loading...

28 Januari 2016

FOLLOWER Berkurangan, Maafkan Saya Wahai Follower

Dua tiga hari ni saya tertanya-tanya kenapa follower dalam blog saya berkurangan hari demi hari ?  apa salah saya sehingga mereka meninggalkan diri ini ? haiz ! dari angkah hampir dua ribu kepada sekarang ni. Dijangka akan berkurangan lagi.

SAYA SAYANG FOLLOWER SAYA

Ternyata follower saya bukan tidak suka blog saya tetapi, semuanya disebabkan oleh sistem baru. huhu. 
Follower Berkurangan
Maafkan saya wahai follower, selepas ni korang followlah I disini pula PENEROKA MIMPI.

26 Januari 2016

Status Glitterati Tiada Lagi !

Life has been pretty damn good lately ! 2016 hampir berusia satu bulan and I just want to wish you all a very successful 2016 and to remind you that you are all part of something bigger. So, let's say yes to doing things differently. Let's say yes to challenges, let's say yes to enriching people's lives.

Anyway, good luck for all the challenges ahead, I'm sure you'll do brilliantly !

Cabaran bersama Nuffnang selalu ada. Kejap duit masuk, kejap duit keluar. Haiitts ! sebab tu saya pernah melarikan diri dari Nuffnang (siapa pun pernah kan...haha).

Oleh kerana saya sentiasa ingin berada dihadapan dan tidak ingin lagi dianak-tirikan oleh Nuffnang saya pun bermesej-mesejlah dengan pihak pentadbiran Nuffnang. 

Dimana menghilangnya status Glitterati saya ? Saya pernah meninggalkan Nuffnang beberapa waktu kerana pembayarannya kurang memuaskan. Namun, setelah berfikir beberapa kali,  saya kembali lagi mengikat cinta bersama Nuffnang.

Eh, hampir satu bulan bersama kembali tetapi, status Glitterati tidak pernah diberikan. 

WHY !

Tell me WHY !

Lalu jawapan mereka adalah seperti dalam mesej dibawah :
Status Glitterati Tiada Lagi
oooooh ternyata saya ketinggalan beberapa kisah dalam sistem Nuffnang. Mereka tidak lagi menggunakan sistem Status Glitterati.

22 Januari 2016

Berhati-Hati Bila Ke KAWAH DOMAS, INDONESIA

Kenapa ya mahu ke Kawah Domas ? Actually, there are many ways you can describe Kawah Domas or Domas Crater in just one word. Some moments stay etched in your memory forever. This was once such moment.

Kawah Domas, urutannya Istimewa !

It was so beautiful ! 

Namun, dibalik keindahan itu terbenam sebuah kisah yang pasti telah melibatkan banyak jiwa sebelumnya. Kawah Domas merupakan salah satu kawah yang terdapat di Tangkuban Parahu, Jawa Barat Indonesia dan merupakan gunung berapi aktif.
KAWAH DOMAS, INDONESIA
There are plenty to do in Jawa Barat and practically impossible to get bored. So, kali ni saya mahu kongsi cerita suka-duka saya ketika berada di Kawah Domas. Yang saya tahu, saya hanya akan melawat Tangkuban Parahu dan tidak melibatkan hiking atau apa-apa yang boleh mengeluarkan peluh. Pemandangan Tangkuban Parahu itu indah dan penuh misteri, menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Lebih kurang dua minggu sebelum kehadiran kami, tempat pelancongan itu ditutup daripada menerima pengunjung disebabkan oleh letusan gunung berapi tersebut. 
Domas Crater
ouch ! tidak apa-apa, kawasan ini mempunyai pengesan samada ia selamat dilawat atau pun tidak. Jadi, lawatan kami adalah selamat dan boleh hiking hingga ke kawasan bawah Tangkuban Perahu yang dikenali sebagai Kawah Domas. Perjalanan hanya lebih kurang 2KM menuruni bukit. Harus diiringi oleh guide dan seperti biasalah guide harus dibayar. 
KAWAH DOMAS, INDONESIA
It is easy to have the perfect day ! nikmati segala rasa yang ada dan bersyukur apa adanya. Bagi saya perjalanan ini tidaklah seteruk mana, hanya seperti hutan-hutan dikawasan rumah tempat saya tinggal. Namun, ketika masuk hutan kita harus menjadi manusia yang tidak egoistik, mementingkan diri sendiri dan sebagainya. Apatah lagi, hutan simpan menuju kawah Domas itu suatu ketika dahulu pernah dilanda gunung berapi dan dapatkah pula anda membayangkan berapa mangsa yang telah terkorban ? oleh itu setiap nasihat guide yang menjaga harus dipatuhi.
KAWAH DOMAS, INDONESIA
Kawah Domas tempat yang mungkin jarang orang kunjungi. Selain harus hiking, peraturannya juga agak leceh ! ia menetapkan masa dan jika lebih dari masa yang ditetapkan bayaran tambahan akan dikenakan. Bahagian kaunter mengatakan bahawa ia tidaklah jauh dan laluan adalah mudah. Tidak mungkin memerlukan masa yang panjang. Oh ya ? ternyata mereka sebenarnya tidak berkata benar. 

Ketika tiba di kawah tersebut, ternyata pemandangannya memang indah. Pelawat hanya sedikit dan itu pun para mat salleh berambut emas. Kisah Kawah Domas bermula disini . If there's something I share is my growing love for nature.
KAWAH DOMAS, INDONESIA
Kawah Domas dikelilingi oleh hutan simpan. Jika memejamkan mata terasa suatu misteri yang sukar digambarkan. Udara sulfur agak kuat, panas dan mata juga silau meski matahari tidak terik. Bunyi air menggelegak juga jelas dipendengaran. Itu lumpur sulfur dan menjadi tujuan utama kami kesana. Terdapat tawaran urutan yang istimewa daripada para guide. 

Mahu urut satu badan ? terserah ! tapi dinasihatkan jangan pernah menyerahkan badan anda diurut oleh orang asing yang jauh dari orang ramai dan di kawah pula ! Cukup urutan kaki dan tangan. Kalau mahu muka, dipersilakan. Dinyatakan bahawa lumpur sulfur itu adalah masker awet muda. 
KAWAH DOMAS, INDONESIA
Weew ! kerana perkataan awet muda itu maka, ramailah yang membeli lumpur sulfur tersebut. Ia mampu menyembuhkan penyakit kulit juga. cerita lumpur sulfur membawa kisah lain pula ketika berada di lapangan terbang Jakarta. (whoahh) hehe.

Oleh kerana perjalanan turun dari kawas utama Tangkuban Parahu menuju ke Kawah Domas agak melelahkan kaki maka, kami dengan senang hatinya mahu merelakan kaki kami diurut sambil dioles lumpur sulfur oleh para guide yang ada. Rasanya hebat ! terasa kulit kaki semakin anjal gitu...haha. Jika anda inginkan kulit yang tegang dan mulus bagai Kris Dayanti, pergilah ke Kawah Domas ! (haha).
KAWAH DOMAS, INDONESIA
Namun, dibalik suka ada dukanya. Ketika turun ke Kawah Domas, kami masih merupakan para Jutawan yang memegang duit berjuta-juta rupiah. Ketika meninggalkan kawah Domas, kami adalah manusia yang terpaksa senyum mahu tak mahu. Kami dipaksa membeli pelbagai cenderamata oleh para guide yang ada dikawasan itu. Harus membayar perkhidmatan urut sebentar tadi (walhal sebelumnya, dikatakan 'ya, hanya urutan koq nggak usah bayar juga boleh') . waduh ! bisa mati akal ni...melarikan diri juga tidak boleh, silap sikit seluruh orang dalam team itu dimasukkan kedalam kawah yang sedang mendidih. 
KAWAH DOMAS, INDONESIA
Mahu tidak mahu kami kena beli produk-produk yang ditawarkan. Tidak mahu membeli ? mereka dengan wajah paling sayu akan memujuk. Kami pernah ingin sekadar memberi tips, katanya tidak boleh. Harus membeli. Pendek kata mereka sebenarnya sedang 'memaksa' . Ramai diantara teman-teman bertukar status dari jutawan ke dot dot dot...haha. Satu pesanku buat anda yang mahu ke Kawah Domas, jangan mudah percaya pada 'omongan' para penjaga/ guide yang ada. Kadangkala mereka mampu menjadikan diri anda sebagai muflis.

Apa pun, saya menghargai pengalaman itu. Ketika mengingatnya dalam hari-hariku, saya tahu persis bahawa hidup saya adalah beruntung.
KAWAH DOMAS, INDONESIA
..dan saya tidak pernah berhenti untuk menyukai Indonesia hanya kerana sedikit kisah yang mengguris dompetku.

Febuari 2016, saya akan kembali melawat Jakarta !

20 Januari 2016

Gaya Harus Kreatif : 3D Art Museum - Chiangmai, Thailand

Perjalanan adalah sebuah kisah yang harus dipotretkan jika tidak melalui gambar, harus melalui kata-kata. Destinasi pertama setelah mendarat di Chiang Mai International Airport, kami langsung dibawa melawat 3D Art Museum
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Kalau ikutkan rasa seusai mendarat di tanah Chiang Mai, hal pertama yang diingini adalah tidur. Tapi, untuk apa tidur ? jauh-jauh dari Kota Kinabalu ke negara orang semata-mata untuk tidur ? kita melawat negara orang. Bukan untuk tidur panjang. Hotel hanya untuk tidur dimalam hari. Hanya itu. Itu pendapat saya. 
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Chiang Mai tidak jauh bezanya dengan kampung-kampung di negeri  Sabah. Hidupnya sederhana, sangat sederhana. Jauh beza jika dibandingkan dengan Kota Bangkok, sibuknya luarbiasa. Manusia seakan tak penat berjalan-jalan dikota Bangkok dan saya benci kesibukan itu. Jika pilihan diberi antara Kota Bangkok dan Chiang Mai, saya memilih Chiang Mai. Kotanya tenang dan tidak sibuk..oh, dasar orang kampung ! (haha)
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
zam zam alakazam
3D Art Museum turut digelar sebagai Art in Paradise, Chiang Mai. Para pengunjung dihidangkan dengan pelbagai seni lukisan 3D yang sememangnya hebat dan hati sangat gatal untuk bergambar disetiap sudut sambil mempamerkan gaya yang jarang-jarang digunakan ditempat lain.  Syukur saya masih memegang jati leluhur yang sopan, bergaya semolek mungkin tanpa merosakkan jati diri negara timur yang asli. Disuatu posisi, saya memandang dari sudut mataku beberapa orang berkulit putih bermata sepet beraksi dengan sangat gembira, berbaring, duduk, membongkok dan sebagainya berlatar-belakangkan lukisan 3D yang mengujakan. Mereka sangat ghairah untuk bergambar, 'lama-lamaan' disatu tempat ke tempat yang lain sehingga pengunjung lainnya terpaksa membuang masa hanya untuk melihat aksi-aksi mereka itu.
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Teruskan langkahmu, ayuh kita maju
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Helppppp ! helppppp !
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
Sebenarnya kawasan itu agak luas cuma, waktu yang diberikan agak terhad. Bergambar pun satu hal kerana kita harus membantu gambar 3D itu kelihatan seperti benar-benar wujud didunia nyata dan tidak sekadar kelihatan seperti lukisan semata-mata. Makanya, kepala harus bijak merekacipta gaya-gaya kreatif agar gambar kita nanti tidak mati. aaah saya tidak kreatif tambahan pula, saya masih mengantuk dan penat naik kapal dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, tidur beberapa jam di KLIA Airport sebelum terbang ke Chiang Mai. Indahnya, setiba di  Chiang Mai Airport kami disambut oleh para gadis manis, langsing dan menawan sambil mengalungkan bunga teratai dileher kami. Lalu, ada orang itu ketika melihat para gadis itu dia lantas menyimpan hajat untuk berkahwin dengan orang Thailand. (hahaha) Biar keturunan tidak bangsa itu-itu saja-lah ! haha.
3D Art Museum - Chiangmai, Thailand

3D Art Museum - Chiangmai, Thailand
akhirnya saya tiba di VENICE, Italy..
Hakikatnya lawatan saya ke 3D Art Museum ini banyak menyimpan memori indah yang tidak mungkin akan hilang dilapisi keindahan tempat lain pula. Tempat lain mungkin lagi indah tetapi, 3D Art Museum punya tempat tersendiri diruangan hatiku. Jika mahu ke Chiang Mai selain menikmati kegendutan gajah-gajah yang ada, saya cadangkan anda turut melawat 3D Art Museum. Anda pasti bawa pulang gambar kenangan yang cun !

7 Januari 2016

Laluan Baru Gunung Kinabalu : SEJUTA RASA

Sebelum membaca artikel ini saya senang mengajak kalian membaca tulisan sebelumnya [Gunung Kinabalu Kembali Tersenyum]
XPDC GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu tidak ada habisnya menyuguhkan panorama kelas pertama kepada pelawatnya. Jam 1.40 pagi yang sangat pagi kami bangun untuk bersiap menikmati supper sebelum memulakan perjalanan menuju puncak tertinggi Malaysia. Perasaan ingin tidur-tidur diatas katil sangatlah menguasai diri. Saya tidur diatas katil bersama seorang manusia yang jika ke gunung selalu tidur disampingnya. ar, lupa ambil gambar  (haha). Dalam bilik kami ada 4 katil bertingkat untuk 8 orang dan satu darinya menjadi tempat bagi si perempuan inggeris yang bukan dari kumpulan kami. Group saya ditempatkan di dua bilik yang berbeza dengan masing-masing berkapasiti 8 dan 12 orang.

Jujur saja, kali ini saya tidak banyak mengambil gambar menyebabkan gambar semasa briefing sebelum memulakan perjalanan ke puncak tiada. Jika tidak, disana ada wajah-wajah teman seperjuangan tersenyum mesra menampakkan gigi yang tak diberus pagi. (haha). ~sebenarnya mungkin ada, tetapi jumlahnya tidak ramai~ airnya sejuk meski di Laban Rata tersedia heater berbanding penginapan sebelumnya yang sangat sejuk tanpa bantuan sebarang heater dan perlu memasak air untuk dibuat minuman panas. Melainkan jika rajin turun ke Laban Rata dan menikmati juadah yang tersedia. (Dikebanyakan waktu jumlah yang rajin adalah sangat sedikit dan saat seperti itu sangat membuatkan saya rindu suasana Gunting Lagadan, beramai-ramai berdiri didepan gas menunggu giliran mengambil air panas tidak hanya dengan teman-teman sendiri tetapi, dari semua lapisan pendaki gunung seluruh dunia). Rindu menjelma kala menulis artikel ini.
XPDC GUNUNG KINABALU
Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan
Usai menikmati makanan ditengah pagi itu kami berkumpul untuk mendengar briefing dari guide dan memulakan perjalanan pada jam 2.30am. Ini merupakan pengalaman pertama saya menggunakan laluan baru Gunung Kinabalu. Pada awal perjalanan ia tidaklah sesusah mana, lagi pula keadaan tidak begitu sejuk. Perjalanan dihiasi oleh sang rembulan dan bintang-bintang berkelip cemerlang diatas samuderaya menandakan cuaca sangat baik.
XPDC GUNUNG KINABALU
Melangkahlah ...
Sebenarnya sepanjang dua hari kami berada digunung ada orang yang lebih khuatir berbanding diri kita yang berada digunung itu. Jam 2 pagi juga telefon dan itu kebiasaan bagi seorang manusia pemilik nama dihujung nama kita. Apatah lagi, hari sebelumnya terjadi gegaran berskala 3.3 (itu apa yang saya terbaca dilaman sosial dan 'dengar-dengaran').
XPDC GUNUNG KINABALU
Panorama gunung Kinabalu
XPDC GUNUNG KINABALU
Siapa kata Gunung Kinabalu tiada bunga ?
Pemandangan di trail baru tidak dinafikan sangat mempesona kalbu dan jika jarak untuk ke tempat itu tidaklah jauh dan tidaklah menggunakan tenaga separuh mati, ingin rasanya selalu disana. Melihat dan menikmati panorama indah itu. Ada laluan yang agak landai dan pastinya ada laluan yang seperti mendongak langit biru baru terlihat hujung tangga tersebut.

Tinggi !
XPDC GUNUNG KINABALU
antara laluan yang best
Itu kata yang tepat. Namun, jika tidak tinggi pasti itu tidak disebut gunung. Syukur saya bukan pemilik rasa gayat cuma kata-kata guide yang mengatakan trail tangga itu merupakan kawasan yang sangat berpotensi sebagai kawasan berbahaya dan harus melalui jalan tersebut dengan cepat tanpa berlengah-lengah. Nafasku sangat terbatas jika harus berjalan pantas ditempat yang tinggi, gelap pula. Meski kata guide jangan 'lambat-lambat, bahaya sini adalah 101%' , saya tidak mampu untuk berjalan terus tanpa berhenti. Saya beserta beberapa orang berjalan jika dirakam pasti seperti orang-orang tua kerepot berjalan (haha), berjalan dan berehat lagi. Berjalan dan berehat lagi. Apa pun, ia adalah keinginan hati sendiri tanpa paksaan dari siapa-siapa untuk turut serta dalam ekspedisi ini malah, sayalah yang mengajak teman-teman dalam team ini untuk ikut saya berpetualang digunung Kinabalu.
XPDC GUNUNG KINABALU
kerana itu mendaki gunung harus 'FIT'
Hajat dihati tidak mahu melangkah hingga ke puncak, cukup didekat kolam selepas kilometer 8 itu. Namun, siapa tahu niat terpadam sebelum hasrat terealisasi, ternyata rehat-rehat di Sayat-Sayat check point sangat membuat segala otot terbuai bahagia untuk melanjutkan rehat tanpa meneruskan perjalanan. Sekitar jam 4.30 pagi saya berada di Sayat-Sayat bersama 4 orang teman, tidak lama kemudian kerabat yang terwujud dari orang tua yang sama menyusul hadir. 'wow' semoga hasrat mereka sama seperti saya dan jika 'iya' saya ada teman untuk berehat di Sayat-Sayat sehingga jam 6am. Ternyata mereka juga tidak mahu meneruskan perjalanan kerana kata mereka puncak itu masih sama seperti puncak yang dilihat berkali-kali sebelumnya. Untuk kali ini saya bahagia untuk berada di Sayat-Sayat sahaja. Penjaga check point menawarkan air panas untuk kami dan guide bertanya untuk kali terakhir 'betul-betulkah nda mau naik lagi' .

'Iya, betul'

..dan kami ditawarkan untuk tidur di Sayat-Sayat Hut . Siapa kami untuk tidak menerima tawaran tersebut ? kami dengan senang menerima pelawaan tersebut. Tidur didalam pondok kecil itu sehingga jam 5:40am. Bangun untuk melihat matahari terbit. Ketika keluar dari pondok tersebut, perkataan pertama yang keluar adalah 'wow' . Lautan awan sepertinya berada dibawah kami. Kami diatas, awan dibawah .. :P Matahari terbit perlahan-lahan. Sejujurnya ia merupakan pemandangan yang sangat indah. Ketika menutup mata meski bukan ditempat itu lagi, saya masih mampu terbayang akan pemandangan itu. Sangat indah ! kerana itu berapa pun kalinya saya bersusah-payah mendaki gunung Kinabalu ia selalu terbalas dengan pemandangan yang indah. Segala rasa penat hilang dibawa bayu  dibalik kabus pergunungan.
XPDC GUNUNG KINABALU
dipondok kecil itu kami berempat menanti suria terbit, diatasnya bongkah batu besar
XPDC GUNUNG KINABALU
Matahari terbit, indahnya luarbiasa
Rakan-rakan yang lain berjaya bergambar dengan signboard puncak gunung Kinabalu dan itu merupakan pencapaian yang baik buat mereka. Maksud saya, mereka memiliki penghujung tahun 2015 yang hebat ! Pasti mereka terasa ingin teriak diatas sana dan mengabarkan pada dunia bahawa mereka boleh ! eh, mereka boleh. Mereka boleh. Tahniah untuk korang. Saya pernah menikmati beberapa kali berada dipuncak sana dan rasanya sangat sukar ditulis dengan perkataan. Yang pasti hati tersenyum lebar dan rasa puas yang luarbiasa.

Selepas melakukan rutin wajib ketika berada di Gunung Kinabalu, mengambil gambar berlatar-belakangkan lautan awan dan matahari terbit dan dinding-dinding gunung yang tinggi, kami pun turun dan kembali ke Laban Rata. Waktu itu kami tidak ditemani oleh guide kerana satu guide berada dibawah menjaga peserta lain yang terhenti ditengah jalan dan yang lain menjaga peserta yang berada dihadapan yang jumlahnya lebih ramai. Namun, penjaga checkpoint itu berpesan agar kami berhati-hati dan jangan 'lama-lama' dikawasan berbahaya. Pesan disambut dengan terima kasih dan senyuman . Ditengah perjalanan kami bertemu dengan para rescue atau  MOSAR . Berbalas 'hi~hi, take care, you smile I smile, I smile you smile' kami pun turun.

Sebenarnya sepanjang pendakian kita tidak akan pernah dibiarkan sendirian, pasti ada yang memantau kita. Jika bukan guide pasukan kita, pasti ada guide pasukan lain yang membantu atau pun akan dipantau oleh MOSAR lagi pula kini mereka dilengkapi dengan sistem walkie-talkie, memudahkan komunikasi sesama mereka untuk mengetahui keadaan dan lokasi terkini setiap pendaki. Saya tidak mengatakan guide pasukan kami tidak menjaga kami, malah mereka menjaga kami dengan penuh kasih sayang. Eh, luka sikit pun mereka akan khuatir, lapar dan dahaga akan mereka risaukan. Thanks, Mr Guide !

Lagi satu walaupun mendaki adalah atas risiko sendiri tetapi, kita tidak pernah dibiarkan meniti perjalanan tanpa kata-kata nasihat mahupun semangat. Barang-barang juga adalah atas tangujawab sendiri, hilang tidak boleh mempersalahkan sesiapa tetapi, guide Gunung Kinabalu tidak akan membiarkan ia berlaku hilang dan terus hilang. Rakanku kehilangan handphone ketika turun dari puncak gunung Kinabalu, waima senyum masih jelas diwajah namun hakikat menjelaskan bahawa dia sedang bersedih kerana handphonenya merekodkan banyak gambar-gambar berharga didalamnya. Kecewa la tu ! haha. Geng kumpulan berkata, handphone itu pasti akan ditemui. Ternyata firasat benar terjadi, handphone tersebut telah ditemui oleh seorang guide dan diserahkan kembali kepada tuan empunya handphone tersebut. Terima kasih Mr Guide !
XPDC GUNUNG KINABALU
Mr Guide yang berjaya menemukan handphone yang hilang
Selepas melalui zon bahaya, langkah kami kembali perlahan-lahan . Kami menikmati suasana trail baru yang mana menghidangkan pemandangan kelas satu negeri Sabah. Mari saya membawa anda menyelami aura Kinabalu yang indah. Keindahan alam semulajadi sangat tertata rapi. Mungkin ada yang berhajat untuk mendakinya untuk pertama kalinya ? Pengelolaan gunung adalah sangat profesional, mountain guide adalah sangat ramah dan membantu. Meski ketinggiannya 4095m tetapi, jalur perjalanannya dibuat sebaik mungkin untuk keselamatan para pelawatnya. Jika mungkin anda kurang membaca info, disini saya suka memajukan satu kata bahawa Gunung Kinabalu merupakan warisan dunia yang harus dilestarikan flora dan faunanya yang beraneka, Gunung Kinabalu adalah UNESCO World Heritage Site.
XPDC GUNUNG KINABALU
Duduk bersandarkan dinding gunung
XPDC GUNUNG KINABALU
Pemandangan dari kawasan ini sangat indah
Check out adalah jam 10 am tetapi oleh kerana kami berada di Laban Rata lebih awal maka, kami check out lebih cepat. Sarapan ala buffet,  makan sepuas perut dan semahu mulut. Saya makan asal ada kerana takut perut kenyang menyusahkan pergerakan turun.
XPDC GUNUNG KINABALU

XPDC GUNUNG KINABALU
Guide kami  telah memberitahu satu peraturan baru yang katanya :

'kalau kamu lambat turun melebihi jam 4 petang pigi Timpohon Gate, kamu akan dikenakan bayaran extra sebanyak RM15'

Saya kurang pasti itu gurauan atau memang benar-benar peraturan baru. Jika ya, ia adalah perkara biasa dan itu sangat baik agar pendaki tidak berlengah-lengah ditengah jalan sehingga melebihi 6 jam untuk turun. Saya pernah ke Kawah Domas, Indonesia dan hal yang sama turut dipraktikkan. Saya dan kebanyakan rakan-rakan berjaya sampai ke Timpohon Gate lebih awal pada tengahari itu. Paling lewat pun sampai sekitar jam 3 petang.

Keseluruhan ekspedisi berjalan dengan lancar dan yang pastinya menambah satu lagi pengalaman indah didalam peribadi masing-masing. Sering orang bertanya untuk apa mendaki gunung berkali-kali, tiada jawapan yang tepat untuk menjawab soalan bagi mereka yang tak pernah merelakan kakinya sendiri melangkah hingga ke pergunungan yang tinggi. Jika mahu jawapan, apa kata izinkan kakimu menghayun langkah sekali ini untuk sama-sama melihat ciptaan Tuhan diatas sana, pasti akan ada kata 'ingin lagi' selepas itu. Sebenarnya mendaki gunung bukan hobi, lebih tepatnya kebanyakan pendaki mendaki kerana rasa candu.

XPDC GUNUNG KINABALU
Berjalanlah keluar, kamu akan memiliki satu sampai dua cerita ketika kembali.
Lagi indah, kamu akan mendapat 5 atau lebih kawan baru selepas itu.

Selepas ini saya akan ke Gunung Trusmadi.  Ada yang berminat ? mari kita gabung dan menjadi satu team sahabat. 

Till next climb ! selebihnya, nikmatilah gambar dan senyum kami dari tempat yang tinggi khas untuk pembaca sekalian.
XPDC GUNUNG KINABALU
Senyum puas...berjaya menakluk puncak Kinabalu untuk ke dua kalinya
XPDC GUNUNG KINABALU
Jika awal tahun 2015 gagal ke puncak, penghujung 2015 dia berjaya
XPDC GUNUNG KINABALU
Sampai bertemu lagi
Laluan Baru Gunung Kinabalu : SEJUTA RASA
TAHNIAH !

5 Januari 2016

Gunung Kinabalu Kembali Tersenyum

Ternyata hari ini saya mempunyai masa untuk menulis, sekali gus ia menjadi tulisan pertama saya ditahun 2016. Yay ! happy new year !

Sebelum menulis tentang aktiviti hujung tahunku saya sempat berasa bangga akan Gunung Kinabalu dan pengelolaannya.
Memetik kata seorang blogger Indonesia si  'KakiSamson' katanya : Tanpa menutup mata, saya mengakui bahawa pengelolaan Taman Nasional (Gunung Kinabalu) di Malaysia jauh di depan Indonesia. Bagaimanapun, tujuan saya menulis ini bukan untuk menjelek-jelekkan gunung di Indonesia....tujuan perjalanan adalah bukan hanya senang-senang tapi juga pembelajaran.
17 orang semuanya ~ bertemu, berkenalan dan menjadi teman
30-31 Disember 2015, untuk tiga tahun berturut-turut saya mendaki Gunung Kinabalu kerana kata orang hujung  tahun merupakan hari yang sejuk berbanding hari-hari lain. Mengikut pengalaman sebelumnya, ternyata ia benar. Namun, untuk kali ini cuaca adalah panas dan sempat kulitku digigit asmara sang mentari pergunungan dibeberapa kawasan yang tumbuhannya terbuka tanpa diatapi  tumbuhan hijau. Tiada hujan dan angin yang kuat. Namun, seperti biasa dikawasan Laban Rata sejuk mencucuk liang kulit masih terjadi dan itu sangat membuat saya menikmati Gunung Kinabalu apa adanya.

Kali ini XPDC Gunung Kinabalu melibatkan 17 orang dan beberapa darinya merupakan peserta yang saya kenal beberapa minggu sebelum pendakian bermula. Benda yang paling saya tidak suka selalu terjadi, peserta asal yang beriya-iya pada mulanya menarik diri di saat akhir dan saya harus mencari orang baru dan mengurus beberapa hal dengan Sabah Park.  Saya tidak salahkan mereka kerana apa pun itu, keputusan masih ada ditangan mereka untuk meneruskannya atau tidak.
Nikmati setiap perjalanan
Tiga minggu sebelum pendakian bermula saya berjaya mendapatkan beberapa orang baru atas bantuan beberapa kawan. Kepada mereka, terima kasih !

30 Disember, saya maklumkan kepada semua peserta agar mereka berkumpul di National Park pada jam 7.00 am. Kebanyakan peserta hadir sebelum jam 7 namun tidak dinafikan ada yang datang selepas jam 7.00. Di National Park, ada beberapa hal lagi yang perlu diurus seperti membayar Mountain Guide, transport, sijil dan mengambil kupon makanan untuk 2 hari 1 malam. 

Sebelum pendakian bermula , kami perlu mengambil pack lunch dari Balsam Buffet Restaurant. Malangnya pekerja di restaurant itu berkata bahawa 'bekas tapau' telah habis dan mereka juga perlu menyediakan nasi goreng.

Nasi goreng ?

Iya. nasi goreng. Tiada lagi sandwich untuk orang Sabah. sekurang-kurangnya itu kata mereka. 'Hanya orang puteh suka makan sandwich dan buah-buahan' (saya kurang pasti itu apa sebenarnya yang terjadi atau ia sekadar kata-kata untuk menyembunyikan perkara sebenar. Mungkin mereka tidak menyediakan sandwich dan buah-buahan kerana tidak tahu akan kehadiran kami atau sebaliknya..saya tidak tahu. Apa pun, semua peserta menikmati makanan itu. Terima kasih kepada tukang masak dan yang terlibat dalam penyediaan makanan untuk mengalas perut sepanjang perjalanan kami menuju Laban Rata).

Kami memulakan perjalanan pada jam 9.30 pagi dan didetik itulah segala rasa bermula dari rasa keterujaan bagi sesetengah peserta kerana pertama kali membenarkan diri dalam XPDC ini juga, betapa terujanya kerana sekali lagi merelakan kaki berasa lenguh akan perjalanan yang panjang.
laluan telah dibaik pulih dari tragedi Gempa bumi
Seperti biasa berjalan beiringan sehingga pondok pertama atau pondok kedua, seterusnya masing-masing berjalan sendirian menurut kekuatan kaki masing-masing. Bukan masalah berjalan sendirian kerana ada guide yang akan menjaga dan memantau setiap peserta dari masa ke semasa. Saya lebih suka berjalan sendirian atau sekurang-kurangnya seorang teman berada disamping. Tidak kiralah siapa dia, kawan atau peserta kumpulan lain yang penting ada orang berjalan bersama saya. hehe.

Ketika berjalan ada yang pantas dihadapan dan tidak kurang pula yang bergerak 'slow and steady' dibelakang. Saya tidak mampu berjalan selaju mereka yang sampai seawal jam 1 di Laban Rata dan tidak pula pernah mahu membenarkan diri ini sampai di Laban Rata selewat jam 5 petang. Sebenarnya kami bermula agak lambat menyebabkan kami agak lewat sampai ke rumah rehat Laban Rata. Mengikut pendaftaran awal tahun penginapan kami adalah di Gunting Lagadan tetapi, atas sebab keselamatan selepas insiden Gempa bumi Jun lalu kami telah diarahkan untuk menginap di Laban Rata.
Laban Rata dari pandangan jauh, masih indah dan gagah
Saya tiba di Laban Rata kira-kira jam 3 petang dan itu pun setelah banyak kali berehat 2 kilometer terakhir kerana kelaparan. Saya terlupa mengambil makanan dari beg utama saya. Beg saya bukanlah bahu saya yang mengangkatnya melainkan saudara terkasih ku (weew) haha. Satu minggu lebih awal saya telah merancang untuk mengangkat beg saya sehingga pondok ke dua atau ke tiga dan selepas itu akan menggunakan perkhidmatan guide untuk mengangkat beg atas sebab takut mengalami kecederaan urat saraf lagi seperti yang terjadi 2 minggu sebelum XPDC tersebut. Oh, ternyata ada orang yang dengan sukarelanya mahu menolong saya. Hatiku bersorak riang . haha. Terima kasih saudaraku. :D
Feliz Navidad !
Kesemua peserta tiba di Laban Rata resthouse sebelum jam 5.10 petang. Oh ya, Krismas masih terasa di Laban Rata menambahkan seri Gunung Kinabalu dan semangat di dalam hati. Pemandangan gunung Kinabalu tidak pernah mengecewakan para pengunjungnya. Sentiasa menyambut dengan ramah dengan kecantikan semulajadinya. Ciptaan Tuhan selalu membuat hatiku kagum dan bersyukur selalu. 
Nikmati Hot Chocolate~nya bukan gelasnya, Thanks !
Special thanks juga buat teman gunungku, yang siap menyambut saya dengan segelas Hot Chocolate!  rasa sejuk diluar dihangatkan dengan minuman panas yang nyamannya hingga ke ulu hati dan jantung...dub dap dub dap..haha (just kidding !). Kerana itu disetiap waktu jangan pernah tidak memberikan senyum pada orang baru, siapa tahu dihari yang lain ia menjadi teman buat kita. Dimana pun kita berada, bersahabatlah dan jadilah baik.
Jam 4.30 petang, masa untuk makan malam !
Petang yang menawan dengan sinar mentari senja merajalela menguasai pergunungan yang gah meski, suatu detik terpilih gunung Kinabalu pernah dilanda gempa bumi. Mungkin ramai yang risau akan keadaan keselamatan kala mendaki Gunung Kinabalu, saya juga risau namun bukan risau ditahap yang ekstreme. Hakikatnya dimana pun kita berada jika itu adalah waktunya untuk kita dipanggil maka kita tetap tidak mampu menepisnya. Gunung Kinabalu tetap menjadi tempat dimana sumber inspirasi lahir dengan mudahnya. Terima kasih kepada pencipta Gunung Kinabalu yang olehnya saya berjaya menikmati suasana yang luarbiasa indahnya dari mata hari terbit kepada terbenamnya, pemandangan yang dijanjikan sentiasa indah dan memukau rasa.
Bersama Mr Fadilah & Mr Faldey
Gunung Kinabalu kembali tersenyum
Selebihnya, kubiarkan gambar berbicara sebelum bersambungnya episod seterusnya melalui trail baru menuju puncak Gunung Kinabalu keesokan harinya seawal jam 2.30 am.
strangers to friend
Menikmati sunset dari Laban Rata
Damai itu ketika melihat secara vertikal gumpalan awan putih, merasakan semilir angin gunung menyapa mesra. Kepada Gunung Kinabalu, terima kasih kerana kembali tersenyum dan kepada semua pendakinya tercipta sejuta memori tanpa ada yang boleh mengganggunya. 31 December 2015, harus melangkah lebih tinggi lagi kerana puncak Kinabalu siap menanti tetamunya.