20 Oktober 2014

Tulisan Terbaik Sepanjang Zaman : Kitab Amsal

How are you world ? hope you all well !

Short update !

Saya mengutip banyak sekali kata-kata yang indah didalam Kitab Amsal. Kata-katanya sungguh mewarna seperti pelangi selepas hujan dan memancar bagai sang fajar menhadirkan dirinya dipagi hari. Ada yang bertanya dari mana saya mendapatkan ayat baru yang begitu elok susunannya sehingga meresap keulu jantung dan memanah pemikiran yang membaca ?

Kitab Amsal Tulisan Terbaik

Jawapan saya hanya ringkas. Ia terbit dari pembacaan saya terhadap Kitab Amsal didalam Kitab Suci orang Kristian. Saya memberitahu satu rahsia yang indah dan manis kepada semua penggemar karya dan bagaimana saya menarik minat guru Bahasa Malaysia saya dahulu suka pada tulisan-tulisan saya.

Saya gemar menulis namun, tulisan saya kurang aura. Sekadar membaca suratkhabar tiada lengkapnya untuk mendapatkan cara penulisan yang menarik dan bergelora. Ayat terbaik yang selalu saya gunakan ketika membuat esei semasa berada disekolah menengah adalah dengan membaca Kitab Amsal. Hasilnya saya seringkali mendapat keputusan cemerlang dari sang guru yang memeriksa kertas karangan. Seringkali A+ dan selalu begitu, sehingga akhirnya saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh tingkatan untuk subjek BM.

Saya tidak pernah menipu bila mengatakan tulisan didalam kitab Amsal itu sangat manis dan dipenuhi dengan kata-kata ajaib sehingga kita menemukan hikmat sebenar. Ia adalah aliran tulisan sejati yang penuh dengan hikmat kebijaksanaan dan menjadi sumber tulisan yang gilang-gemilang. Bukan meniru tulisannya tetapi membaca tulisan Kitab Amsal dapat membawa kita menemukan seribu satu hikmat yang tersembunyi. Hati saya selalu bersemangat kala membaca kitab ini kerana daripadanya kutemukan keindahan hidup sebenar.

Asal Dari Kampung !

More post ! hehehe...awesome right ? knowing how I often neglect and barely post anything for months this must be some record for me, I still have no idea how all dedicated blogger out there manage to make post almost everyday, I bet they've got remote to freeze time or magic wand, because it almost impossible for me. aaah you miss me ? good ! haha.

Hari ini hari bahagia bagi manusia seperti saya (ada lagikah manusia seperti saya didunia ini ?). Sendirian dan gila-gila dalam mengecapi hidup yang aneh. Today's topic, asal dari kampung !
Asal Dari Kampung

Ketika melihat kerbau tersenyum sesama mereka, anjing berkeliaran sambil kadang bercumbu dengan kekasihnya, ayam jantan mengejar betina-betinanya dan burung berkicauan mesra menyapa hari baru cukup membuat saya bangga dengan kehidupan saya sebagai orang kampung. Pemandangan indah mewarnai pagiku dan terlintas dibenak bahawa saya memang benar-benar orang kampung. Bukan menyisih dari kenyataan melainkan bangga dengan keadaan diri.

Terjamah dengan beberapa sikap orang kampung yang lari kebandar dan melupakan asal-usul dan tidak mengaku bahawa mereka adalah orang kampung merupakan dusta sikap belaka. Tiada masalahnya  menjadi orang kampung, tiada  hinanya menjadi anak bangsa kampung. Bangun pagi melihat alam hijau, mendengar cengkerik berbunyi, melihat aliran sungai, menikmati panorama aktiviti kampung, bercucuk tanam dan sebagainya. Saya tiada masalah !

Sepanjang ingatanku, zaman kanak-kanak saya adalah zaman yang sangat indah sama seperti anak-anak Amerika yang cintakan adventure dan cabaran . Hidup tanpa cabaran sama ertinya memakan popcorn tanpa menonton wayang. Sungguh tidak menarik dan saya tidak tertarik menikmati hidup yang begitu-begitu saja tanpa cabaran. Cabaran mendewasakan dan menguatkan. Membuat hidup bertambah hidup dengan variasi dan keindahan semulajadi.

Bersama rakan satu batch, seksi dan comot masuk hutan keluar hutan. Berjemur sambil menikmati sejuknya sungai, terkadang mencari dan menangkap ikan disungai, bergayut dipokok bak Tarzan Amazon , kala hujan turun membasahi bumi, hati bertambah riang kerana waktu itu merupakan waktu yang paling tepat untuk mencari tanah tinggi dan melakukan aktiviti slide mengotorkan pakaian dengan tanah. Wohohoho ^^ hanya orang kampung mampu melakukannya ! Bandar ? sila main gadget anda didalam rumah mewah kamu. Hahaha – sebenarnya tiada orang yang benar-benar bergelar orang bandar, kebanyakan darinya terhasil dari keluarga kampung yang berhijrah kebandar atas sebab-sebab menjual tanah, melarikan diri dari kelaurga, bekerja dan membeli rumah dibandar dan bermacam alasan lainnya.  Ada diantara mereka berasa jelek dengan orang kampung walhal, pada hakikatnya mereka itu jauh lebih teruk kerana kurang menikmati hidup dan jarang menghidu kesegaran alam hijau.

Kampung tidak bermaksud kampungan. Orang bandar yang lupa diri  boleh saja dikatakan kampungan tetapi, orang kampung yang bijaksana mampu menakluki dunia. Siapa Tun Dr Mahathir sebelum dia menjadi sekarang ? hanya seorang budak kampung yang biasa-biasa saja. Siapa Barrack Obama sebelum sekarang ? hanya seorang budak kampung yang tidak lebih dari manusia biasa-biasa saja. Siapa Lin Dan sebelum sekarang ? hanya seorang budak kampung yang sukakan  badminton. Siapa mereka sekarang ?  kuak dada luaskan pandangan, anda tahu menilai jawapan anda sendiri.

Orang kampung selalunya dan dikebanyakan waktu merupakan individu-individu yang berjaya mengorak langkah mengangkat nama dipersada dunia. Bukan mereka yang bergelar orang bandar. Logiknya, tidak ada yang benar-benar berasal dari bandar. Semua asal dari kampung !

Tiada apa perlu dibanggakan bila mana kau duduk dalam bandar, bangunan-bangunan pencakar langit itu bukan milikmu. Lebih baik tinggal dikampung, tiap hari memijak tanah. Tak pelru berbangga pada konkrit dan tapak kasut yang tak pernah menyentuh tanah kerana suatu hari kau akan tertanam didalam tanah. Waktu itu kau akan terkejut…''eh, beginikah rasanya tanah?... '' (haha). Makanya, belajar menikmati tanah dari sekarang kerana suatu hari kau akan ditimbus tanah. Jika tak belajar dari sekarang, suatu hari nanti kau akan terkejut beruk dibawah sana dan cacing-cacing akan mentertawakan kau. :P

Cukup menjadi asli tetapi bijaksana dan berfikiran global daripada mengaku bandar tetapi IQ lemah dan tidak berkualiti. Saya suka ke bandar kerana saya orang kampung dan alangkah indahnya suasana jika orang bandar turut suka ke kampung kerana dia orang bandar. Saling memandang sasama manusia sebagai bermanfaat dan bukan berasa diri lebih hebat dari orang lain. Lokasi bukan menjadi arena pertaruhan kau hebat dan saya tidak.  Lokasi menjadi tempat dimana jati diri ditemukan samaada kau asli atau hanya tiruan.

Mengembaralah dimana pun disudut dunia ini, kau tetap membawa asal-usulmu – asal dari kampung  !

Jangan Melebihi Sempadan




Setiap dari kita ada batasan yang telah ditetapkan samada oleh kita atau orang lain yang menetapkan batasan tersebut. Secara lahiriah saya suka akan batasan-batasan tersebut. Kita punya dua pilihan samada merentasi sempadan itu atau mematuhi sempadan itu. Pilihan ada ditangan kita.

Sempadan

Hari ni saya mahu menulis tentang sesuatu yang mungkin membuat kita semua berfikir tentang dimana kita sedang berpijak saat ini. Samada kita masih berada didalam sempadan kita atau kita telah melebihi sempadan  Saya tidak merujuk kepada sempadan negara antara Malaysia dengan Indonesia atau Malaysia dengan Thailand. Izinkan saya berbicara tentang sempadan mulut dan kelakuan manusia.

Terkesima dengan tindakan sesetengah individu yang begitu tak menggunakan akal dalam mendifinisikan cara hidup yang tepat. Hidup pada pandangan sendiri mungkin benar selalunya namun, hakikat dan realitinya adalah jauh dari kebenaran dan mungkin dapat diklasifikasikan sebagai keterlaluan.

Tidak semua hal tentang diri atau hal dalam  rumah perlu diceriterakan pada alam semesta, ada hal-hal yang hanya milik ''kita-kita'' sahaja tanpa perlu dikhabarkan pada dunia. Seburuk dan seteruk apa pun itu, ia tidak perlu dilafazkan dari mulut ke telinga orang lain. Itu keterlaluan namanya dan jangan pula suka membuat-buat cerita demi menjaga kepentingan diri sendiri atau ingin dipuji dan diangkat sebagai manusia paling baik dalam buana ini.

Segala sesuatu ada sempadannya, jika ingin nama dikenal sila saja menjaja nama sendiri dan jangan pernah membawa-bawa nama orang lain . Itu biadap namanya ! Segala perbuatan ada kesannya. Berfikir jangan hanya sejengkal ibu jari, memandang jangan hanya seinci pandangan pada cermin muka. Kita hanya manusia biasa dan kerana biasa itulah kita tidak perlu menjatuhkan lagi nilainya ketahap yang lebih teruk. Cukup berdiri diatas dua kaki sendiri, meningkatkan tahap kualiti diri, berusaha mencapai kehidupan yang lebih baik dan bukan mencacatkan nama dengan memburuk-buurkkan orang lain kerana hal itu akan berbalik kepada diri sendiri. Mulut tercipta bukan untuk mengeji atau mungkin ia tercipta untuk memuji tetapi jika pujian itu hanya sebagai penghias bibir dan bertopengkan dusta ia sama saja dengan talam 100 muka. Lebih baik tiada pujian jika ia hanya bererti menghancurkan secara manis dan bermuka-muka.

Jangan melebihi sempadan hidup, ia tidak akan pernah menyenangkan hati orang lain. Bijaksana harus ada dalam hidup jika tidak ingin dikatakan bodoh. Berhenti sekejap dari segala agenda busuk itu, duduk dan renungkan dirimu. Senaraikan segala kebodohan yang pernah kau lakukan. Senaraikan semua sikap pentingkan dirimu. Senaraikan semua perkara yang kau bencikan dan sekarang lihat kembali dirimu. Apa kebaikan yang telah kau lakukan. Sejauh mana kebaikan yang telah kau lakukan. .

Hidup punya putaran pahit dan manis. Namun, jika kebodohan menemani sepanjang jalan kehidupan maka pahit-pahitlah yang akan kau rasakan. Lihat ke depan, maju terus tanpa perlu menceritakan segala kekhuatiran, kekesalan, kelemahan, masalah dan segala macam hal negatif pada orang lain. Menceritakan sama maksudnya memudahkan orang lain menjatuhkan dan menindas diri yang sudahlah lemah, kurang berakal pula.

Mungkin kita selalu ingin berada dizon aman kehidupan kita lalu berusaha menjaga keamanan itu dengan membuat-buat cerita yang sebenarnya hanya imaginasi semata. Tidak perlu begitu. Cukup menjadi diri sendiri, berjalan diarus yang benar, menceritakan apa yang perlu dan simpan apa yang tak patut diketahui umum. Hidup tidak harus dibuka kisahnya pada manusia sekeliling. Tidak ada manusia yang bersifat malaikat. Jangan mudah mempercayai orang lain. Kadang-kala rakan kongsi ceritalah yang seringkali akan menjatuhkan dirimu kemudiannya. Kerana itu saya terlalu sukar mempercayai orang lain. Didalam hidup saya, saya hanya mempercayai beberapa orang meski pun saya berkawan dengan semua jenis manusia.

Hidup harus ada sempadan, jika tidak sia-sialah membangun rumah. Segala aktiviti dan juga cerita dalam rumah tidak perlu diusung kemana-mana. Segala kisah isi rumah, tidak perlu dijunjung kemana-mana. Segala peristiwa tidak perlu ditabur dimana-mana, jika kau tiada hak berbicara tentangnya cukup hanya mendengar dan menyimpannya atau lenyapkan saja dalam simpanan fikiran . Jika pun kau punya hak untuk membuka mulut, sila berfikir apa untungnya jika ia diceritakan pada orang lain ?

Kebijaksanaan hidup tidak diukur dengan sekolah tinggi semata, ia merupakan aura semulajadi yang digali dari dalam diri kita.  Melebihi sempadan hidup mampu merosakkan diri sendiri, lihat kepada siapa kau berteman, kepada siapa kau taburkan cerita. Fikirkan apa hasil yang telah kau tuai selama ini. Suatu kemustahilan besar jika kita menabur bibit kasih kita mendapatkan kepedihan. Ia mungkin terjadi satu dalam sepuluh tapi ia tidak akan selamanya demikian jika hidup kita berlandaskan kebenaran.  Jika  ingin benar-benar hidup disayangi cukup berubah menjadi baik dan logik. Hentikan pembohongan, hapuskan dusta. Tidak perlu menabur apa-apa jika memang tiada apa yang perlu ditabur.

Cukup berjalan dilorong yang tepat tanpa perlu menyimpang kelorong kegelapan.  Jangan bangga melihat kelip-kelip dalam malam yang pekat kerana ada matahari lebih hebat pada siang hari. Apa gunanya menyukai keseronokan seketika sedangkan seronok sebenar boleh didapat secara percuma. Cukup nikmati hidup apa adanya. Bahagia akan kau peroleh tanpa perlu dipaksakan.

Jangan melebihi sempadan hidup. Saya tidak suka. Orang lain tidak suka. Kau sendiri tidak suka. Hidupmu adalah kisahmu, hidup saya adalah kisah saya. Hidup mereka adalah kisah mereka. Mengapa perlu kita ceritakan kisah kita pada orang lain  ? tiada gunanya, kita hanya mungkin menjengkelkan atau mungkin hanya dikasihani. Hidup ini bukan untuk dikasihani. Jadi, untuk apa menceritakan sesuatu yang tidak perlu ?

Berfikirlah dan berubahlah menjadi yang menyenangkan dan bukan menjengkelkan. Jika tidak mampu menyenangkan, cukup diam-diam saja tanpa perlu menjengkelkan orang lain.

17 Oktober 2014

Dari Sabah Transfer Ke Semenanjung



Malas  aaah…jujur hatiku bicara, saya tidak suka ! bukan membenci orang Semenanjung jauh sekali ingin bermusuh dengan mereka. Kita sama-sama Malaysia, melihat bulan yang sama menikmati matahari yang sama.. Tiada sempadan untuk berteman, tiada halangan untuk berkawan.

Saya ada ramai kawan berasal dari Semenanjung Malaysia, mereka baik-baik dan tidak kurang juga yang jahat. Rasanya orang jahat ada dimana-mana dipelusuk dunia ini.  Negeri ini  juga turut  memiliki  orang jahat.  Makanya, saya tidak mempertikaikan negeri siapa rakyatnya jahat dan baik. Ringkasnya, tengok pada statistik sajalah !

Masalahnya antara Sabah dan Semenanjung, ada satu yang saya kurang suka bila bersama. Mereka kurang memahami Bahasa yang saya gunakan. Cis !! saya bercakap terlalu laju dan terlalu baku-kah ? hahaha. Kalau macam tu marilah kita menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa perantara diantara kita. Boleh ? kalau tak boleh, diam-diam sajalah.  Saya faham setiap perkataan yang disampaikan oleh mereka tetapi, bila saya bercakap mereka seperti ''eeerrrr''  (errr..mau diulang lagi ayat saya ? buang masa. ) . Begitu sukarkah memahami Bahasa baku negeriku ? atau hanya orang lampih saja yang tidak dapat memahaminya. Oh My Malaysia !!

Dicoretkan kisah pagi ni sejak kelmarin pejabat ini mengalami masalah no internet connection dan dengan seribu harapan agar  ia dibaiki sebelum tamatnya waktu pejabat hari ni, saya menghubungi streamyx technician. Masuk line pun tunggu beberapa minit, dapat line saya pun memberitahu masalah yang dihadapi. Orang dihujung talian bertanya tentang itu ini, dan menyuruh menunggu kerana ia perlu memeriksa sistem mereka. Ok.

Beberapa minit kemudian, saya ditransferkan kepada seorang manusia yang Bahasa inggerisnya sangatlah seperti seorang Tagalog . cakap punya cakap, dia menyuruh saya menunggu lagi. (ni nak tunggu berapa lama lagi ni..) . Beberapa minit kemudian saya dilayan lagi oleh seorang lelaki melayu.
Sabah dan Semenanjung Malaysia

Ye cik ade ape ye…. ( saya explained the situation…dari A kepada B, B kepada C , sekarang nak tanya ada apa ? Oh My Streamyx !!) . Sepanjang perbualan itu, saya tidak mengubah apa-apa cara percakapan saya. Seperti biasa dan akan selalu begitu, Bahasa Sabah dan lelaki dihujung sana seakan-akan blur ^^ hehe. I & U  itu adalah istilah yang dia gunakan untuk membahasakan diri namun, diantara perkataan-perkataan lain dia tidak pula menggunakan Bahasa inggeris. Sebenarnya bila berkomunikasi dengan orang Semenanjung saya prefer untuk berbahasa Inggeris, walaupun itu hanya Bahasa pasar. Ia lebih mudah dan menyelerakan tekak  ^^ Apa pun thanks to Fakrul (lelaki Streamyx itu) kerana menggunakan Bahasa Kebangsaan – Bahasa jiwa bangsa.  Dengar suara, orangnya macam hensem je, macam comel je hahaha…tapi jangan terpengaruh pada suara didalam talian telefon, Datuk K bila bercakap dengan CT pun suaranya macam umur 17 tahun . haha. Ooppsss :P

Malaysiaku, majmuknya menjadi keunikan dan saya bangga akan keadaan itu. Kau Melayu, saya bukan. Kau Cina, saya bukan. Kau India, saya bukan. Saya hanya seorang manusia berbangsa minoriti dinegara ini, namun dinegeri ini kami adalah bangsa majoriti. Soalannya, apakah bangsa saya  ?  :D

Ditegaskan kembali bahawa tulisan ini bukanlah tulisan ''ada benci antara Sabah dan Semenanjung'' melainkan ''tak kenal maka tak cinta''  . Jom saling mengenali agar ada cinta berputik diantara kita. Laut Cina Selatan bukan sempadannya, budaya etnik bukan pagarnya. Dimana ada cinta tulus disitu lahir keharmonian sejagat. Saya sayang Malaysia !