Menang Hadiah lagi ! RM 850



Hidup adalah perjalanan yang penuh dengan rahsia. Tidak ada orang yang tahu akan masa depan mereka, manusia hanya mampu merencanakan, berusaha mewujudkan rencana mereka dan berharap akan hasil dari kerja keras mereka.

Setiap yang dilakukan harus teratur dan berkualiti jika mahu hasilnya ‘wow’ gitu…hehe. Bertemu kembali dalam tulisan saya kali ni. Waktu ni cuaca agak mendung. Cuaca yang indah untuk memulai segala hari. Mendung bukan beerti nantinya akan hujan juga, tak bermakna nantinya akan panas.  Mendung adalah sebuah  tanda tanya buat kita …..what next….hujan atau panas.
Eiits…terlanjur menggunakan kata-kata Josh Kaufman. Sebenarnya saya mahu memberitahu yang saya telah menang Set Produk Kecantikan Hesta bernilai RM250 daripada Hesta Onestopbeauty .
Set Produk HESTA bernilai RM250
Daripada ramai-ramai yang join contest tu, tak sangka pula saya terpilih. Ini memang ‘WOW’ gitu.. Terima kasih Hesta Onestopbeauty kerana memilih saya yang jelita ini sebagai pemenang. Haha ..ada rasa meluat dan mual-mual tak ketika membaca tulisan ini ? kalau terasa nak muntah, silalah ke laut atau panjat pokok dan muntah banyak-banyak. Tulisan ini tetap tidak akan terpadam. :P

Bila rezeki nak datang, ia pasti akan datang dan ia disebut berkat. Berkat itu indah dan manis. Semua orang sukakannya. Dan sempena hari bapa yang lalu, saya ada ikut peraduan anjuran MUJI Malaysia . Saya tercalon sebagai 5 pemenang dan berjaya mendapat Voucher RM500 dari http://www.muji.com/ .
 
Inilah  gambar yang menang - daddy with my niece
Walau bagaimanapun, hadiah ni saya belum ambil lagilah kerana ia terletak di Kuala Lumpur sedangkan saya berada jauh di Mongolia. So, terpaksalah ia diambil pada bulan September ini oleh kerabat saya.

Hadiah datang silih-berganti namun, ia tak datang bergolek tau…..ia datang dengan usaha. Tanpa uasaha maka, jeles pun tiada gunanya. Kerana itu saya selalu memegang kata-kata ini ‘Jika cemburu , mengapa tidak kau sendiri melakukannya ?’ …kepuasan sejati adalah apabila mendapat apa yang kita inginkan dengan hasil usaha kita sendiri.


Oya, saya turut menang Voucher RM100 Parkson dari Proton sempena Hari Ibu. Voucher tu sudah saya tebus dengan barang-barang Parkson. Tadaaa….antaranya adalah Ironman ...




Demikianlah rentetan kisah dipagi tanpa sinaran matahari dan ini juga merupakan hari terakhir saya bekerja untuk minggu ini. Esok saya akan bercuti . Yahooooo Yabedooo !

Post a Comment

2 Comments

sitirohaida said…
wah..bestnya...tahniah..