereka tiada menepati janji (nakal!). Mereka muncul hanya setelah fajar mengucapkan selamat pagi, senyum diberi sebagai terjemahan salam perkenalan. 
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Ekspedisi bermula
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Ayuh menyeberang sungai
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Jinkung Trail menjanjikan trail ekstrem
Sesi suai kenal, warming up dan taklimat ringkas dari para guides adalah biasa dan ia turut dilakukan pada hari itu sebelum sebuah kisah perjalanan menawan puncak Gunung Wakid bermula.

Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Jarak kaki gunung dengan puncak gunung adalah sejauh 11km pergi dan balik. Hmmm, jauh ! laluan adalah landai pada awalnya, semakin jauh perjalanan, laluan semakin tinggi dan curam. ooh ! semakin tinggi, saya semakin teruja. Jika tidak tinggi ia tidak layak bergelar gunung. Jika tiada cabaran, pasti tiada keseronokan.
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Looking up, looking down, looking forward ! the colors of the trees were singing out with life in the soft forest light. The surrounding forest are was stunning ! the light, the colors, the sounds, the smells - oh it was all simply breathtaking. It looked like a movie set.

Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !

Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
No matter what you're looking for, Sabah is a state of experiences. You'll find hikes, viewpoints , guided tours, world heritage sites and other activities. Salah satu tempat yang menarik dan mencabar adalah Gunung Wakid, Tambunan. Sempat bermonolog ditengah perjalanan yang panjang dan panas 'untuk apa saya disini?' . 
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
CLA
Kami merupakan kumpulan ke tiga yang berjaya menggunakan laluan baru yang disebut sebagai Jingkung Trails. Laluan sungguh mencabar, menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif bagaimana untuk sampai ke atas. Tiada tali disediakan. Oleh itu, kita digalakkan untuk bersahabat dengan dahan dan akar kayu sebagai tempat berpaut atau jika beruntung ada tangan-tangan member yang sudi menolong kita. Sejauh memori saya, tanpa tangan member cabaran lebih terasa dan keseronokan ekstreme lebih nikmat. Kita mungkin memerlukan tangan-tangan itu tetapi, bukan di Gunung Wakid. Di gunung Wakid akar-akar kayu harus dinikmati oleh tangan kita. 
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Enjoy the trail !
By the way, I really enjoyed myself and I took so many great photos. Hope you like them as much as I do ! Everyday I fall in love more and more with my hobby, hiking. Jujur bicara, Gunung Wakid perlu diteroka oleh semua penggemar hiking. Laluan yang sangat mencabar stamina, mental dan fizikal namun, memberi pengalaman yang sangat berharga. Ada laluan yang mampu menghadiahkan anda air mata jika anda kurang kuat, ketinggian 80 darjah, laluan sempit dan tanpa tali. Sungguh, Gunung Wakid menyediakan cabaran kelas satu kepada para hikers.
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Gambar bersama team !
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Bertemu kembali dalam misi menawan Puncak Gunung Wakid
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Puncak pertama, wajib bergambar disini sebagai bukti (haha)
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Puncak ke dua
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Life is beautiful
After hours of walking the routes all day, akhirnya kami sampai dipuncak Gunung Wakid. Perasaan ? sangat lega, bersyukur dan gembira.... dan juga sangat lapar (haha). Syukur ada mee goreng + sausage berharga RM1.00 dibeli di SK Sunsuron. Nikmatnya luar biasa ! Pemandangan seluruh Tambunan sangat mengundang rasa puas, bahagia dan syukur.
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Pesona alam, sungguh mendamaikan
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Masa untuk turun
Setelah berehat dan bergambar dipuncak Gunung Wakid, tiba waktunya untuk turun. Laluan turun tidak sama dengan laluan ketika mendaki. Laluan agak sukar tetapi, kami dijanjikan untuk mandi di air terjun Gunung Wakid. yippy ! cepat turun, cepat mandi. Namun, perlu diingat secepat apa pun kita berjalan kita tidak mampu bergerak jauh kerana kita harus berhati-hati menggunakan laluan yang licin sambil berpaut pada akar-akar kayu dan dahan-dahan kayu. Jika tidak, selamat menikmati percutian di hospital berdekatan (haha). Apa pun, setiap guide ada untuk membantu. Thanks, Mr guide!
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
Mandi air terjun sebelum meneruskan perjalanan
Gunung Wakid, Tambunan ~ Menyediakan Cabaran Kelas Satu !
mandi sungai untuk ke dua kalinya sebelum makan tengahari
Everything in Gunung Wakid suprised me - the rainforest, the nature and the team !  variasi gelagat 27 peserta bersatu menjadi sebuah team yang hebat . Adios, Till next climb !

