loading...

19 Mei 2015

Tak Berlebihan Jatuh Cinta Pada Chiang Mai, THAILAND

Kota sederhana yang sentiasa menyapa ramah para pendatangnya. Dengan segala kekurangan dan kelebihan yang ada, kota ini tetap jadi tempat yang akan selalu kuingat sepanjang masa, Chiang Mai Thailand.
Chiang Mai, Thailand

Harus kuakui bahawa saya sudah jatuh cinta sesaat kaki dipijakkan di tanah kota ini. Keramahan dan ketulusan yang terasa hampir di setiap sudut kota, membuatku merasa di terima. Lagi, penduduk disini seakan tiada banyak beza jika wajah menjadi ukuran untuk dibandingkan dengan bangsa sendiri. Cantik dan hensem (meluatkah anda ? haha).

Siapapun yang pernah datang berkunjung ke Chiang Mai tentu tahu mengapa kota ini begitu layak dicinta. Senyum yang tak pernah lepas diurai penduduknya, makanan murah nan nikmat yang siap mengisi perut keroncongan juga banyak hiburan sederhana yang membuat hati terasa bahagia selain kebersihan sekeliling yang terjaga rapi. 

Pesonanya tidak datang dari gemerlap kehidupan malam atau riuh rendah suara tempat hiburan. Namun dengan kesederhanaannya  Chiang Mai berhasil mengambil hati setiap orang yang datang kepadanya. Meski tidak dinafikan kota itu selalu dikatakan hidup lebih dari malam-malam biasa bila hujung minggu berkunjung tiba. Pelancong mat saleh mudah dilihat disini, entah apa yang dicarinya (mungkinkah sekadar berjalan-jalan melihat negara luar atau ingin mencari seseorang yang ....) . weew :D
Chiang Mai, Thailand
Banyak yang ingin kutulis tentang perjalananku selama 4 hari 3 malam di kota Chiang Mai, Thailand tetapi biarlah nanti ketika ada waktu yang panjang akan saya coretkan satu persatu disini. Dari manisnya senyuman sang penunjuk jalan sehingga  puasnya mata kepala melihat pergerakan sang gajah yang bijak melukis serta menari mengikut alunan muzik yang diputarkan. 

Sampai berjumpa ditulis penuh saya tentang percutian ke Thailand juga, Laos dan Myanmar.
Reactions:

0 comments: