loading...

31 Disember 2012

2012 akhirnya berakhir


Pagi hari, terkejut dibangunkan oleh alarm, bererti kau masih hidup;
Terpaksa harus keluar dari kehangatan selimut untuk bekerja, bererti kau bukan orang gagal;
Mendengar hinaan orang lain tentang dirimu,bererti kau masih diperhatikan orang lain;
Pakaian semakin ketat atau kecil, bererti kau tidak kekurangan makanan;
Ingin istirehat tetapi tak mampu melepaskan pekerjaan ditangan, bererti kau memiliki kedudukan yang penting di dalam pekerjaanmu;
Yang tersenyum sambil membaca tulisan ini, bererti dia adalah orang yang bahagia dengan hidupnya.

Senja silih berganti

Sejujurnya blog ini menjadi saksi hampir setiap aktiviti ku..Cuma beberapa waktu ini saya mulai kejam terhadap hobi  penulisanku. Saya sering kali gagal mencoretkan imaginasi  dan kisah realiti ku diruangan ini.  Atau diri ini semakin tua untuk bermain dengan kata-kata dan bermanja-manja dengan huruf-huruf kecil di sudut ini? Mungkin. Tidak mungkin . 

Disember yang sibuk. Penuh dengan kejutan-kejutan. Hadiah dan senyuman. Tawa dan airmata. Motivasi dan nasihat. Semuanya seakan mengalir disungai yang sama. Berjalan dilorong yang serupa. Tiada waktu untuk diam tanpa berfikir. Tiada masa telinga mendengar tanpa memahami. Tiada masa mata melihat tanpa mengerti. Saya terdiam disuatu saat apabila segalanya seakan tidak dimengertikan oleh pihak lainnya. Masa depan menjadi omongan, kedudukan seakan dipersoalkan. Karakter dan gaya hidup menjadi perhatian. Saya bukan anak emas, juga tidak pernah menjadi priority seseorang. Saya tahu persis apa diriku. Saya ingin menjadi kepala dan bukan ekor. Saya harus bijak memilih dan merancang masa depanku. Bukan wajah menjadi ukuran dan bukan harta menjadi penilaian. Peribadi hebat tercipta melalui karakter   yang bijaksana. Tahu nilai sebuah kehidupan dan tidak pernah mempersia-siakan orang-orang disekelilingya. Bukan menjatuhkan tetapi mendorong. Bukan mengata tetapi memperbaiki. Manusia bernilai apabila otak yang sudah dianugerahkan kepada kita tidak dibiarkan kosong tanpa sebarang ilmu. 

Tenanglah

Saya stress ! Itu kata hatiku beberapa detik dibulan Disember yang hampir menutup kisahnya. Disember dan kaunseling …….itu sangat biasa bagiku ! I have decided to follow Jesus forever .  Hatiku tersentuh saat menulis ayat ini kerana itu membawa maksud sesuatu didalam diriku. Jauh disudut hatiku, Dialah pemilik hatiku yang terutama. He is my 1st priority ! Saya tidak kisah apa kata orang terhadap diriku. Yang pasti saya bukan fanatic tentang apa yang saya percaya. Saya Cuma mengasihi Tuhanku lebih dari segalanya. Untuk ramai orang dan banyak ajakan yang tidak terealisasikan  …saya minta maaf. Hakikatnya, saya tidak ingin menjadi bodoh melakukan hal yang bodoh. Saya hanya seorang budak kampung dan cara fikirku tidak seperti seorang  manusia Bandar. Saya cuma berfikir dengan cara bijak dan berhikmat. Bukan keegoan dan kemegahan. Bukan munafik dan berlagak alim. Tetapi itulah diriku. Tidak senang dengan diriku? Saya tidak pernah menyuruh anda untuk menyenangi diriku. 

Hidup adalah pilihan

Detik-detik akhir 2012…..banyak kenangan tercipta. Ada kegagalan mengecewakan. Ada kejayaan membahagiakan. Sakit hati. Gembira. Semuanya kulipat kemas dalam memori kenangan. Terima kasih kepada semua insan yang terlibat dalam mencipta memori-memori itu. Secara tidak langsung, saya diajar untuk mengenal erti kehidupan dan cinta. Nilai sebuah usaha dan maksud sebuah kejayaan.  Definisi wang ringgit dan kemiskinan.  Apa itu jerih-payah dan kemalasan. Saya belajar daripada insan-insan yang pernah kutemui dan masih kutemui sehingga kini.

Bebas seperti burung

3.22 petang, disebuah pejabat yang sunyi tanpa kehadiran clients.  Mungkin semuanya sedang bercuti. Saya tidak mahu tahu kemana mereka pergi. Itu hal mereka. Saya sebenarnya mahu menaip sesuatu yang saya benci dan tidak akan pernah suka akan hal ini. (Maaf saya tertaipnya disini – sepatutnya pada entry yang lain kan….hehe ) ….saya benci bau rokok, alcoholic people or si pemabuk yang tidak tahu diri………saya tidak suka paksaan dan  talk at my back ….dahulu hingga kini, hal ini tidak percaya berjaya memikat hatiku. Saya gagal untuk menyukai hal-hal  tersebut. Ketika tahun ini berakhir perasaanku terhadap sifat dan aktiviti tersebut masih ditahap ‘tidak suka’.  …dan untuk selamanya saya pasti tidak akan bergiat atau berjinak-jinak dengannya. Itu sangat rendah nilainya dimata saya. 

Hidup harus bijak

Kuberhenti seketika. Jari gendutku penat menaip. Mataku ligat membaca apa yang telah kutaip. Rupanyaaaaaaaa……..tulisanku kali ini sangat panjang berjela-jela dan saya pasti pelawat blog ini tidak sudi membacanya. Apa pun, itu hak anda………gunakanlah waktu dengan bijak dan rajin-rajinlah membaca….

Hargai hidup apa adanya

Selamat  menikmati hari yang ke-366 ditahun 2012 dengan ucapan syukur dan bahagia. Yang sakit semoga anda tetap merasakan bahagia dihati dan semoga cepat sembuh. Untuk yang tidak mempunyai cuti ketika semua orang lain sedang bercuti, pesanku selamat menikmati berkat pekerjaanmu dengan sukacita dan jangan bersedih.

Hidup adalah waktu

Selamat tinggal 2012. Saya sayang keluargaku sepenuhnya. Kuagihkan juga senyumanku buat anda semua yang bergelar insan terindah dan teristimewa.  Stay Cool, Stay healthy !  Stay fruitful …. Selamat mencipta kejayaan-kejayaan baru didalam hidupmu. Tuliskan resolusi itu dan berusahalah mencapainya. SEMOGA KITA MASIH DIDUNIA INI KETIKA 2013 KELAK BERAKHIR. 2012 SUDAH BERJAYA KITA LANGKAH DAN TEMPUHI. JANGAN RISAU PADA KEGAGALAN KERANA HARAPAN DAN MASA DEPAN ITU SUNGGUH ADA.

God bless......