Untuk maklumat lanjut tentang eksplorasi atau eskpedisi Gunung Wakid, Tambunan Sabah sila berhubung dengan nombor  013-8991857..... kemudian yang kamu perlukan hanyalah kaki yang akan melangkah lebih jauh. 

Selamat menjelajah Gunung Wakid, Tambunan !

9 Mac 2016

Blogger Di Tengah Hutan

Hello, blog. It is 6.00 pm. Talking to you always give me enlightenment. It is awesome. I am awesome. Few years later down the road, I shall look back feeling super proud of my self. Super. Instead of taking rest, I am looking at you. Typing on you page. Thanks, blog. Now, I am a blogger (weew) padahal setiap orang juga boleh dan mampu menjadi seorang blogger jika mahu. 

Saya seorang blogger ditengah hutan didalam dunia ini. Tak dilihat manusia. Saya cuma perempuan kampung yang dikelilingi tumbuhan hijau di kawasan rumahnya. Mendengar cengkerik dipetang hari, mendengar ayam berkokok di awal hari. Terkadang manusia diseberang sana melihat negeri ku sebagai negeri yang tiada kemajuannya. Penghuninya tinggal didalam hutan. 
Terkadang mereka berkata benar apa adanya. Negeriku kurang maju berbanding negeri mereka kerana mereka tertatah rapi oleh pemerintah yang korupsi. Negeriku terabai kerana kerakusan pemerintah mereka; yang juga dengan tak malunya mahu memerintah negeriku, meragut segala kekayaan negeriku, merampas apa yang bukan hak mereka sebagai dijadikan harta pusaka mereka. 

Namun, bukan itu yang ingin saya utarakan. Walaupun saya bicara melalui kata-kata, tiada siapa akan peduli. 'dasar penghuni hutan' pasti katanya. Apa pun kata itu, saya bangga menjadi anak hutan. Menghirup udara segar setiap hari. Melihat alam ciptaan Tuhan selalu. Teknologi mungkin membantu anda melihat hutan tetapi, tidak pernah membantu anda untuk hidup dan menikmatinya, merasakan dan mencintainya. 

Setiap hari saya menghirup aroma hutan, setiap hari saya juga menikmati kota raya. Ada orang memegahkan kota dimana dia berdiri kerana tidak ingin diketahui orang bahawa dia sebenarnya hanyalah orang kampung. Ada orang menegaskan bahawa orang kampung yang tinggal berhampiran dengan hutan kurang tahu akan dunia luar, tetapi hari ini anda membaca tulisan ini dan ia turut membawa makna bahawa orang kampung yang mesra dengan hutan tidaklah ketinggalan seperti apa yang kepala otak anda fikirkan. Knowledge, you say ? Yes. Knowledge. I mean, come on. Open up. We all live in the internet world. Mana ada lagi yang namanya ketinggalan maklumat. Kecuali dirimu yang tidak tahu apa-apa tentang negeriku. (haha). People, don't be such a bully. Because I am a citizen of the world, not a citizen of your close-minded minds.

Eh, kenapa saya menaip dengan serius ni. Ish naaa. Saya cuma merindui zaman penulisan esei, setiap hari, dikala usiaku menjejak 16 ke 17 tahun. Hari-hari menulis esei. Hari-hari membaca buku ilmiah. Demi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan ia memberikan hasil A+ untuk subject tersebut, maju sebagai pelajar terbaik keseluruhan tingkatan untuk subject Bahasa Malaysia. oh, kenangan ! dan jika hari ini saya menulis sesuatu yang serius, itu kerana saya pernah terinspirasi oleh seorang India dimasa laluku.
Blogger Di Tengah Hutan
Kata-katanya, tulisan dan pujiannya menjadi salah satu alasan mengapa saya menjadi seorang blogger hari ini. Meski hanya seorang blogger di tengah hutan. By the way, gambar di atas itu merupakan gambar satelit kampung halaman saya. Penuh kehijauan alam . Saya pasti ada diantara mata yang melihat sedang asyik mencemburui hutan tempat dimana saya tinggal dan hari ini saya menjadi seorang dewasa yang suka meneroka dan memenatkan kaki, berjalan dimana-mana dengan harapan dapat bertemu sang dolphin dan penguin.

Seorang blogger di tengah hutan, suatu saat yang terpilih saya akan menemukan dolphin dan penguin dan akan meneceritakan kisah itu buat kalian, pembaca blog ini.

2 Mac 2016

Menguji Adrenaline Di Pulau Sapi, Sabah

Pulau Sapi . 27 Febuary 2016.

Saturday / weekend . I could wake up at any time I wanted. I could eat anything I wanted. I could GO and DO any good damn thing I felt like doing, in my own freaking sweet time. Pictures from last week in Sapi Island, Tunku Abdul Rahman Park.
Sapi Island
Pulau Sapi tidak jauh dari bandaraya Kota Kinabalu, hanya lebih kurang 25 minit untuk sampai pulau tersebut menaiki bot. Awal rancangan ingin ke Pulau Manukan tetapi, salah seorang tour guide berkata bahawa Pulau Manukan pulaunya cantik dan luas TETAPI aktiviti adalah agak terhad. Saya tidak memerlukan pantai pulau yang panjang untuk berjalan-jalan, saya memerlukan pulau untuk adrenaline !
Pulau  Sapi, Sabah
Pulau Sapi menyediakan aktiviti pelbagai dari snorkeling, zipline, banana boat, parasailing hingga kepada diving dan seawalking. Tidak hairanlah Pulau Sapi dipenuhi oleh pelancong seantario dunia terutama Korea dan China. Pulau-pulau di Sabah terkenal dengan air laut yang jernih dan ikan-ikan peramah. Jika ada diantara anda yang tidak pernah melihat ikan nemo, dipersilakan menyelam di Pulau Sapi. 
Snokerling at Sapi Island
Semasa snorkeling tiba-tiba ada sesuatu melanggar kaki. Yachhh ! apakah itu !? rupa-rupanya ia adalah ikan-ikan yang mahu menyapa salam perkenalan dengan penggemar dunia habitatnya. Snokerling adalah aktiviti santai yang agak sentimental, berenang bersama ikan dilautan biru yang sejuk sambil menerima panahan sang suria. Sesekali terkejut oleh ciuman ikan lalu, tertawa sendiri. Ternyata tidak hanya makhluk yang bernama manusia mampu membuat kita tertawa tetapi, juga ikan-ikan dilautan.

Ahh ! life has been pretty damn good lately ! Sapi Island is the best island for me right now. I loved the atmosphere. ya ya ya I loved it !

Parasailing, Pulau Sapi. Telah begitu lamanya saya menyaksikan aktiviti ini atau lebih indah jika dituliskan sebagai 'ingin rasanya terbang seperti mereka tetapi, apakan daya saya hanya mampu melihat dari kejauhan. Dari sudut mataku, dari jarak yang jauh saya melihat keadaan itu berlaku.' Kerana keinginan itu meluap-luap, maka saya mengatakan 'pergilah duitku, saya ingin terbang diatas lautan biru'.
Pulau Sapi, Sabah
Parasailing tidak dilakukan ditepian pulau. Bot bergerak membawa kami ke tengah lautan, ditempat luas dan mudah menerbangkan payung . Seriously, ketika berada didalam bot tersebut suasana agak memeningkan kepala. Lautan bergelora. Sangat mengundang pening dan muntah. Bot bergerak seperti naik bukit, turun bukit, naik gunung, turun gunung (haha). Lebih dasyat dari naik the longest wood roller coaster in the world di Everland. Perasan naik roller coaster seperti mulut terbang dibawa angin, naik bot ini seperti kepala digoncang-goncang lalu dipaksa melihat dunia. 

Pening kepala itu hanya cerita awal, klimaksnya ketika ditarik dan keluar dari bot lalu terbang tinggi ke udara. Sungguh, perasaan itu sangat indah. Damai dan tenang. Kaki berjuntai menikmati lautan biru dari aras yang tinggi. Syukur saya bukan pemilik rasa gayat. Semakin tingi, semakin seronok. Rasanya seperti melihat pelangi sambil menikmati marshmellow dipetang hari. I have been lucky enough to see amazing Sapi Island and have experienced great things. Saya pasti akan datang lagi menikmati Parasailing di Sapi Island. 
Banana Boat
Selain itu, kami sempat bermain banana boat. yay ! cerita ini mengundang rasa yang luar biasa kerana ia mengaitkan adrenaline.  Menaiki banana boat lalu speed boat menarik kami dengan kelajuan yang seperti 'gerak-gerak khas mengejar penjahat'. Bezanya, ia berlaku dilautan dan bukan didarat. Harus memegang tali bot kuat-kuat agar tidak terlepas dari kumpulan atau paling penting jangan terbuang jauh-jauh. Pernah nampak speed boat drift ? pheeew ! begitulah kami. Ketika boat dipandu laju dan membuat pusingan, pukulan air laut akan berlawanan dan kami semua terpelanting. Ketika terlepas dari banana boat, terbuang dan tertenggelam sebentar, tertelan air masin satu gelas, panik sesaat, lalu mendongakkan kepala dan sedar bahawa diri ini masih terapung dan hidup melihat dunia kembali. Ekstreme dan sangat puas hati dengan rasa dan suasana itu. Jika direkodkan secara perlahan moment terbuang dari bot tersebut pasti gambarnya cantik. Malangnya semua terpelanting dan tukang gambar juga turut menerima takdir yang sama. haha. 

Hakikatnya, saya tidak cukup masa dengan Pulau ini. Sebenarnya tujuan utama ke Pulau Sapi adalah untuk bermain Zipline pulau ke pulau terpanjang di dunia tetapi, masa tidak cukup. Oleh itu saya pasti akan datang lagi ke Pulau Sapi. 
Pulau Sapi, Borneo
From the moment you step off the boat you become part of a colourful landscape of Sapi Island. Getting lost around the island, under the sun and taking in all the different colours should be a must-see-and-try for all travel lover.

And now the question is, where shall I go next ? Gunung Wakid, Tambunan. Nantikan update dari saya. Selamat menikmati bulan Mac dan satu hal yang saya mahu beritahu bahawa God is good all the time, all the time God is good ! cukup jadi setia padaNya dan jangan pernah berjalan sendiri tanpa penyertaanNya.
And, here are some photos from Sapi Island with love !
Pulau  Sapi, Sabah

Sapi Island, Sabah
Kucing antara penyambut tamu di Sapi Island
Pulau Sapi, Sabah
Pulau Sapi dan Komodo...oppss not komodo-lah :D
Pulau Sapi, Sabah
Time to get home
Pulau Sapi, Sabah
Kolam kecil Pulau Sapi
Pulau Sapi, Sabah
Snap me, snap me
Pulau Sapi, Sabah
Duyung ..haha