loading...

4 November 2013

Peristiwa Double Six


Double Six Sembulan, Sabah

Ketika kita sibuk melihat masa depan kita, elok rasanya saya mengingatkan kepada anda bahawa kita jangan pernah alpa akan sejarah yang pernah terjadi kepada kita. Sejarah membentuk imaginasi kita tentang apa yang pernah berlaku  sebagai dijadikan iktibar untuk mencorak masa depan yang lebih mantap, berani dan berfikir luas.

Sebuah rentetan peristiwa 06 June 1976 lebih kurang 37 tahun dahulu di Sembulan, Sabah penduduknya dikejutkan dengan sebuah dentuman letupan yang kuat. Sejarah tidak pernah terpadam dan kisah itu terjadi  pada jam 3.50 petang , sebuah pesawat telah terhempas.
Bangkai pesawat Tragdedi Double Six
Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad buatan Australia itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban dalam nahas pesawat atau lebih dikenali sebagai Peristiwa Double Six:

1.Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens 
2.Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3.Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun 
4.Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong 
5.Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion 
6.Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau 
7.Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa 
8.Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah, Ishak Atan 
9.Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad 
10.Juruterbang, Gandhi J Nathan 
11.Johari Tun Fuad Stephens
Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.

Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah didalam Malaysia. Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.


'Kemalangan' paling menyayat hati rakyat Sabah
Sejarah Hitam
Black Tragedy
Keadaan pesawat tragedi Double Six
Perginya para pemimpin Sabah
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu. Menyelami peristiwa itu melalui rentetan peristiwa, mungkin kita punya ‘kata-kata’ tersendiri.
Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6.6.1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara dan rakyat Sabah khususnya tidak harus melupakan tragedy hitam yang telah mengorbankan para pemimpin atasan negeri Sabah.
Rakyat Sabah terpaku sejenak saat menerima khabar tersebut, terkejut, sedih dan kecewa. Namun dibalik kejadian itu, tidak kurang pula banyak persoalan yang timbul antaranya :
Persoalan Peristiwa Double Six
  • rombongan ini sedang  menuju ke Kota Kinabalu bagi menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yang mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut
  • YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat-saat akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengku Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dalam perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu? di saat akhir?
  • Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik kah golongan-golongan VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? tiada bajet kah mau  bagi pesawat yang lebih besar?
  • Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia.
Kisah sudah terjadi kerana itu ia disebut sebagai ‘sejarah’ . Kita boleh menimbulkan banyak hal dalam minda  tetapi, sejarah tetap sejarah. Yang pergi tidak akan kembali. Tetapi, apa yang ‘hak’ masih tetap ‘hak’ dan tidak boleh dilupakan begitu sahaja.

Saya tidak akan berkata lebih melalui tulisan ini, anda baca, anda nilai sendiri. Salam perpaduan buat anda semua. 

Ini sungguh sebuah tragedi yang penuh misteri.... dan tugu ini hanya sebagai sebuah landasan rakyat Sabah untuk menyingkap kisah hitam tersebut.

 

VMY2014
Reactions:

0 comments: