loading...

15 Mac 2014

TERIMA KASIH untuk hadiahnya !

Hello world !

Petang bernyamuk di sebuah kampung yang permai, hatiku   bercelaru lantaran pembunuhan nyamuk beramai-ramai telah kulakukan tanpa sedikit pun rasa peri keseranggaan.  Demi darahku yang merah saya harus membunuh. Semoga dunia tidak menghukumku. :D

Lupakan kisah itu, dipetang ini mahu rasanya saya menyajikan pada pembacaku hadiah-hadiah yang sempat saya menang sepanjang minggu ini. Tak banyak pun, tapi cukuplah buat saya rasa  istimewa haha :p . Sekurang-kurangnya setiap tulisan yang ada di dalam blog ini tidak pernah menjadi sia-sia. Kaaaaaaaaaaan .


Dari siapakah hadiah-hadiah ini ? nanti saya update tentang itu. Okaiiii.. Kepada pembaca setia di blog ini, terima kasih kuucapkan.
Dapat Perfume DKNY
Produk Mary Kay
Produk Mary Kay bernilai RM180

Produk  Clarins
Produk L'Occitane beserta Voucher bernilai RM20
Voucher KFC Bernilai RM10.00
Mask Shiseido ~ satu I dah pakai..memang best

12 Mac 2014

The Amazing Race, Sabah Borneo


Bukan minta puji tapi skali-skala minta puji apa salahnya. Psssssst !!  asyik-asyik Malaysia buat penggambaran di Korea, Korea adakah buat penggambaran di Malaysia. Eh, ada ! dimana? Di Sabah. Lokasinya ? sendiri google lah. Ada jari, ada internet…celik IT, rajin-rajinlah google kalau mau tau. Hehe :D 

Tapi yang ni saya tak mau susahkan jari gendut korang mengoogle. Saya siapkan secara teratur disini. Sebuah rancangan reality TV game show in which teams terdiri dari dua orang, who have some form of a pre-existing personal relationship, race around the world in competition with other teams. Nama program tersebut adalah THE AMAZING RACE. Last year program ni turut diadakan dibeberapa kawasan di negeri Sabah, termasuklah tempatku belajar terjun junam sambil diperhatikan oleh para budak asing yang semakin ramai kemunculannya dinegeri ini.  Hmmm (mulai geleng-geleng kepala *tapi kadang-kadang kaum itu menyajikan kehenseman bagai bintang sinetron gitu*) haha :P

Ok…ok…

Saya tidak akan menulis panjang, biarkan rakaman youtube bercerita . Opppsss ! sedikit highlight, jika anda terlihat waterfall dalam video itu, bermakna anda sudah melihat keindahan kampungku. Haha. :D


6 Mac 2014

Perbezaan itu indah

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis tentang masalah ini. Bukan masalah bagi sebahagian manusia, tetapi bagi saya ini masalah besar. Sedarkah anda bahawa dunia ini semakin tua dan terpenuhi dengan kebencian ? Sedarkah anda kalau hati manusia kini kian sempit untuk kasih sayang? Sedarkah anda kalau otak manusia kini terlalu sempit untuk menerima perbezaan. Saya sedar. Kemarahan dan kebencian sekarang seakan tontonan umum yang dapat kita saksikan tiap hari. Hujat-menghujat sudah seperti hal biasa. Dunia sudah dipenuhi dengan kebencian. Satu pihak menyalahkan pihak lain, berkobar-kobar seolah dialah yang paling benar dan orang lain selalu salah.

Saya kadang-kadang bingung melihat  berita di TV. Benar hakikat dunia, negara Malaysia seakan sebuah tempat yang sudah tidak aman untuk dihuni. Saya bukan mereka-reka cerita. Tidak juga memandai-mandai memburuk-burukkan suasana negara ini. Tetapi, kian hari kita dikejutkan dengan masalah demi masalah. Pembunuhan semakin mudah terjadi. Kes rogol, rompakan dan pelbagai kejahatan lainnya. Aduh !! inikah negara Malaysia yang terkenal dengan keamanannya ? saya was-was ! saya semakin kurang yakin. Saya takut berjalan sendirian didalam negara ini.

Mengapa semua hal ini terjadi ? adakah iman dan rasa sayang tidak pernah tertanam didalam dada kebanyakan manusia negara ini. Ataukah memang sekarang dunia sudah penuh dengan kebencian dan tidak ada lagi rasa kasih didalam hidup. Betapa malangnya jika sikap dan sifat kebaikan itu telah hilang dan lenyap dari dunia ini.

Ada lagi, isu masalah agama.  Kita punya hak menyembah Tuhan kita. Inikan negara bebas demokrasi. Tidak usah merasa layak untuk menghakimi orang lain. Cukup duduk tersimpuh dipagi hari menyembah Penciptamu. Biar Dia sendiri menghakimi hidup seseorang itu. Apa guna menindas orang lain sedangkan ajaran agama sebenar tidak mengajarkan hal itu. Ada pihak yang sanggup untuk melakukan penganiayaan, merosakkan tempat ibadah, bahkan pembunuhan pada penganut agama lain yang mereka anggap menyimpang dari ajaran agama mereka. Mereka fikir, kerana penganut agama tersebut berbeza, mereka bebas dibunuh begitu saja. Sudahlah. Agama itu urusan peribadi. Private antara seseorang dengan sesuatu yang ia anggap tuhannya. jadi kenapa kita harus susah-susah ikut campur dengan masalah kepercayaan orang lain? Biarkanlah mereka jalani apa yang mereka anggap benar, selagi tidak mengganggu ketertiban umum. Anda juga silakan jalankan ajaran agama yang anda anuti dengan baik, tak usah saling ikut campur, apalagi sampai masuk ke hal privasi orang lain. Kalau misalnya mereka salah, biarkan saja Tuhan yang menghukumnya suatu saat nanti, bukan kita manusia yang sama-sama keluar dari rahim wanita yang maju berlagak kita ini Tuhan, yang paling tahu mana yang salah dan mana yang benar. Perbezaan tidak akan pernah boleh dijadikan alasan untuk melakukan kekerasan. Tidak akan pernah boleh.

Masih banyak lagi isu-isu yang menyedihkan dalam kehidupan kita saat ini. Dimana semua orang merasa dirinya paling benar dan orang lain selalu salah. Contohnya:  perempuan pelacur. Saya yakin tidak ada  seorang  perempuan pun di dunia ini yang ingin menjajakan dirinya sebagai pemuas nafsu. Keadaanlah yang memaksa mereka. Mereka tidak pernah punya pilihan, apalagi pada keadaan ekonomi keluarga yang mungkin kais pagi makan pagi atau mungkin kerana tertipu . Cuba bayangkan jika anda ada di keadaan  mereka, apa yang anda lakukan? Berhentilah menghakimi. Penghakiman anda takkan menghasilkan apa-apa. Yang harusnya kita lakukan adalah membimbing mereka. merangkul mereka dengan baik agar mereka dapat keluar dari lingkaran hitam tersebut. Bukan malah sebaliknya. Menjatuhkan, melecehkan, bahkan melukai hati mereka. Sungguh, jika anda merasa bangga dengan apa yang anda lakukan. Dimata saya anda tak lebih dari sekadar sampah. Belajar menghargai dan belajar mengasihi.

Maaf jika saya terlebih bicara tetapi, saya suka jika manusia belajar apa itu kasih. Kasih melebihi nafsu. Kasih memulihkan. Kasih menyenangkan. Ia tidak menghakimi juga, tidak mematikan. Jika setiap manusia tahu erti sebuah kesempurnaan kasih maka, negara ini pasti bebas dari kejahilan dunia seperti pembunuhan, rompakan, dan bahkan keekjaman lainnya.
 
Cubalah terima perbezaan. Kita manusia di dunia ini diciptakan dengan perbezaan yang kompleks oleh Tuhan untuk saling melengkapi satu sama lain, bukan malah sebaliknya, saling menjatuhkan dan melecehkan. Mari kita jadikan dunia ini menjadi tempat yang nyaman dan damai untuk ditinggali, dimana kita mampu menghargai dan menerima perbezaan yang ada, dimana setiap orang bebas menjadi diri mereka sendiri tanpa ada lagi ketakutan dan keresahan. Cubalah lihat pelangi, pelangi akan indah kerana ada warna-warna berbeza yang saling melengkapi. Cuba bayangkan kalau pelangi hanya terdiri dari satu warna saja, akankah terlihat indah? Tentu tidak. Begitu pula hidup kita.

Renung-renungkan dan selamt menikmati erti hidup ini seadanya dimana pun kakimu berpijak. Salam sayang tanpa sempadan dari saya si penulis berjari gendut . Sekian.