24 Jun 2015

Menulis Itu Indah, Apa Lagi Kalau DiBayar

Berjuang untuk mencapai kejayaan memang tidak mudah, dan melelahkan... tetapi jika tidak berjuang sekarang, setelah tua kita akan hidup lebih lelah!

Jangan menggunakan usia muda yang patut bekerja keras untuk menunda kerana ingin santai, kerana kita akan membayarnya dengan bekerja lebih keras di usia tua yang seharusnya digunakan untuk santai! Percayalah, diri kita  di masa depan akan berterima kasih pada kerja keras kita sekarang.

Menulis itu indah
Apa pun terkadang, kerja kerja tak perlu dilakukan . Cukup sekadar sebuah usaha dan kerajinan. Semalam dapat email dari Taiwan Tourism Bureau K, sebuah post entry tentang pelancongan telah  dibayar. So, hari ni boleh minum starbuck lagi ^^ weew...haha :p

16 Jun 2015

Dapat RM500 lagi

Kejayaan adalah nama lain bagi sebuah usaha dan sungguh, kejayaan itu manis bagai lollipop berwarna pelangi masuk ke mulut. (weew).

Bermimpilah akan sesuatu dan jadikanlah mimpimu itu kenyataan, sesungguhnya tak akan ada dunia ini jika tak ada yang bermimpi. Hari ini hobiku menghasilkan duit lagi. Hanya dengan beberapa ayat dan idea tentang ''memberikan sesuatu yang kecil tetapi memberi impak yang besar''.
RM500
Idea tulisan saya adalah, membaca bersama si kecil anda. Sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit waktu untuk membaca bersama anak anda setiap hari. Kelihatan hal yang tidak begitu penting untuk diamalkan tetapi, kesannya sangat besar terhadap hidup anak tersebut. Ilmu adalah cahaya dari segala cahaya yang menuntun seseorang dari kebutaan, sedangkan orang yang bodoh sepanjang masa berjalan dalam kegelapan.

Tulisanku lebih kurang begitulah ^^ hehe.. dan tulisanku berjaya mendapatkan nilainya sendiri dengan RM500 . Yes ! hehe. Sebenarnya ini merupakan tulisan fasa kedua bersama AmBank dan untuk Fasa pertama saya berjaya mendapat RM250 . Nilai ini menjadikan nilai keseluruhan yang diperoleh adalah RM750. Terima kasih AmBank Malaysia ! 

Yeaaa, boleh fly ke negara jiran ni ! haha.

11 Jun 2015

Menang Grand Prize RM5000 dari RIBENA Malaysia

Orang yang mampu belajar dari kegagalan adalah pemenang, namun orang yang selalu menutupi kegagalan adalah pecundang. Kejayaan adalah ketika kita melakukan yang terbaik yang kita mampu, dengan apa yang kita miliki sendiri. Bukan dengan mengharapkan apa yang menjadi milik orang lain.
Ribena Malaysia
Saya selalu suka menulis dan sangat indah rasanya bila apa yang ditulis dilihat dan dihargai. Tulisan ini sekadar sebuah titipan masa hadapan bahawa pada hari ini ketika tulang-tulangku masih kuat, ketika jemariku masih aktif pada penulisan saya menang peraduan Ribena ! yahooo yabedoo ^^ terima kasih Ribena Malaysia.
Ribena Malaysia

Tulisanku ringkas dan sumber inspirasi dari setiap kata-kata dalam tulisan dibawah adalah daddy saya sendiri. Ternyata ia turut menjadi inspirasi bagi orang lain kala membacanya. Projek yang dijalankan masih berlaku sehingga hari ini dan ramai keluarga dikampung sekitar tempat dimana saya membesar turut beryukur atas pendidikan mudah ini. 
AprilGoodness
Tulisan ini berjaya memenangi RM5000
Kepada Ribena Malaysia, terima kasih ! Kemenangan ini sangat manis dan semoga kemenangan demi kemenangan mampu kutemui dan miliki seiring berjalannya waktu yang kulalui.
Ribena Malaysia
Terima Kasih Ribena Malaysia
Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana didalam mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangun kesempatan untuk berhasil. Memiliki waktu tidak menjadikan kita kaya, tetapi menggunakannya dengan baik adalah sumber dari semua kekayaan.

9 Jun 2015

Terima Kasih Malim Gunung Kinabalu

Selama ini saya lebih memilih gunung berbanding pantai atau yang melibatkan air kecuali hanya untuk memandang atau melihat-lihat pantai dan peminat sang pantai dari tepian atau persisirannya.

Kenapa gunung ? gunung hanya memenatkan. Hanya membuang masa. Berjalan berjam-jam dan selepas itu turun lagi. Hanya itu !

Siapa kata hanya itu. Ia lebih dari itu. 

Ekspedisi Gunung Kinabalu seringkali membuat hatiku berdebar-debar dan teruja. Selain mendapat teman baru, pemandangan dari atas jauh lebih cantik daripada ketika anda memandang sesutu dari tempat yang rendah. Oooh saya suka negeri Sabah kerana didalam perutnya terletaknya Gunung Kinabalu. Megah dan dan menggoda. Dari kejauhan selalu ingin mendekat padanya. Menyentuh dirinya. Bermesra dengannya. Berkenalan dengannya.
Terima kasih Malim Gunung Kinabalu
Namun, untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu terkadang diri sendiri harus terseksa dengan perjalanan yang jauh dari status bukit kepada gunung. Waima, diri ini tidak pernah tidak mahu ke puncak Kinabalu.Tempat yang selalu menghadiahkan diriku dengan seribu satu inspirasi.
Gempa Bumi Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu akan tetap menjadi kegemaranku
05 June 2015 ,  telah berlakunya gempa bumi di Gunung Kinabalu. Saya tidak ingin berbicara banyak tentangnya kerana itu akan membuat hati saya pilu ketika harus mengenang kisah yang telah menimpa beberapa Malim Gunung dan pendakinya sehingga meninggal. 

Dusta, jika saya tidak sedih. 
Dusta, jika saya tidak merasakan tangisan dihati.

Tiada ahli keluarga yang terlibat tetapi, ramai malim gunung yang dikenali terlibat. Malim yang dahulunya tidak pernah dikenali namun, dengan pertemuan singkat di gunung Kinabalu kini menjadi kawan yang baik dan menyenangkan. 

Namun, bukan kenal atau tidak kenal menjadi ukuran untuk kita merasakan kesedihan tetapi kerana kita adalah manusia maka, seharusnya perasaan duka itu berlaku dan dialami dengan sendirinya. Sebagai warga Sabah yang telah beberapa kali menakluki gunung itu, perasaan sedih meniti dalam hati yang dalam. Sebuah perasaan yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Antara terkejut dan sedih.

Setiap kali pendakian saya ke Gunung Kinabalu, saya selalu memperhatikan gelagat para guide yang ada. Sentiasa gembira pada wajah dan luaran namun, siapa pernah tahu jika mereka sebenarnya sedang melakukan yang terbaik dalam tugas meski mungkin mereka sama seperti kebanyakan kita mengalami banyak masalah. Namun, mereka tidak pernah mempamerkan wajah yang suram dan sedih dikhalayak tetamu yang melawat gunung Kinabalu.

Senyum yang mesra. Kata-kata yang penuh semangat. Tangan yang siap terhulur untuk membantu. Sesungguhnya mereka adalah insan yang banyak berkorban untuk para pelawat gunung Kinabalu. Saya tidak mereka-reka cerita ketika menulis bahawa mereka baik, tetapi saya menikmati kebaikan mereka ketika saya berada didalam jagaan mereka sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.

Meski telah beberapa kali mendaki Gunung Kinabalu, tiada kata yang tepat untuk menggambarkan bahawa saya telah arif dengan gunung. Setiap kali mendaki pengalaman berbeza berlaku dan setiap kali itu jugalah saya memerlukan jagaan dari mereka yang bergelar malim gunung. Tanpa mereka, mustahil untuk kakiku melangkah selangkah lebih maju tepat pada waktunya untuk berdiri diatas puncak gunung Kinabalu, melihat kebesaran dan karya Penciptaan Tuhan yang esa dari tempat yang tinggi.
Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu
Malim Gunung dan Pendaki yang terkorban, R.I.P.
Hari ini tulisan ini saya dedikasikan khas kepada semua Malim Gunung Kinabalu yang saya kenali juga, mereka yang hanya berselisih diperjalanan sambil berbalas senyum dan kata-kata ini terlontar mesra penuh semangat...

'Logot-logoton, osomok no rih'
('perlahan-lahan, dekat sudah')

Kadang, kata-kata tidak sempat dibalas kerana penat meraja dirasa hanya senyum sebagai tanda terima kasih untuk kata-kata tersebut.

Disepanjang perjalanan saya akui kebanyakan malim gunung suka bercerita kisah-kisah yang lucu, tertawa kecil menghibur para pendaki seakan-akan mereka tidak merasakan kelelahan.

'Jangan berehat terlalu lama, nanti kaki malas'
'penat ? mari saya bawa beg kamu'

Setiap keadaan kita diperhatikan oleh mereka. Mampukah kita meneruskan perjalanan atau tidak. Jika tidak mampu, tangan merekalah yang dihulurkan untuk terus berjalan. Jangan putus asa ! berjalan terus.

5615 ada malim yang terkorban, bukan kerana mereka tidak mampu menyelamatkan diri sendiri tetapi, pasti kerana mereka punya tanggungjawab yang lebih besar untuk menyelamatkan para tetamu yang melawat gunung pada hari itu.

Kepada semua malim gunung yang pergi mendahului rakan-rakan seperjuangan dengan cara ini, anda adalah hero yang patut dipuji meski pujian bukanlah tujuan anda. Anda hanya mahu lakukan yang terbaik.

Kepada semua malim gunung yang terselamat, tetaplah semangat seperti mana kata-kata anda ketika menyemangati kami untuk terus berjalan meski kaki terasa sangat penat dan tidak bermaya.

Yang pergi telah pergi namun, mereka pasti tidak akan pernah dilupakan. Mereka pergi dengan memperkenalkan kepada dunia betapa kayanya sikap malim gunung Kinabalu dengan nilai-nilai kemanusiaan.

Terima kasih kepada semua Malim Gunung Kinabalu anda telah melakukan yang terbaik !
Terima kasih untuk tindakan-tindakan berani anda
Terima kasih untuk tangan-tangan anda
Terima kasih untuk kasih sayang anda terhadap semua pendaki-pendaki gunung Kinabalu.

Meski ada yang harus terkorban, pengorbanan anda tidaklah sia-sia
Anda membawa mata dunia melihat bangsa anda
Sebuah bangsa yang prihatin  dan hebat

Ketika anda pergi, ada keluarga yang harus ditinggalkan
Ketika anda pergi, ramai yang menangis
Anak kehilangan bapa
Isteri kehilangan suami
Ibu bapa kehilangan anak
Teman kehilangan teman

Tiada kata untuk menenangnkan semuanya
Hanya doa mohon kekuatan dari sang Pencipta
Dari Dia kita datang
Kepada Dia kita kembali
Hanya cara membezakan kita
Dimana destinasi  menghembuskan nafas terakhir
Bagaimana cara kita harus pergi selamanya

Ada orang pergi tanpa diingatati
Tetapi, anda telah meletakkan suatu dihati kami
Bahawa perginya anda hari ini
Bukan kerana kenakalan anda
Tidak juga kerana kejahatan anda
Apa lagi kurang ajarnya anda

Malim gunung Kinabalu yang terkorban
Perginya anda kerana memikul tugas
Kerana kasih yang besar
Anda sangat hebat !

Terima kasih untuk tindakan berani anda
Pergimu menyatakan bahawa didalam dunia ini masih ada orang yang sanggup untuk melakukan tindakan berani menyelamatkan meski dia tahu dia juga harus terkorban. Terima kasih kepada semua malim Gunung Kinabalu yang terlibat dalam operasi menjaga, melindungi dan menyelamatkan para pendaki waktu itu. Kepada Pasukan penyelamat Malaysia (SMART) juga, kepada semua yang terlibat dalam membantu..... terima kasih dan Tuhan memberkati anda.

Buat mangsa yang terkorban, Malim Gunung dan pendaki..........pergilah dan pulanglah kepada Penciptamu. Beristirehatlah dan nikmatilah hidup baru mu. Kami akan mengenang peristiwa ini dan juga keberanian anda semua.

Selamat tinggal buat anda yang pergi dalam tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu, 05 Jun 2015.