loading...

3 Jun 2014

Apa hal nak Tipu !



Menyatakan apa yg benar & mereka-reka cerita itu lain. Satu ‘kenyataan’ dan yg satu lagi ‘penipuan’. Kenyataan dan Penipuan ada perbezaannya. Kenyataan adalah realiti, penipuan adalah imaginasi.

Eh, terlebih santai macam duduk-duduk ditepi pantai pula. Bezanya disini tiada orang kekurangan pakaian melainkan bertutup segalanya.  (berada di opis tanpa sebarang aktivti memanglah bosan apatah lagi hanya berdua dengan opis boy itu...hohoho)

Eh, ada niat ka nak tengok yang terbuka segala ?

Ishhh…bukanlah. Saya ni kan alim. *alim tak alim tu lain crita….nak Halim Othman, pi jumpa sendiri haha*

Sebenarnya saya terperasan satu sikap manusia yang tuli perasaan dan buta jiwa. Manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri dan berkata ikut suka badan saja. Sepatutnya manusia seperti ini masuk dalam bidang penulisan karya kreatif dan bukannya menggunakan mulutnya sendiri menyebarkan berita palsu kepada orang lain. Itu macam Bangla jual kainlah ! cakap manis-manis walhal barang jualannya tak la baik sangat. Itu penipulah namanya.

Itu masih ok. Dia nak cari sesuap nasi dengan sehelai kain yang dijualnya.

Kes yang saya nak kongsikan agak berat . Boleh masuk mahkamah anak negeri . woot woot ! sebenarnya penipuan adalah biasa tetapi jika penipuan itu dah melebih-lebih , maka dia disebut kurang ajar. Menceriterakan pada alam buana bahawa si A seperti :

i.                    Pemfitnah
ii.                  Kurang ajar
iii.                Jahat
iv.                 Penipu
v.                   Semua diatas

Walhal, itu semua tidak tepat seperti yang dia masukkan kedalam telinga orang lain. Orang lain yang mendengar lalu menjadi bodoh dan mempercayai 100% kata-kata tersebut dan mulai berwajah seperti seorang musuh puluhan tahun. Si penipu bahagia dengan tindakannya tetapi, dia lupa bahawa aktiviti penipuan itu lambat laun akan diketahui juga. Segalanya tentang waktu.

Sebuah penipuan tidak akan tidak pernah diketahui. Cepat atau lambat. Bila waktunya tiba tembelang si penipu tetap akan diketahui. Kadang kala ia diketahui lebih cepat dari waktu yang dirasakannya.

Satu wajah plastik si penipu adalah bijak berlakon dengan wajah kasihannya. Berpura-pura tidak tahu apa yang telah ia sebarkan pada dunia sekelilingnya. Berasa dirinya benar sepanjang jalan dan disetiap detik waktu. Sungguh ! manusia jenis ini tidak berhati perut. Sungguh ! manusia jenis ini ingin mendapat perhatian lebih. Dia sukar hidup sendiri. Tidak mampu berdiri diatas kaki sendiri tanpa ada yang membantunya. Kerana itu dia memerlukan banyak sokongan dari orang lain. Menipu adalah cara tercepat untuk meraih simpati tetapi, menipu juga merupakan cara terhebat  untuk membinasakan diri sendiri.

Penipu suka pemfitnah ! berkata ikut daya imaginasinya. Bertindak tanpa berfikir panjang. Tidak  rasional dan sememangnya mungkin tak layak dikategorikan sebagai orang bijak. Penipu dan pemfitnah dua bakat terpendam yang mampu dimiliki oleh semua secara percuma namun, balasannya luar biasa. Oleh itu hindari sikap negative ini. Jangan asyik memfitnah dan menipu.

Sekali terkena tamparan buaya, naya ! bertaubatlah sebelum semua orang meninggalkan dirimu.
Reactions:

0 comments: