loading...

29 Ogos 2013

Tanjung Aru, Sabah ~ Indah dan menawan



12.00 tengahari hingga 1.00 petang itu merupakan waktu rehat yang ditetapkan majikan buat para kulinya. Pergilah kemana pun yang kau suka asalkan jam 1.00 petang mesti  tubuh dan jasadmu berada diopis yang bagai stor ini..tapi sejuknya mengalahkan peti suhu dalam peti sejuk..haha…tengahari ni saya tidak keluar. Hanya stay dalam opis. *on diet* 

So, sambil online tu saya tengok-tengoklah gambar bulan lalu . Kira-kira macam mengimbau kisah lalu yang semakin hilang dibawa denyut jantung bumi…OUCH ! ia sebenarnya peristiwa awal bulan ni. Masih fresh gitu ! Kalau kamu mengambil kisah tentang post saya yang lalu, kamu pasti tahu bahawa itu adalah hari dimana si pekerja DBKK yang gendut menegur kami  dengan gaya egonya sambil beliau menunjukkan wajah ganasnya (ganaslah sangat) hehehe…peace yaw !

Kali ni saya tidak mahu bercerita tentang beliau itu melainkan mau bercerita tentang keindahan Tanjung Aru. Sebenarnya Tanjung Aru merupakan pantai yang indah hanya, ia kurang  dijaga menyebabkan aura kecantikan dalamannya tersembunyi.  Tempatnya strategic dan mudah dikunjungi oleh orang ramai. Malang sekali ia terabai begitu saja..bagai hidup segan, mati tidak mau (eh, betulkah penggunaan ayat saya ni..haha…I hentam jak !!) well, look at this photo taken by my brother…cantikkan…dekat Kota Kinabalu International Airport...........

Kuala Lumpur, saya datang......

Selamat berasmaradana dengan tulisanku ^^ pagi yang sepi sesepi mataku yang masih mengantuk. Bila alarm clock berbunyi pagi tadi, benar-beanr terasa waktu itu sangat cepat. Seingat saya, saya baru melelapkan mata untuk tidur semalam. Pagi ini sudah siang dan sepertinya tidur belum cukup buatku. Mandi pagi jam 5.30 dan berada di pejabat sebelum jam 7 pagi. Kuharus bilang 'Wow' untuk hidup ini.

Tetapi saya pernah terbaca sebuah kalimat yang saya tidak pernah tahu mulut siapa yang mengeluarkan perkataan itu sebenarnya. 'Dalam hidup kita punya dua pilihan. Samada terus tidur dan bermimpi atau bangun untuk menjadikan mimpi itu sebuah kenyataan'. Mau tidak mau saya dengan kemalasan melepaskan comforter lalu bersyukur kerana masih memiliki nafas untuk menikmati hari baru.

Oooohh ! Mengantuk yang teramat sangat . Pedih-pedih mataku menahan sang mataku yang cantik dari terlelap saat bekerja. *dalam sejarah tidak pernah ia berlaku kurang ajar denganku* tabik spring aku sama dia haha...

The point of this post is...ehem ! Saja nak bagi tau yang esok saya akan ke Kuala Lumpur ibu kota negara Malaysia. So, tidak kisahlah hari malam cepat berakhir berganti siang kerana proses itu mempercepatkan my day trip to visit KL. Honestly, I've never been there...Tapi yang pasti ini bukan pertama kali naik kapal terbang...hehe...saya sudah melawat Singapore, Pulau Nami juga Seoul, Korea.....Bandung dan juga Jakarta, Indonesia....Johor, dan juga bla..bla..blaa...blaaa.....Kuala Lumpur?? – esok adalah yang pertama kalinya. So, that why la saya agak excited. Haha....Biarlah malam ini juga turut berlalu dengan cepat dan penantianku untuk ke kota metropolitan itu akan segera datang hehe... Kuala Lumpur saya datang melawatmu...



28 Ogos 2013

Apabila penulis kampung ada blog



Hello teman-temanku yang masih sudi bersahabat dengan saya. Semoga semuanya berjalan baik seperti yang diingini hati. Jika hari ini kurang baik, maka berhentilah sejenak dan renungkan hidupmu. Mungkin tiba waktunya anda berubah .

Saya kembali menghibur diri dengan menulis disini dan harapan saya semoga para pembaca yang hadir dalam blog ini suka dengan tulisan-tulisan kampungku. Tidak ada yang mampu menahanku untuk terus menulis kerana itu hobi saya yang nombor satu. Yihaaa !! teruskan membaca ya.

Saya suka menulis juga, mudah jatuh cinta dengan tulisan-tulisan orang lain yang sweeeet macam candy crush dan asam macam lemonade. Tulisan-tulisan yang seperti itu sering membanjiri otakku dengan idea-idea tentang erti kehidupan . Benar kata orang, jika tidak pernah pergi ke sesuatu tempat itu, cukup dengan membaca bukunya dan menikmati tulisan-tulisan yang ada. Itu akan membawa kita menyusur keindahan tempat yang telah kita baca. Dari otak turut ke hati dan menyerap kesuluruh hidup. Wow !! Kita automatically tahu keadaan disana meski tidak 100 percent.

Bukan itu sebenarnya motif utama tulisanku pagi ini tetapi, kalimat yang ada dibawah ini :

"Terhadap seorang pembohong, meskipun dia berkata jujur 10 kali, tapi kau tau dia pernah bohong, kau akan ragu akan perkataannya yang lain." I Hear Your Voice

Benar ! mindaku berketak-ketik mengiyakan kalimat tersebut. Benar apa adanya ! Saya sendiri tidak pernah menyimpan kepercayaan 100 kepada manusia disekelilingku. Jangankan 100%, 50% juga sukar haha….

"Mata dibayar mata, gigi dibayar gigi, jika hukum seperti itu yang kita gunakan untuk pedoman hidup, maka semua orang akan cacat." - I Hear Your Voice

Wah ! semakin suka pula hatiku pada kata-kata yang terlontar oleh drama ‘I Hear Your Voice’. Suka. Suka. Suka..100 kali suka  darab 0 tambah 50 . 

Oya, nanti bila tulisan-tulisan saya akan bertukar manja , tolong jangan panic atau terasa migrain ok. Anggaplah tulisan-tulisan saya sedang beranjak dewasa yang mahu menikmati alam samudera bersama kupu-kupu malam..aiiitss!! bersama rama-rama ditaman Bunga lavender. Harum dan disenangi ramai.

Tulisanku berakhir disini. Sehingga bertemu ditulisan-tulisanku nanti. Tunggu ya !.

Thanks for reading.

27 Ogos 2013

Jejak 500 Follower

Saya ikut serta dalam misi jejak 500 followers oleh http://darulamanku.blogspot.com   . Caranya mudah dan tidak akan membuat anda berpeluh atau hilang lemak walau sedikit pun. Jadi tidak perlu takut akan hal itu. Sila click banner kuning untuk menyertai misi jejak 500 pengikut. 

AIRPORT tempat tidur percuma :p

Hello sahabatku yang masih berada didunia ini, Yuk ! Baca tulisanku dipagi ini. 30 Ogos itu sudah hampir menunjukkan kegagahannya...dan saya menantikan tarikh itu supaya cepat-cepat datang. Bukan kerana ia lebih gah dari tarikh yang lain tetapi, kerana date itu saya akan melawat Kuala Lumpur (Excitednya :p ..saya excited coz ini 1st time saya melintasi Laut China Selatan bersama dengan niece saya). Sebenarnya ia adalah a day trip dan pada awal planning kira-kira tak payah tidur dihotel atau mungkin lebih baik tidur diairport saja...(woiitss!! saya pernah tidur di Airport Jakarta yang sejuknya bagai malam dipadang pasir tanpa selimut dan baju tebal)...tapi oleh kerana flight telah diawalkan dan kami dijangka akan sampai di KL sebelum malam menjadi terlalu malam, maka kami akhirnya akan menginap di sebuah hotel. 

Syukur ! Walaupun, pada saya tidur di Airport itu tidak pernah menjadi masalah besar. *jika ingin melihat gelagat manusia yang pelbagai, lihatlah semua yang ada di Airport..aksinya ada macam-macam. Bersalam lalu kissing lalu menangis...ada yang tertawa mempamerkan rasa bahagia mereka* 
Satu malam merangkai mimpi di Airport Jakarta, Indonesia. Sejuk wooo !!
 

15 Ogos 2013

Cash Out, 8Share !!



Highlight just like Google . Yes !! hari ni saya mau cash out 8share yang berjumlah beberapa ribu itu…hahaha….tidak banyak tetapi lebih baik ada daripada tiada. At least, saya ada side income hasil daripada online. Thank you, 8share !  


Korang yang belum ada akaun 8Share,  bolehlah buat pendaftaran terlebih dahulu disini [Pendaftaran 8Share]

11 Ogos 2013

Surat penerimaan karya dari Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Well, now I guess it’s time for a little bit update. Time does fly, doesn’t it? I wish we live everyday with joy and make the best out of it!  Cuti 4 hari sungguh tidak terasa, esok sudah Isnin dan saya akan bekerja seperti biasa. Oh dear ! begitu cepatkah ? huuurrrm......Tidak apalah, yang penting Dato' Lee Chong Wei menang petang ni..All the best Papa Kingston ! ...dan yang paling penting juga, saya sudah penerima surat pengesahan penerimaan Sayembara Novel, Cerpen dan Puisi 2013 dari ITBM. Yeahhhh !! Wish me luck !! 

surat penerimaan dari ITBM